BAB 16

Romance Completed 34538

"Maafkan aku Faris, aku tahu aku bersalah. Kau tak mungkin sudah melupakan cinta kita. Aku pasti tentang itu," kata Afiyah sambil menangis. Setelah hampir setahun menghilang, Afiyah kembali menagih cinta Faris.

"KAu silap Afiyah Salimah. Aku dah pun menikahi kakak kau. Cinta kita dah lama terkubur. Kau tipu aku dan lari kut jantan lain. Sundal!"

"Kau dengan cinta kau boleh pergi jahanam. Aku tak mungkin akan kembali kepada kau. Sanggup ke kau nak hancurkan perkahwinan kakak kembar kau sendiri? Kau terlalu pentingkan diri Fiya!" Faris meniggikan suara memarahi Afiyah.

"Maafkan aku Faris. Aku cintakan kau!Aku tersilap mempercayainya. Aku tak tahu ke mana lagi aku harus pergi," rayu Afiyah lagi. Namun rayuannya menerima habuan penampar dari Faris. Afiyah tersungkur ke tepi. Faris menghalau Afiyah dari rumahnya.

Kini baru Faris mengerti mengapa Afifah sanggup berkahwin dengannya. Afiyah hanya tahu mementingkan diri. Tak mungkin dia benar-benar mencintai dirinya dahulu. Kasihan Afifah terpaksa menanggung kesilapan adiknya sendiri. Sesunggunya Afifah seorang wanita yang baik dan tidak salah lagi, kebaikan itu yang membuatnya jatuh hati pada AFifah.

Biar apa pun masalah yang ditimbulkan atau idea jahat untuk membuli Afifah dan menyusahkan dirinya, wanita itu tetap sabar. Tidak ada satu pun tangggungjawabnya sebagai isteri diabaikan. Bahkan Afifahlah yang melengkapkan kehidupannya. Faris yang buta dan tak mampu melihat semua itu. Cuma dia yang tidak membenarkan Afiyah benar-benar menjadi isteri kepadanya. Kejam. Haknya sebagai isteri diabaikan.

Kerana dendam dan sakit hati, dia telah menyusahkan Afifah yang telah banyak berkorban. Faris menyesal. Benar-benar menyesal.

*****

Keesokkan harinya Afifah kembali ke rumah. Namun riak wajahnya tidak seceria selalu. Hatinya berat untuk berdepan dengan Faris. Ketika di rumah ibu dan abahnya, dia telah dimaklumkan tentang kepulangan Afiyah. Dia pasti jika Faris mengetahui hal ini, pastinya dia akan ditinggalkan. Ini kerana Afiyah lah yang dicintai Faris selama ini bukan dirinya. Jika tidak, masakan hampir setahun menjadi suami isteri dan tinggal sebumbung, Faris tidak pernah menyentuhnya. Dia pasti bukan dirinya yang diinginkan oleh lelaki itu.

"Balik pun kau!" lamunannya terhenti. AFifah cuba berbuat seperti biasa. Bertekak dengan lelaki bongkak ini.

"Kan saya dah kata saya balik sekejap je. Abang yang tak percaya. yang abang tunggu saya kat depan pintu ni kenapa? Rindu saya ke?" soal Afifah kembalii menyentak rasa Faris yang sememangnya rindukan Afifah. Terasa ingin saja dia memeluk wanita di depannya itu, tapi ditahan dulu niatnya itu. Dibiarnya Afifah masuk dan duduk bersandar di sofa.

"Kau balik rumah ibu dan abah ke atau baru balik clubbing ni? Mabuk ye tanya aku rindu kau ke tidak?"

"Ish ke situ pulak abang ni."

"Iyalah, aku ingat kau mabuk. Macam biasa kau kan suka tanya salan bukan-bukan kat aku. Ibu dan abah sihat ke? Apa cerita kat sana?"

Soalan itu membuatkan air muka Afifah berubah. Dia menarik nafas dalam-dalam untuk meneruskan kata-kata.

"Itu yang saya nak bincang dengan abang ni," kata Afifah sambil menepuk tempat duduk di sebelahnya sebagai isyarat meminta Faris duduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience