BAB 7

Romance Completed 34538

Faris masih lagi membatu dan duduk di sofa yang diletakkan di ruang tamu.

"Kau jangan nak seronok sangat, perempuan. Jangan fikir, aku bawa kau balik ke sini untuk jadi permaisuri," kata Faris hingga menyentak lamunan Afifah.

"Walaupun aku kahwin dengan kau, tak bermakna kau akan jadi isteri aku. Aku bawa kau balik pun sebab terpaksa dan hanya nak buat baik depan ayah kau. Aku hanya tolong menutup aib keluarga kau. Tapi kau memang akan duduk di sini. Bilik kau ada di belakang sana. Bilik aku pula di bahagian atas," jelas Faris sambil menunjukkan kedudukan bilik merka dengan tangan.

"Untuk pengetahuan kau, rumah ini memang ada pembantu. Tapi aku rasa aku tak perlukan khidmatnya lagi. Memandangkan kau ada di sini, kau boleh ambil alih tugas dia mulai hari ini. Aku mahu rumah ini dijaga dengan baik dan kemas sentiasa. Faham?" kata Faris dengan bongkak.

Afifah yang mendengar jadi sakit hati dan geram. Tidak pernah dia sangka, Faris akan berfikiran seperti ini. Dia tidak kisah jika Faris masih enggan mengakuinya isteri namun kata-kata yang mahu menjadikannya sebagai amah di rumah itu amat mengguris perasaannya.

Tanpa dia sendiri sedar bertakung air mata dan hampir mengalir ke tubir mata. Namun ditahannya sedaya mungkin. Tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki bongkak seperti Faris.

Faris masih lagi memerhatikan Afifah yang berdiri di hadapannya. Dari riak muka Afifah, Faris tahu yang dia sedang menahan air matanya. Entah mengapa, dia tidak rasa kasihan pun dengan keadaan Afifah. Hatinya masih sakit mengenangkan kebenaran yang baru diketahuinya semalam!

"Oi, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" soal Faris dengan nada yang sedikit tinggi.

"Dengar," jawab Afifah perlahan.

"Abang, bukan abang saja yang kecewa dan terpaksa berkorban dalam hal ini. Saya juga dalam keadaan terpaksa. Jangan fikir abang saja yang sakit, saya juga rasa sakit menanggungnya. Tapi saya redha. Saya isteri abang yang sah dan terpulang pada abang jika mahu anggap saya isteri atau tidak.

"Jadi saya minta, panggil nama saya elok-elok, Afifah Faizah binti Haji Osman," kata Afifah dengan suara yang bergetar.

"Dan satu lagi, saya tiada masalah untuk menggantikan tempat sebagai pembantu rumah. Saya dah biasa pun buat kerja begitu. Tapi saya minta izin untuk meneruskan pekerjaan saya sekarang di pejabat. Harap abang terima sebab saya tak mahu dikatakan bergantung pula dengan kekayaan abang," tambahnya lagi sebelum berpaling dan mebawa beg bagasinya bersama menuju bilik yang sudah ditunjukkan oleh Faris tadi.

Hatinya hancur. Mulai saat itu, kehidupan suami isteri yang dibayangkan seperti satu perkara mustahil untuk terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience