BAB 12

Romance Completed 34538

"Abang, ada nampak tak kasut-kasut saya kat luar tu?" tanya Afifah apabila melihat kasut-kasut yang disusunnya seama ini di rak kasut sudah tiada di situ.

"Kasut tu, kasut kau. Buat apa tanya pada aku. Mana la aku tahu," balas FAris menjengkelkan.

"Tak ada la, saya tanya sebab dalam rumah ni kita berdua je ada. Kalau bukan saya yang alihkan, siapa lagi yang akan buat macam tu? Mestilah abang kan. Takkan ada orang lain lagi nak buat," Afifah sengaja menjawab kata-kata Faris.

"Kau ni banyak alasan kan? Ada je jawapan kau kalau aku cakap sikit," Marah Faris sambil bercekak pinggang.

"Tak payah la nak marah-marah, jawab dengan muka bongkak tu," balas Afifah lagi menerus mencari kasut-kasutnya.

"Dah kau tanya aku bukan-bukan. Mestilah aku marah"

"Habis tu nak tanya pada siapa lagi kalau bukan abang? Abang datang la sini kejap. Tengok mana kasut-kasut saya hilang..." Afifah mula merengek. Faris yang rimas bersoal jawab berjalan ke arah Afifah yang berada di sebelah rak kasut.

"Maksud kau kasud yang bersusun di rak ni ke?" tanya Faris. Afifah terus mengangguk.

"Aku dah buang semuanya. Buruk sangat," jawab Faris berlalu meninggalkan AFifah yang terlopong mendengar jawapan selamba suaminya. Puas hati Faris melihat Afifah geram begitu.

****

"Macam mana pula baju-baju aku ada dalam kotak ni?" soal Afifah pada dirinya sendiri yang kehairanan. Dia tidak pernah menyimpan bajunya di dalam kotak buruk itu dan meletakkannya di dapur.

Kebetulan, Faris lalu di sebelahnya untuk mengambil keropok dikabinet dapur.

"Abang, kotak apa ni? Macam mana baju-baju saya boleh ada di sini?" soal Afifah. Dalam hatinya dia sudah syak bahawa ini kerja jahat Faris. Kerana sebelum ini, bukan setakat kasut dibuangnya tanpa bertanya, banyak lagi barang lain dibuang sesuka hati.

Faris hanya menjeling kotak itu dan membelakangkan Afifah.

"Cantikkan baju tu?" soal Faris pula bagi menjawab soalan Afifah tadi.

"memanglah cantik sebab baru dua kali je saya pakai baju ni. Tapi soalan saya, macam mana baju-baju ni ada kat sini? Ini kerja abang kan?" tanya Afifah sekali lagi. Dia sudah naik geram dengan perangai suaminya itu yang bertindak sesuka hati.

"Betul la tu. Aku yang letak kat dalam kotak tu, nak bawa ke pejabat esok dan sedekahkan pada mak cik cleaner. Dia miskin dan tak banyak baju. Jadi aku fikir nak bagikat dia lah," selamba je Faris menjawab sambil mengunyah keropok yang diambinya tadi dan meninggalkan Afifah dalam keadaan geram.

"Eeeee...geramnya!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience