BAB 6

Romance Completed 34538

"Saya akan balik ke rumah saya semula hari ini," kata Faris dengan tegas tetapi masih bersopan di hadapan orang tua.

"Jangan risau, Afifah akan saya bawa sekali," katanya seraya memandang Haji Osman dan Hajah Safiah. Afifah yang berada di ruang tamu juga terdiam mendengar kata-kata Faris kerana sangkanya Faris akan meninggalkan dirinya terus.

"Baiklah Faris. Afifah sudah pun menjadi isteri dan tanggungjawab kamu. Terserahlah pada kamu untuk membuat keputusan. Cuma satu yang abiiiiah minta, jangan sakiti Afifah," kata Haji Osman dengan penuh pengharapan.

Faris hanya diam. Tidak mahu berkata sepatah apa pun. Dia hanya memberi isyarat supaya Afifah segera mengemas pakaian.

"Dah siap kemas, terus masuk kereta," kata Faris ringkas tapi tegas.

Afifah hanya mengangguk faham dan segera ke biliknya.

*****

"Kita akan tinggal di sini ke abang?" soal Afifah apabila pintu pagar rumah terbuka. Faris masih diam dan memarkir kereta di ruangan hadapan rumah banglo itu. Bukannya dia tidak dengar pertanyaan Afifah sebentar tadi, tapi ada perkara lain yang berlegar di fikirannya.

Faris membawa beg bagasinya keluar. Afifah juga membawa beg bagasinya sendiri.

Tombol pintu yang telah dibuka kuncinya dipulas. Afifah masuk selepas Faris membuka pintu lantas memandang sekeliling dan gembira dengan dekorasi rumah banglo itu.

"Cantiknya rumah ni. Pandai abang hias," puji Afifah untuk memulakan perbualan dan mengambil hati suaminya.

Dia tahu, dirinya bukanlah pilihan lelaki itu namun nasi sudah jadi bubur. Kini, lelaki itu adalah suaminya yang sah dan sebagai isteri, dia mahu sedaya upaya memenangi hati Faris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience