BAB 4

Romance Completed 34538

"Eh, mana boleh begini? Kenapa kami tak diberitahu. Haji nak perangkap anak lelaki saya ke? Ada baiknya kita batalkan sahaja pernikahan ini!" tegas Dato' Zainal.

"Saya tak mahu kahwin! Saya dan Afifah tidak ada perasaan. Mengapa pakcik nak aniaya anak pak cik sendiri?" celah Faris seakan tidak percaya dengan drama yang berlaku dihadapannya.

"Maafkan saya Dato' Zainal. Maafkan pakcik Faris. Afiyah telah menconteng arang ke keluarga kami. Jadi saya meneruskan perkahwinan ini bagi menutup aib keluarga kami. Jika perkahwinan ini dibatalkan, terbongkarlah semua kisah dan kami sekeluarga akan malu sekali lagi.Tolong pak cik Faris," ujar Haji Osman dengan linangan air mata.

Hajah Safiah juga turut menangis. Sebak hatinya melihat suaminya merayu sebegitu rupa agar Faris sekeluarga mahu meneruskan perkahwinan ini. Dipautnya bahu suaminya agar Haji Osman bangun namun lelaki itu enggan selagi tidak mendapat sokongan pihak pengantin lelaki.

Hampir sejam mereka di dalam bilik berbincang. Afifah cuba memasuki bilik itu untuk menjelaskan keadaan namun dihalang oleh maksunya.aris

"Papa rasa elok Faris teruskan pernikahan ini. Tolonglah Haji Osman, nak," pujuk Dato' Zainal. Datin Mariah juga kasihan dengan masalah yang menimpa keluarga Haji Osman. Bukan salahnya jika Afiyah melarikan diri.

"Anggap sajalah jodoh kau dengan Afiyah tak panjang. Terimalah Afifah. Mama yakin dia akan membahagiakan Faris. Jika dia sanggup berkorban untuk keluarganya, pasti dia juga akan menjaga Faris dengan baik," pujuk Datin Mariah pula.

Faris jadi serba salah. Namun desakan dan pujukan Dato' Zainal dan Datin Mariah akhirnya membuatkan dia mengalah. Lagi pun dia sudah kecewa ditipu wanita yang dicintainya.

Saat Faris membuka pintu, wajah Afifah yang menunggu di luar ditatapnya. Saling tak tumpah seperti Afiyah. Kembar seiras, desis hatinya. Afiyah jarang bercerita tentang kembarnya. Itulah saat pertama kali Faris dan Afifah bertentang mata.

Dalam diam, Faris bengang kerana terpaksa mengahwini Afifah dan tanpa dingini, terbit satu dendam dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience