EPILOG

Romance Completed 34538

"Abang rasa... abang dah cintakan sayang," kata Faris melafazkan perasaannya lambat-lambat lantas memeluk Afifah yang duduk di sebelahnya. Tergamam Afifah sebentar. Sangkaannya Faris akan menerima Afiyah setelah dia memberitahu kembarnya itu sudah kembali adalah meleset. Setelah 12 bulan berlalu, barulah kata-kata keramat itu terdengar di telinganya.

AFifah memanjatkan rasa syukur. Hatinya gembira tidak terhingga.

Faris terlebih dahulu memberitahu dia sudah berjumpa dengan adiknya ketika dia tiada di rumah dan menyatakan dia sudah tidak ada perasaan lagi terhadap Afiyah. Itulah berita yang paling menggembirakan hati Afifah. Itu juga harapannya supaya Faris menerima dirinya sebagai isteri dengan ikhlas.

"Maafkan abang. Abang tahu abang banyak buat salah dan menyusahkan sayang. Dendam dan sakit hati buat abang jadi buta. Namun kejadian semalam menyedarkan abang.

"Sebenarnya sudah lama abang jatuh cinta tapi abang terlalu sombng untuk mengakuinya. Bila sayang tak ada, abang jadi buntu," Faris berkata sambil mengelus lembut pipi Afifah.

"Eleh, hari tu kata tak hairan saya ada ke tak ada. Sekarang jadi buntu pula. Tu la, dulu bongkak sangat. Sengal," Afifah sengaja mengusik suaminya.

"Eh, suka hati abang la nak buat apa, nak jadi apa pun," Faris membalas dan mempamerkan muka sengalnya itu.

"Mengada tau! Mula la tu nak buat perangai sengal dan menyakitkan hati. Dah saya nak masuk bilik berehat," kata Afifah sambil menolak lembut suaminya ke tepi. Bibirnya seakan tidak mampu berhenti terseyum. Faris juga tidak berhenti memandang Afifah yang selam ini dia abaikan.

Afifah bingkas bangun meninggalkan Faris menuju ke biliknya sebelum menoleh ke arah Faris.

"Terima kasih abang kerana terima saya," katanya tersenyum malu. Segala pengorbanannya dan kesabaran menghadapai kebongkakan lelaki itu terbalas dengan satu lafaz yang dinanti penuh momen kemanisan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience