Part 1.

Romance Completed 19455

Bunga mengeluh sendirian. Masuk kali ini sudah lima kali dia pergi interview kerja tapi satu pun tak dapat.

" Macam mana interview tadi bunga?" soal Kak Amy.

Kak Amy ialah kakak sepupu Bunga. Sudah seminggu Bunga tinggal di rumahnya kerana dia membuat keputusan untuk mencari kerja di Kuala Lumpur. Ingatkan senang, rupanya lagi susah hidup di tengah-tengah kota ini.

" Macam biasalah kak. Dia cakap nanti dia call " .

Kak Amy tersenyum kecil.

" Sabarlah Bunga. Ini ujian. Insya Allah nanti dapat lah tu " .

" Tapi kak, dah seminggu Bunga tinggal kat rumah akak. Makan minum Bunga akak yang tanggung. Bunga.. " .

" Bunga, akak tak kisah pun lah. Lagipun Bunga bukannya orang lain. Darah daging akak jugak " Kak Amy pantas memotong kata-kata Bunga.

" Terima kasih kak. Bunga tak tahu macam mana nak balas jasa akak. Bunga janji kalau Bunga dapat kerja nanti, Bunga akan bayar balik duit akak " .

" Tak apalah. Tu tak penting pun. Bunga memang nak kerja office jer ke? Atau tak kisah kerja mana-mana jer? Yelah zaman sekarang ni bukannya senang nak cari kerja. Banyak graduan universiti yang masih lagi menganggur " .

" Mula-mula memanglah Bunga nak kerja ikut taraf pelajaran Bunga. Tapi bila dah jadi macam ni, Bunga rasa lebih baik Bunga kerja apa-apa jer. Asalkan dapat duit. Esok Bunga cuba cari kerja dekat restoran-restoran area sini. Mana tahu ada yang nak pakai pekerja kan " .

Kak Amy mengangguk tanda setuju.

" Nanti akak cuba tanyakan pulak dekat kawan-kawan akak. Mana tahu ada yang nak pakai pekerja " .

" Terima kasih kak " ucap Bunga.

" Sama-sama. Dah akak nak masuk tidur dulu. Pagi esok ada meeting. Bunga jangan tidur lewat-lewat pulak" pesan Kak Amy.

" Okay kak " Bunga mengangguk kecil.

Kak Amy terus berlalu masuk ke dalam biliknya.

" Ya Allah kau permudahkan lah untuk aku cari kerja " doanya.

???

" Mummy penat lah Hafiz. Semua benda dalam rumah ni mummy kena buat " rungut Datin Fatinah.

Hafiz tersenyum kecil mendengar rungutan ibunya itu. Nak buat macam mana, selama ini semua kerja dalam rumah bergantung pada orang gaji sahaja.

Baru-baru ni orang gajinya berhenti kerana ingin menjaga anaknya yang sakit.

" Ya mummy. Hafiz janji Hafiz akan carikan maid yang baru dalam masa terdekat ni jugak " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience