Part 8.

Romance Completed 19455

" Encik pernah jumpa saya kat mana?" soal Bunga takut-takut.

" Kau yang langgar aku hari tu kan? Haa aku dah ingat. Kau yang jalan kelam kabut hari tu " tajam mata Izham memandang Bunga.

" Oh encik ea lelaki tu? Saya tak kenal. Saya minta maaf lah. Saya bukannya sengaja " .

" Maaf, maaf. Tu jer lah kau tahu. Tak sangka pulak kita jumpa lagi. Kau maid sepupu aku rupanya " .

" Oii, borak apa ni? " tegur Hafiz.

Bunga terus menyambung semula kerjanya yang tergendala gara-gara Izham.

" Saja berkenalan dengan maid baru kau ni " jawab Izham.

" Eh jom lah. Bola dah nak start dah tu" ajak Hafiz.

Mereka berdua melangkah ke ruang tamu semula. Izham sempat menjeling sekilas ke arah Bunga sebelum berlalu.

" Hishh mamat tu lagi. Kenapalah ramai-ramai orang kat dunia ni, dia jugak yang jadi sepupu encik Hafiz?" omel Bunga sendirian.

???

" Bunga " tegur Hafiz.

" Eh encik Hafiz. Encik nak air? Saya buatkan " soal Bunga.

" Ermm boleh jugak. Buatkan saya horlicks suam ea? " .

Bunga mengangguk. Tangannya pantas membancuh horlicks seperti yang diminta oleh majikannya itu.

Hafiz melabuhkan punggungnya di ruang makan.

" Ni airnya encik " Bunga menghulurkan cawan yang berisi horlicks suam itu kepada Hafiz.

" Terima kasih " ucapnya.

Dia meneguk sedikit air itu.

" Bunga, duduk lah sekejap. Boleh kita borak-borak " .

Bunga menurut. Dia menarik kerusi berhadapan Hafiz lalu punggungnya dilabuhkan di situ.

" Bunga awak dulu study ambil course apa ea? " soalnya.

" Oh saya ambil course akaun " .

" Budak akaun rupanya. Tak pasal-pasal awak kena jadi maid. Tak setaraf betul dengan taraf pendidikan awak " .

" Saya tak rasa macam tu pun encik. Ni pun saya dah bersyukur sebab saya dah ada kerja. Allah dah beri saya rezeki " .

Hafiz kagum mendengar jawapan Bunga. Gadis itu benar-benar istimewa. Lain daripada yang lain. Jika mengikut logik, gadis sebaya dengannya mana mungkin mahu menjadi orang gaji.

" Bunga boleh saya tanya sesuatu? " .

" Apa dia? " .

" Awak dah ada boyfriend? " soal Hafiz.

" Tak ada. Siapa lah nak dekat saya ni encik. Dah lah comot, tak reti bergaya pulak tu " kata Bunga merendah diri.

" Eh kenapa cakap macam tu pulak. Saya tengok awak cantik jer. Manis pulak tu " puji Hafiz.

Bunga ketawa kecil.

" Ada-ada jer lah encik ni " .

" Betul apa. Awak memang cantik pun. Orang buta jer yang cakap awak ni comot " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience