Part 9.

Romance Completed 19455

" Dah lah encik. Malu pulak saya encik puji macam tu " .

" Bunga boleh tak lepas ni awak tukar panggilan awak pada saya? " soal Hafiz.

" Maksud encik? " .

" Jangan panggil saya encik lagi. Panggil Hafiz jer " .

" Saya tak selesa lah encik. Encik kan boss saya. Saya ni maid. Kena lah hormat encik sebagai majikan saya ".

" Tapi ini permintaan saya. Boleh? " .

" Encik tak kisah kalau saya panggil nama jer? " .

Hafiz menggeleng.

" Tak. Saya tak kisah. Saya lagi suka ada lah. Baru lah nampak mesra sikit kan " senyuman manis diberikan pada Bunga.

Bunga hanya mengangguk perlahan. Tanpa mereka sedari Datin Fatinah memerhatikan gelagat mereka berdua. Jelas riak tidak suka di wajahnya melihat anaknya itu rapat dengan orang gajinya.

???

Selepas selesai menyiapkan sarapan pagi, Bunga menyiram pokok-pokok bunga milik Datin Fatinah di laman.

Izham tersenyum penuh makna saat melangkah ke dalam rumah ibu saudaranya itu. Lagi-lagi apabila dia melihat Bunga sedang leka menyiram pokok-pokok bunga sambil bernyanyi kecil.

" Oii! " sergahnya.

Bunga yang terkejut terus menghalakan paip air ke arah Izham. Basah kuyup Izham dibuatnya.

" Heyy! Kau buat apa ni ha? " marah Izham.

" Sorry encik saya tak sengaja. Saya terkejut bila encik sergah macam tu. Sumpah saya tak ada niat pun nak siram encik " jelas Bunga.

" Tak sengaja kau cakap? Kau dah mandikan aku lepas tu kau cakap kau tak sengaja?! " .

" Bukan salah saya. Encik yang buat saya terkejut " seboleh-bolehnya Bunga pertahankan dirinya.

" Eh eh dia salahkan kita pulak. Eh pokok dengar sini ea, aku ni kat rumah tadi pagi-pagi dah mandi. Kau tak payah susah-susah nak mandikan aku lagi " .

Mencerlung mata Bunga mendengar Izham memanggilnya dengan nama 'pokok'.

" Encik, nama saya Bunga. B, U, N, G, A. Bukannya pokok. Encik suka-suka jer nak tukar nama saya " satu-satu huruf diejanya.

" Ah apa-apa jer lah. Yang penting sekarang ni, aku dah basah kuyup sebab kau " .

" Kan saya dah minta maaf. Encik nak saya buat apa lagi? " .

" Aku nak kau...basah sekali " Izham terus mengambil paip air yang masih terbuka lalu dihalakan ke arah Bunga.

Terdengar hilaian tawa daripada Izham. Suka dia apabila Bunga juga turut basah sekali.

" Encik! " jerit Bunga.

Hafiz dan Datin Fatinah terkocoh-kocoh keluar daripada rumah apabila mendengar jeritan Bunga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience