Part 2

Romance Completed 19455

" Cepat-cepat sikit tau cari. Mummy dah tak larat nak buat kerja kat rumah ni lagi " .

" Iya mummy. Nanti Hafiz cari supaya lepas ni mummy dah tak perlu buat kerja-kerja kat rumah ni lagi " .

" Good boy " Datin Fatinah tersenyum kecil.

" Tapi mummy masak sedap apa. Hafiz ni bukan selalu dapat rasa masakan mummy " .

" Mummy tak suka memasak. Hafiz pun tahu kan " .

" Yaa I know " Hafiz mengangguk perlahan.

Datin Fatinah memang jarang berada di rumah kerana sibuk dengan butiknya. Tapi sejak orang gaji nya berhenti kerja, dia terpaksa tinggalkan butiknya seketika. Disebabkan sudah lama tidak membuat kerja rumah, dia terasa janggal.

???

Dengan perasaan yang hampa, Bunga keluar daripada sebuah restoran. Syarat untuk bekerja di restoran itu ialah mesti membuka tudung dan hanya memakai skirt pendek sahaja, awal-awal lagi Bunga menolak.

Tidak mungkin dia akan buat begitu semata-mata demi kerjanya. Dia ada maruah yang perlu dijaga.

Sambil berjalan Bunga sibuk menyeluk begnya untuk mencari telefon bimbit miliknya. Entah mana silapnya dia terlanggar dengan seseorang.

Bukk!!

" Woii buta ke?! " jerkah pemilik suara itu.

Terhinjut bahu Bunga kerana terkejut. Mak aii garangnya. Dia langgar ketua gangster ke?

" Maaf encik, maaf " pinta Bunga.

Ya dia akui memang salahnya kerana tidak memandang depan ketika berjalan. Tapi lelaki itu tidak perlulah menjerit seperti dia buat salah besar. Lagipun bukannya dia sengaja melanggar lelaki itu.

Lelaki itu membuka cermin mata hitamnya. Bunga terpaku seketika melihat kekacakan wajah lelaki itu.

" Maaf, maaf. Tu jer kau tahu cakap?" perli lelaki itu.

Err? Habistu aku nak cakap apa lagi?

" Budak kampung datang KL. Patutlah" kata lelaki itu setelah melihat penampilan Bunga dari atas hingga ke bawah.

" Lain kali jalan pakai mata " kata lelaki itu sebelum berlalu.

" Berlagak betul. Dia fikir dia hensem sangat ke? " Bunga merengus geram selepas lelaki itu berlalu.

???

" Good morning boss " ucap Amy sebaik Hafiz melangkah ke dalam pejabat.

" Morning " jawab Hafiz.

" Amy, awak ada kenal mana-mana orang yang nak kerja tak? " soal Hafiz.

" Kerja? Emm..haa ada " Amy tiba-tiba teringatkan Bunga.

" Maid saya baru berhenti jadi saya nak cari pengganti dia secepat mungkin. Boleh awak tolong carikan pekerja tu? Nanti saya bagi awak gaji extra bulan ni " .

" Boleh boss. Nanti saya beritahu boss".

" Okay tq " kata Hafiz sebelum dia berlalu masuk ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience