Part 14.

Romance Completed 19455

" Bunga " tegur Datin Alia.

Bunga yang sedang termenung di dapur itu tersentak.

" Ya Datin? " jawabnya.

" Jangan lah panggil datin. Panggil mama. Bunga kan sekarang dah jadi menantu mama " bahu Bunga diusap perlahan.

Bunga tersenyum kecil. Dia beruntung dapat ibu mertua seperti Datin Alia. Berbeza dengan sikap Izham. Datin Alia begitu lembut dan baik sahaja melayaninya.

" Kenapa tak tidur lagi ni? " soalnya.

" Bunga haus. Tu yang turun minum air sekejap " jawabnya.

" Bunga, mulai hari ini Bunga dah sah menjadi isteri Am. Mama harap sangat Bunga boleh terima perkahwinan ni dengan hati yang terbuka. Walaupun cara kau orang berdua kahwin ni, disebabkan kejadian tu " .

" Insya Allah mama. Terima kasih sebab mama sudi terima Bunga jadi menantu mama " .

Datin Alia mengangguk perlahan.

" Dah pergi masuk tidur. Lewat dah ni. Am dah jauh bermimpi agaknya " .

Bunga ketawa kecil. Dia terus melangkah naik ke bilik.

???

Perlahan-lahan Bunga membuka pintu bilik Izham. Yang kini akan menjadi biliknya juga.

Sebaik dia melangkah masuk, dia melihat Izham sudah lena tidur di atas katil. Dia mendekati suaminya itu.

Wajah Izham ditenung lama. Redup sahaja wajah itu.

" Sampai bila perkahwinan ni akan kekal Am? Saya tahu awak mesti bencikan perkahwinan ni. Perkahwinan kita adalah satu keputusan yang salah " katanya perlahan.

Air mata yang mengalir di pipinya pantas di kesat. Bunga merebahkan badannya di sebelah Izham. Matanya semakin berat, akhirnya dia terlelap.

???

Sayup-sayup kedengaran azan subuh menyedarkan Bunga daripada tidurnya. Sebaik dia membuka mata dia melihat Izham masih lagi lena.

Bunga bangun dan terus melangkah ke kamar mandi untuk membersihkan diri seterusnya menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang yang beragama islam.

Sebaik keluar daripada kamar mandi, Bunga melihat Izham sudah pun duduk di birai katil. Tanpa berkata apa-apa Izham terus melangkah masuk ke kamar mandi.

" Jangan solat dulu. Tunggu aku " pesan Izham sebelum menutup pintu bilik air.

Bunga mengangguk perlahan. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

Izham menjadi imam untuk solat subuh mereka pada pagi ini. Selesai solat Izham menadah tangan berdoa kepada Allah swt.

Bunga menghulurkan tangannya untuk menyalami tangan Izham. Baru sahaja Bunga hendak bangun daripada tikar sembahyang, Izham menarik tangannya.

" Duduk kejap. Aku nak cakap sikit " .

Bunga menurut. Dia duduk semula menghadap Izham.

" Awak nak cakap apa? " soalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience