Part 6.

Romance Completed 19455

" Assalamualaikum " .

" Walaikumsalam " Hafiz melangkah ke pintu utama untuk menbukanya.

" Ya Allah Am! Bila kau balik? " Hafiz terus memeluk sepupunya itu.

Dia dan Izham memang rapat sejak daripada kecil lagi. Cuma sekarang mereka jarang meluangkan masa bersama kerana Izham selalu ke luar negara atas urusan kerja.

" Minggu lepas. Saja jer nak bagi suprise dekat kau " jawab Izham.

" Banyaklah kau punya suprise. Dah lama rupanya balik. Bukannya nak jumpa aku dulu " .

" Alolo baby tua merajuk pulak dah. Aku balik ni karang " .

" Dah kau jangan nak mengada-ngada. Jom masuk " ajak Hafiz.

Mereka berdua melangkah ke ruang tamu.

" Mak long mana? " soal Izham.

" Mak long ada dekat atas. Sekejap lagi aku panggil dia. Kau nak air tak? " .

" Eh mestilah nak. Kering tekak aku ni tau tak " .

" Kejap. Bunga oh bunga " panggil Hafiz.

" Bunga mana pulak yang panggil ni?".

" Maid baru aku " .

" Mak Mun mana? Bunga mana pulak jadi maid kau sekarang ni? Import daripada indonesia ke? Bukannya mak long nak maid orang melayu jer ke? " soal Izham.

" Hishh kau ni banyak tanya lah. Mak Mun dah berhenti sebab nak jaga anak dia sakit. Ni orang Malaysia lah. Import apa nya. Kau tunggu sekejap, aku pergi dapur suruh dia buatkan air " Hafiz melangkah ke dapur.

Mungkin Bunga sibuk di belakang oleh kerana itu dia tidak mendengar panggilan Hafiz.

" Dapat maid pekak lah pulak " kata Izham sendirian.

" Am ? " .

Izham menoleh ke arah tangga. Dia terus bangun mendekati Datin Fatinah yang baru turun daripada tingkat atas.

" Mak long. Apa khabar? " tangan ibu saudaranya itu di salam hormat.

" Baik alhamdulillah. Bila Am balik? ".

" Dah seminggu dah sebenarnya mak long. Tapi tu lah Am banyak benda nak settle kan. Tak sempat nak singgah rumah mak long " jelas Izham.

" Dia busy dating lah tu mummy " sampuk Hafiz yang baru keluar daripada dapur.

" Ek eleh dia ingat kita ni playboy macam dia agaknya " jawab Izham.

Mereka bertiga ketawa. Riuh seketika rumah banglo dua tingkat itu.

???

Bunga melangkah ke ruang tamu sambil membawa dulang yang berisi satu jug jus oren dan sedikit kek batik yang dibuatnya siang tadi.

" Haa dah siap pun air " .

Tiga pasang mata itu terus memandang ke arah Bunga.

Izham memandang lama ke arah Bunga. Seperti dia pernah melihat gadis itu sebelum ni. Tapi dia lupa di mana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience