Part 15.

Romance Completed 19455

" Kenapa kau tak nak beritahu mak kau yang kita dah kahwin? " soal Izham serius.

" Saya bukannya tak nak beritahu. Cuma masa tak sesuai. Saya takut ibu saya terkejut. Tapi saya jani bila semuanya dah reda, saya sendiri yang akan beritahu ibu. Saya akan jumpa ibu sendiri " jelas Bunga.

Izham mengangguk perlahan.

" Ikut kau lah. Aku tak kisah " jawabnya.

" Encik Hafiz dah balik outstation? " soal Bunga.

" Entah. Mana lah aku tahu " jawab Izham acuh tak acuh.

" Takpalah. Saya nak pergi turun bawah siapkan sarapan " .

" Eh tak payah. Kau tu bukannya maid. Dalam rumah aku ni ada 3 orang maid. Tak payah susah-susah kau nak buat semua tu. Kau tu isteri aku " tegah Izham.

" Takpa saya cuma nak tolong jer. Lagi pun saya bosan lah. Apa salahnya kan kalau saya tolong " .

Izham mengeluh perlahan.

" Suka hati kau lah. Aku nak sambung tidur. Nanti breakfast jangan lupa kejut aku " Izham menghempaskan tubuhnya di atas katil.

Sudah menjadi kebiasaannya tidur selepas subuh ketika hari minggu begini. Waktu ini lah dia nak berehat setelah penat lelah bekerja.

Setelah melipat telekung dan sejadah, Bunga terus berlalu keluar daripada bilik. Langkah kaki di atur ke dapur.

???

" Bunga oh Bunga " panggil Hafiz.

Sejak daripada dia pulang semalam dia tidak melihat gadis itu. Sangkanya mungkin Bunga sudah tidur awal semalam jadi dia tidak mahu mengganggunya. Pagi ini sarapan di atas meja pun tiada. Kosong sahaja.

" Bunga tak ada " jawab Datin Fatinah yang baru turun daripada tingkat atas.

" Apa maksud mama Bunga tak ada? " soal Hafiz.

" Dia dah tak kerja dengan kita " .

" Mama pecat dia? " .

Datin Fatinah menceritakan apa yang terjadi ketika Hafiz tiada di rumah.

" Ma kenapa sampai kena kahwin? Dia orang tak buat apa-apa kan " .

" Mak ngah dengan pak ngah nak jaga maruah dia orang. Ni jer lah jalan yang terbaik untuk mereka berdua " jelas Datin Fatinah.

Jelas riak kecewa di wajah Hafiz. Gadis yang dia cinta kita sudah menjadi milik sepupunya sendiri.

" Tapi Hafiz cintakan Bunga ma " akuinya.

" Dia dah jadi isteri Am dah Hafiz. Buang perasaan tu jauh-jauh. Lupakan Bunga. Ramai lagi perempuan yang lebih bagus daripada Bunga " .

" Tak sama ma dan tak akan pernah sama. Cinta Hafiz hanya untuk Bunga" Hafiz terus berlalu masuk ke dalam biliknya.

Datin Fatinah mengeluh perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience