Part 20.

Romance Completed 19455

Sejak beberapa hari ini, Izham mulai berubah. Dia lebih banyak mendiam diri. Kadang-kadang sahaja dia bercakap dengan Bunga. Bila ditanya sepatah, jawabnya sepatah. Entah kenapa dengan suaminya Bunga sendiri tidak pasti.

" Abang, esok kita pergi jalan-jalan nak tak? Dah lama kita tak jalan berdua kan " ajak Bunga.

" Nanti jer lah. Esok tak boleh " jawab Izham acuh tak acuh.

Berubah terus wajah Bunga.

" Abang ni kenapa ha? Lately ni Bunga tengok abang berubah mendadak. Bunga ada buat silap dekat abang ke?" soal Bunga.

" Tak ada apa " jawab Izham.

" Abang jangan tipu. Kenapa dengan abang sebenarnya? " soal Bunga lagi.

" Betul Bunga nak tahu? Okay abang beritahu. Abang jauhkan diri daripada Bunga sebab abang nak biasakan diri. Abang tahu abang akan kehilangan Bunga suatu hari nanti. Jadi abang kena biasakan diri untuk jauhkan diri daripada Bunga. Tapi abang terseksa. Abang terseksa dengan rasa rindu abang pada orang yang abang cintai. Abang tak mampu sebenarnya. Tapi demi kebahagiaan Hafiz abang akan korbankan cinta abang pada Bunga " .

Bunga tergamam.

" Abang cakap apa ni? " soalnya.

" Abang akan lepaskan Bunga untuk Hafiz. Dua-dua abang sayang. Abang dah anggap Hafiz macam adik abang sendiri. Abang sayang dia sangat-sangat. Demi kebahagiaan orang yang abang sayang, abang akan korbankan perasaan abang sendiri " .

" Abang merepek apa ni? Abang ingat Bunganni barang ke yang abang boleh beri pada orang lain? Kalau sayang sepatutnya abang pertahankan. Bukannya melepaskan. Bunga kecewa dengan abang. Bunga betul-betul kecewa " Bunga terus berlalu pergi.

Semakin lama dia memandang wajah Izham semakin kecewa dia rasakan. Teganya Izham buat keputusan begitu.

Izham meraup wajahnya kasar. Dia juga buntu. Dia tersepit di tengah-tengah.

???

" Bunga? Ada apa awak nak jumpa saya? " soal Hafiz.

Bunga tiba-tiba sahaja mengajaknya berjumpa di restoran.

" Awak ke yang suruh Am lepaskan saya? " soal Bunga.

" Saya cintakan awak Bunga. Tapi tak pernah saya suruh Am buat macam tu. Saya tak kan rosakkan kebahagiaan orang lain untuk bina kebahagiaan saya " jelas Hafiz.

" Am cakap dia nak lepaskan saya untuk awak. Hafiz, kalau Am lepaskan saya sekalipun saya tak akan pernah terima awak. Sebab cinta dan sayang saya hanya untuk dia " .

" Saya faham Bunga. Saya akan cakap dengan Am nanti. Awak jangan risau, saya akan pastikan Am tak akan lepaskan awak " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience