Part 18.

Romance Completed 19455

" Saya dah tak ada sesiapa lagi.. " .

" Bunga, aku ni suami kau. Aku akan sentiasa ada dengan kau. Aku janji aku tak akan pernah tinggalkan kau. Kita mulakan hidup baru. Aku mungkin tak sempurna, tapi aku akan cuba menjadi yang terbaik untuk kau. Aku janji " Izham menarik Bunga ke dalam pelukannya.

Dahi Bunga dikucup lembut.

" Kau kena kuat Bunga. Kau tak boleh lemah macam ni. Aku akan selalu ada dengan kau " .

Bunga melepaskan tangisannya di dada Izham. Kehilangan seorang ibu adalah satu benda yang sangat menyakitkan. Bukan mudah untuknya terima kehilangan itu.

???

" Sayang " panggil Izham.

Bunga tersenyum melihat suaminya yang baru pulang daripada jogging itu. Entah apa mimpinya tiba-tiba sahaja nak pergi jogging. Selalunya dia lah orang yang paling malas nak keluarkan peluh.

Hubungan Izham dan Bunga semakin hari semakin baik dari hari ke hari.

" Dah puas jogging? " soal Bunga. Dia menutup paip air yang digunakan untuk menyiram pokok-pokok tadi.

" Dah. Penat sangat ni " .

" Alolo kesiannya suami saya ni " .

Izham ketawa kecil.

" Sayang ni tak habis-habis main air. Memang hobi ea? " .

" Bunga siram pokok lah. Simbah baru tahu " .

" Eh jangan-jangan. Abang tahu abang tengah busuk sekarang ni. Tapi tak perlu lah nak mandikan abang. Abang boleh mandi sendiri. Cukuplah dulu sayang mandikan abang " .

Bunga ketawa apabila mengingatkan kembali dia pernah menyiram Izham kerana terkejut disergah lelaki itu.

" Lepas tu abang dah siram Bunga balik kan? " .

" Kira adil lah tu kan " pipi Bunga dicubit perlahan.

" Dah abang pergi masuk mandi dulu. Lepas tu kita breakfast sama-sama. Okay? " .

" Jom lah teman abang " usik Izham nakal.

" Eii mengadanya. Pergi mandi cepat. Bunga siram abang nanti " .

" Yelah-yelah. Tunggu abang tau. Jangan makan dulu " Izham mencium pipi Bunga lalu dia berlari masuk ke dalam rumah.

" Abang! " .

Terdengar hilaian tawa Izham. Bunga tersenyum sendiri. Dia bersyukur dengan apa yang telah Allah aturkan. Dia yakin segala takdir Allah itu adalah yang paling terbaik. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

???

" Am, mak long telefon mama tadi dia beritahu Hafiz accident. Sekarang ni dia ada kat hospital " beritahu Datin Alia.

" Ya Allah. Teruk ke ma? " soal Izham.

" Teruk jugak lah. Mama dengan papa tak sempat nak jenguk. Am pergi dengan Bunga boleh? " .

" Haa iyalah. Am siap sekejap. Kejap lagi Am dengan Bunga pergi " .

Datin Alia mengangguk kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience