Part 16.

Romance Completed 19455

Bunga duduk sendirian di buaian diluar rumah. Fikirannya melayang jauh mengingatkan ibunya.

Sudah 3 bulan dia duduk di Kuala Lumpur. Dia masih belum ada kesempatan untuk pulang menjenguk ibunya.

" Kau termenung apa ni? " tegur Izham.

Serentak dengan itu mati terus lamunan Bunga. Izham melabuhkan punggungnya di sebelah Bunga.

" Tak ada apa. Saya cuma rindukan ibu saya " jawabnya.

" Kenapa kau tak balik jenguk dia? " .

" Boleh ke? " soal Bunga.

" Kenapa tak boleh pulak? Kalau kau nak balik kampung, kau beritahu jer aku. Kita balik sama-sama " jawab Izham.

" Betul ke ni awak? " soal Bunga teruja.

Rasa macam tak percaya pulak Izham tiba-tiba jadi baik.

" Betul lah. Aku ni bukannya kejam sangat. Lagi pun aku nak kenal jugak dengan mak mertua aku " .

" Okay kalau macam tu, minggu depan kita balik boleh? " .

" Boleh " Izham mengangguk.

" Terima kasih awak " ucap Bunga riang.

" Terima kasih jer. Kiss tak ada? " .

" Eii awak jangan nak mengada-ngada ea " .

Izham mencebikkan bibirnya.

" Awak, awak tak kisah ke dengan perkahwinan kita ni? " soal Bunga tiba-tiba.

" Benda dah nak jadi. Lagipun siapalah kita ni untuk lawan takdir Allah kan? Aku anggap ni takdir yang Allah telah susun untuk aku. Kenapa? Kau tak redha ke dengan perkahwinan ni? " .

" Eh tak. Bukan macam tu. Saya pun dah terima semua ni. Tapi saya risau kalau awak tak boleh terima " .

" Jodoh ni Allah yang tentukan. Kita sendiri tak tahu siapa jodoh kita kan. Mungkin dengan orang yang dah lama kita kenal atau orang yang kita baru kenal. Semuanya Allah yang tentukan. Kita sebagai manusia, patut terima apa saja ketentuan Allah. Kerana dia lebih Maha mengetahui " .

Bunga kagum seketika dengan kata-kata Izham. Pertama kali dia melihat lelaki itu daripada sisi yang lain. Tidak seperti selalu.

" Dah jom masuk tidur. Aku dah mengantuk lah " ajak Izham.

Bunga mengangguk perlahan. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah bersama.

???

Telefon bimbit Bunga berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama ' Kak Amy ' pada skrin telefonnya.

" Hello. Assalamualaikum kak Amy " .

" Waalaikumsalam. Bunga, akak ada benda nak beritahu Bunga ni. Tapi Bunga bawa bertenang ya " .

" Apa dia kak? Jangan buat Bunga takut " .

" Mak long baru telefon akak tadi. Dia beritahu mak ngah dah meninggal dunia lepas subuh tadi " .

Bunga terduduk lemah. Air matanya laju mengalir.

" Ibu..." .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience