Part 12.

Romance Completed 19455

" Wah sedapnya mulut kau cakap macam tu. Kalau tak sedap, aku tak nak minum " .

" Kalau encik tak nak minum sudah, biar saya yang minum sendiri " jawabnya.

Besar kecil besar kecil jer dia tengok Izham. Ada yang kena telan nanti.

" Bak sini " Izham merampas cawan daripada tangan Bunga.

" Datin mana? " soal Bunga.

" Mak long keluar sekejap. Jumpa customer dia " .

" Maknanya saya dengan encik jer lah berdua kat rumah ni? " .

" Haa lah. Aku boleh buat apa jer yang aku nakn" Izham tersenyum nakal.

Bunga cepat-cepat berundur ke belakang. Izham ketawa terbahak-bahak.

" Kau tengok muka aku ni macam perogol bersiri ke ha? " soalnya.

" Encik bukannya boleh percaya " .

" Ohh tak boleh percaya? " Izham bangun dari duduknya.

Cawan yang berisi milo panas itu diletakkan di atas meja kopi. Langkah kaki diatur mendekati Bunga.

" Encik jangan macam-macam ea? Saya jerit nanti " Bunga sudah mulai kecut perut.

Dia berundur beberapa tapak ke belakang. Izham semakin galak menyakat gadis itu. Sengaja dia merapati Bunga.

Tok..tok...

Pintu utama diketuk daripada luar. Izham dan Bunga berpandangan sesama sendiri.

" Kau tercegat apa? Pergilah bukak pintu tu " arah Izham.

Bunga cepat-cepat melangkah ke pintu utama. Dia menarik nafas lega kerana Datin Fatinah sudah pulang. Kalau tak, entah apa nasibnya.

Bunga terkejut saat membuka pintu utama. Sangkaannya salah. Bukan Datin Fatinah yang pulang. Beberapa orang lelaki berkopiah putih berdiri di hadapan pintu.

Izham melangkah ke pintu utama untuk melihat tetamu yang datang.

" Cari siapa ? " soal Izham.

" Ohh ya. Ni mesti nak mintak derma ea? Kenapa datang malam-malam? Tapi tak apa lah. Nak minta derma untuk madrasah mana ea? " sambung Izham lagi.

" Maaf encik. Kami datang bukan nak mintak derma. Tapi kami daripada jabatan agama islam. Kami dapat laporan ada pasangan yang berzina di dalam rumah ni " jelas lelaki itu.

Izham dan Bunga terkejut.

" Encik kami tak buat apa-apa encik. Memang kami tinggal berdua. Tapi kami tak buat apa-apa pun " .

" Kamu berdua ni suami isteri ke? " soal lelaki itu.

Izham menggeleng perlahan.

" Astagfirullah al-azim. Kamu berdua bukan muhrim. Mana boleh tinggal serumah " .

" Tapi dia orang gaji makcik saya. Makcik saya keluar sekejap. Demi Allah encik, kami tak buat apa-apa " .

" Kita selesaikan lah secara baik ya. Tolong beri kerjasama dengan kami " .

Izham meraup wajahnya kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience