Part 5.

Romance Completed 19455

" Terima kasih " jawab Bunga.

" Saya tak sangka awak semuda ni " kata Hafiz.

" Datin pun cakap benda yang sama " .

Hafiz tersenyum kecil.

" Actually banyak lagi benda yang saya nak tanya awak. Tapi takpalah saya tak nak ganggu awak masak. Nanti lambat pulak siap kerja awak, saya jugak yang lapar. Waktu makan nanti kita sambung borak ya " .

Bunga mengangguk perlahan.

" Okay " jawabnya.

Hafiz mengulum senyum sebelum berlalu pergi.

" Hensemnya " Bunga tersenyum sendirian.

???

" Sedapnya awak masak. Mana belajar? " puji Hafiz.

Sudah tiga kali dia menambah nasi. Jarang dia makan banyak seperti ini.

" Tak adalah encik biasa-biasa jer. Saya belajar masak dengan ibu saya " jawab Bunga rendah diri.

Ketika itu mereka sedang menikmati makan malam. Puas sudah Bunga menolak untuk makan sekali, namun Hafiz tetap menyuruhnya makan bersama. Katanya tiada orang gaji dan tuan rumah tiada beza. Lagipun makan bersama lebih meriah.

Bunga rasa beruntung kerana memiliki majikan yang baik seperti mereka. Biarpun Datin Fatinah tidak banyak bercakap seperti Hafiz, namun hatinya baik.

" Awak asal mana? " soal Hafiz.

" Saya orang Melaka. Saya datang KL sebab nak cari kerja. Puas dah saya cari tapi satu pun tak dapat. Jadi saya buat keputusan untuk terima apa sahaja kerja yang ada " cerita Bunga.

Hafiz mengangguk faham.

" Awak tinggal dengan siapa kat kampung ? ".

" Dengan ibu saya. Ayah saya dah 10 tahun meninggal dunia. Saya anak tunggal " .

" Awak tak menyesal jadi orang gaji?".

Bunga menggelengkan kepalanya.

" Tak. Mungkin ini rezeki saya " jawabnya.

Datin Fatinah hanya menjadi pemerhati. Hafiz pula seperti polis pencen. Macam-macam soalan ditanyakan pada Bunga.

" Saya harap lama lah awak kerja dekat sini ya. Bukan senang nak cari maid sekarang " kata Datin Fatinah yang sejak daripada tadi diam.

" Insya Allah datin " jawab Bunga.

Mata Hafiz melekat pada wajah Bunga. Sejak daripada tadi dia asyik memerhati wajah gadis itu.

???

" Mummy, Bunga tu cantik kan " puji Hafiz.

Ketika itu mereka berdua di ruang tamu.

" Cantik tu memanglah cantik. Tapi sayang jadi maid pulak " jawab Datin Fatinah.

" Hafiz suka tengok dia. Tenang jer hati ni. Dah lah lemah lembut " .

Datin Fatinah memandang wajah anak tunggalnya itu.

" Ingat Hafiz, dia tu orang gaji. Jangan mengada jatuh cinta dengan dia " .

" Cinta tu buta mummy. Tak kisah lah lah siapa pun dia " bidas Hafiz.

Datin Fatinah mengeluh perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience