Part 13.

Romance Completed 19455

" Macam mana semua ni boleh jadi? " soal Datuk Rahman, ayah kepada Izham.

Mereka semua berkumpul di rumah Datin Fatinah untuk berbincang semula.

" Papa, Am tak salah. Kita orang tak buat apa-apa pun " jawab Izham.

Bunga hanya tunduk diam. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Kalau lah ibunya tahu dia di tangkap khalwat pasti ibunya akan kecewa.

" Akak minta maaf Man, Lia. Akak tak sangka pulak jadi macam ni " kata Datin Fatinah.

" Habis tu nak buat apa sekarang ni?" soal Datin Alia.

" Kita kahwin kan jer lah dia orang " jawab Datuk Rahma.

Bunga dan Izham tersentak.

" Papa apa ni? Tak kan lah Am nak kena kahwin pulak. Kita orang tak buat apa-apa pun " soal Izham tidak puas hati.

" Ni soal maruah Am. Mana papa nak letak muka kalau orang tahu Am kena tangkap khalwat? Ni jer satu-satunya jalan terbaik. Demi menjaga maruah kita dan Bunga " .

" Saya setuju bang " sokong Datin Alia.

Datin Fatinah juga mengangguk.

" Akak pun setuju. Apa pulak kata orang nanti kan " .

Semua mata memandang ke arah Bunga yang sejak daripada tadi diam sahaja.

" Bunga ada ayah? " soal Datuk Rahman.

" Ayah saya dah meninggal " jawabnya.

" Datuk? Abang atau adik beradik lelaki ? " soalnya lagi.

Bunga menggeleng.

" Saya tak ada sesiapa selain ibu saya " jawabnya.

" Okay takpa. Kalau macam tu esok kita nikahkan budak-budak ni. Buat majlis kecil-kecilan jer " .

Izham meraup rambutnya kasar. Entah apa nasibnya. Kalau lah dia tak datang rumah ibu saudaranya itu pasti ini semua tidak akan terjadi. Dia masih tertanya-tanya siapa yang menelefon pihak JAIS.

???

Dengan sekali lafaz, Bunga sah menjadi isteri kepada Izham. Dalam keadaan terpaksa dia menurut juga.

" Kak Amy, tolong rahsiakan daripada ibu. Nanti bila keadaan dah reda, Bunga sendiri yang akan balik kampung beritahu ibu " .

Amy mengangguk.

" Baiklah. Bunga jaga diri ya. Apa-apa telefon jer akak. Encik Hafiz tahu tak Bunga dah nikah dengan Izham? " .

" Tak. Dia masih belum balik daripada outstation " Bunga menggeleng perlahan.

" Okay takpalah kalau macam tu. Bunga jaga diri okay. Akak balik dulu. Nanti kita jumpa lagi " Amy memeluk Bunga seketika sebelum berlalu pergi daripada rumah mertua Bunga.

Mulai hari ini Bunga akan tinggal di rumah mertuanya kerana Izham memang menetap di rumah keluarganya. Lagipun dia satu-satunya anak mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience