Part 17.

Romance Completed 19455

Izham memandu kereta agak laju kerana Bunga ingin melihat arwah sebelum arwah dikebumikan.

" Sabar ya Bunga. Ni ujian untuk kau" pujuknya.

Sesekali dia menoleh ke arah Bunga yang masih lagi tidak kering air matanya.

Baru sahaja dia merancang untuk pulang ke kampung minggu hadapan. Tapi sayang semuanya hanya perancangan. Belum sempat dia ingin memperkenalkan Izham pada arwah ibunya.

Sampai sahaja di rumah arwah, Bunga terus berlari masuk ke dalam rumah. Rumahnya dipenuhi dengan orang-orang kampung.

" Ibu! Kenapa ibu tinggalkan Bunga ibu? Ibu... " Bunga menatap sekujur tubuh yang kaku itu.

" Sabar Bunga. Sabar " pujuk Mak long.

" Mak long, macam mana ibu boleh jadi macam ni? " soal Bunga.

" Mak long tak tahu Bunga. Lepas subuh tadi mak long datang nak jenguk ibu kamu, bila mak long panggil dia tak menyahut. Mak long tengok dia dah tak ada. Doktor sahkan arwah meninggal dalam tidur" jelas mak long dengan nada yang sebak.

Bunga mencium dahi arwah ibunya.

" Ibu, maafkan Bunga sebab tak ada dengan ibu. Maafkan Bunga ibu...Bunga sayang ibu sangat-sangat".

Izham berdiri tegak di muka pintu. Jatuh kasihan dia melihat Bunga. Belum sempat dia mengenali ibu mertuanya, arwah sudah pergi menghadap ilahi.

???

Malam ini mereka bermalam di Melaka sahaja. Bunga duduk sendirian di ruang tamu. Dalam pelukannya ada baju arwah Puan Aminah. Izham melangkah mendekati Bunga.

" Bunga, kau dah makan? " soal Izham prihatin.

Bunga menggeleng perlahan.

" Kenapa tak makan lagi? Nanti kau sakit " .

" Saya tak ada selera awak " .

Izham melabuhkan punggungnya di sebelah Bunga.

" Bunga, pandang aku " .

Bunga menoleh memandang Izham. Izham mengesat air mata yang mengalir di pipi isterinya itu.

" Bunga, aku tahu memang sakitnya bila kita kehilangan orang yang kita sayang. Lagi-lagi seorang ibu yang melahirkan kita. Bukan senang untuk terima semua tu. Tapi kau tak boleh macam ni. Arwah ibu mesti tak suka tengok kau macam ni. Kau kena kuat. Kau tak boleh lemah macam ni. Kalau kau sayang ibu, kau kena doakan ibu. Jangan terus tangisi kehilangan ni. Janganlah kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita, At Taubah ayat 40. Allah pun tak suka bila hamba terus bersedih macam ni. Kau kena redha dengan ketentuan Allah. Hidup kita ni hanya pinjaman. Tak ada yang kekal abadi Bunga " panjang lebar nasihat Izham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience