Part 7.

Romance Completed 19455

Izham baru teringat, Bunga lah yang melanggarnya tempoh hari. Bunga juga terkejut saat matanya bertentangan dengan Izham. Izham tersenyum sinis.

" Jemputlah minum " Bunga cepat-cepat berlalu pergi ke dapur semula setelah menuangkan air di dalam gelas.

" Amboi mata tak lepas tengok anak dara orang " tegur Hafiz.

Izham ketawa kecil.

" Tak adalah. Muka dia tu macam familiar jer " jawabnya.

" Minumlah Am. Malam ni makan malam kat rumah mak long ya " pelawa Datin Fatinah.

" Okay mak long. Bibik baru mak long tu pandai masak ke? " soalnya.

" Oi kau jangan pandang dia sebelah mata tau. Dia punya masakan tip top bro " jawab Hafiz.

" Yeke? Tak sabar aku nak rasa. Kalau tak sedap, siaplah kau " .

" Aku sure 100% kau mesti suka masakan dia punya " .

Izham mencebikkan bibirnya. Dia yakin Bunga juga mengenalinya kerana ketika mereka bertentangan mata tadi, wajah gadis itu terus berubah.

???

Selepas makan malam, mereka duduk di ruang tamu sambil menikmati kopi o panas dan kek batik lebihan siang tadi.

" Mak long, Hafiz kejap ea. Nak pergi toilet " beritahu Izham.

Datin Fatinah dan Hafiz mengangguk perlahan.

Kakinya diatur menuju ke dapur memandangkan tandas rumah itu di bahagian dapur.

Setelah keluar daripada tandas, Izham terlihat Bunga yang sedang mencuci pinggan mangkuk kotor yang mereka gunakan ketika makan malam tadi.

Tiba-tiba idea jahatnya muncul. Izham melangkah mendekati gadis itu.

" Oiii buat apa tu? " .

Hampir terlepas pinggan yang berada di tangan Bunga kerana terkejut apabila suara Izham tiba-tiba sahaja menjengah.

" Ya Allah. Encik ni kenapa? Bagi lah salam dulu kalau ya pun. Terkejut saya " Bunga mengurut dadanya.

Nasib baik tak ada sakit jantung kalau tak dah lama jalan.

" Siapa suruh kau berangan? Kau nak cuci pinggan ke kau nak berangan? " .

" Encik cakap apa ni? Mana ada saya berangan. Dah encik tiba-tiba jer sergah saya macam tu memanglah saya terkejut " .

" Ohh kau melawan ea? " .

" Mana ada saya melawan. Saya cakap benda yang betul jer " Bunga menundukkan kepalanya.

Izham menahan tawanya. Kelakar pula dia melihat wajah gadis itu.

" Kita pernah jumpa ke sebelum ni? Aku macam pernah tengok muka kau" sengaja Izham menyoal.

Bunga menelan air liurnya.

" Err..err tak. Kita tak pernah jumpa. Mungkin encik salah orang kot " jawabnya.

" Iya ke? Tapi betul aku memang pernah nampak kau sebelum ni " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience