Part 10.

Romance Completed 19455

" Apa yang jadi ni? " soal Hafiz.

" Tanya lah maid kau ni. Dia ajak aku bergurau senda pulak pagi-pagi ni " jawab Izham.

Hafiz memandang ke arah Bunga meminta penjelasan.

" Saya tersiram encik Izham tadi " jawabnya jujur.

" Tapi kenapa awak pun basah kuyup ni? " .

" Bro, kena adil lah. Dia dah mandikan aku, aku siram lah dia balik " jawab Izham selamba.

" Sudah lah tu. Bunga, awak pergi masuk dalam tukar baju " arah Datin Fatinah.

Bunga menurut. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Sempat Izham mengenyitkan matanya pada Bunga. Bunga hanya memberikan jelingan tajam. Arghh sakit hatinya dengan lelaki itu. Semuanya berpunca daripada Izham.

" Haa Am, pergi lah tukar baju jugak. Dah basah kuyup mak long tengok. Pinjam baju Hafiz dulu " .

Izham mengangguk perlahan.

" Nanti kita sarapan sama-sama " kata Datin Fatinah sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.

" Eh yang kau pergi siram Bunga jugak kenapa? Dia tak sengaja kan siram kau " soal Hafiz.

" Sengaja ke tak sengaja ke, dia siram aku. Basah kuyup aku dia kerjakan. Aku balas lah balik " Izham terus melangkah masuk ke dalam rumah juga.

Tinggallah Hafiz sendirian.

" Hishh macam-macam hal " dia mengeluh sendirian.

???

" Seronok tak kena siram tadi? " perli Izham.

Bunga yang sedang menyidai pakaian terus menoleh ke arahnya.

" Encik ni kenapa ea? Tak habis-habis nak kacau saya. Encik tak ada kerja lain ke? " soal Bunga.

" Eleh marah. Sombong kau kan. Kau ingat aku nak sangat ke kacau kau? Tak ada masa lah " .

" Dah tu jangan lah kacau saya. Pergi main jauh-jauh. Shuhh shuhh " halau Bunga.

" Ewah ewah kau shuhh shuhh kan aku pulak ea. Kau ingat aku ayam?".

" Encik Izham, boleh tak jangan kacau saya? Saya nak buat kerja lah " .

" Buat lah. Ada ke aku pegang tangan kau tak bagi kau sidai kain tu? " .

Bunga mendengus geram. Ikutkan hatinya nak jer dia tumbuk muka Izham. Tapi nanti tak pasal-pasal dia kena buang kerja.

Dia meneruskan kerjanya. Makin dilayan Izham, makin gila dibuatnya.

Izham menyembunyikan senyumannya. Entah kenapa dia suka benar membuat Bunga marah. Padahal gadis itu langsung tidak mencari pasal dengannya.

" Am, kau buat apa kat belakang ni? " soal Hafiz yang baru sahaja datang.

" Saja ambil angin. Eh Hafiz jom teman aku pergi gym " ajaknya.

" Haa boleh jugak " Hafiz setuju.

" Okay bagus. Jom kita pergi 'sado' kan lagi badan kita " sengaja Izham menguatkan perkataan 'sado' itu.

Bunga menjeling tajam ke arahnya. Meluat betul aku dengan mamat poyo ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience