Part 11.

Romance Completed 19455

" Mummy, buat apa tu? " tegur Hafiz yang baru sahaja pulang daripada pejabat.

Tali leher dilonggarkan. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Datin Fatinah.

" Mummy tengah kira stok baju baru yang sampai kat butik siang tadi " jawabnya.

" Mummy, Hafiz sebenarnya ada benda nak bincang dengan mummy" beritahunya.

" Apa dia? " .

" Hafiz rasa Hafiz dah bersedia nak kahwin " .

" Iya ke? Alhamdulillah. Dengan siapa? " soal Datin Fatinah

" Dengan Bunga " .

" Ha? Bunga? Hafiz cakap apa ni? " .

" Mummy, Hafiz dah buat keputusan untuk kahwin dengan Bunga " jelasnya.

" No. Mummy tak izikan. Dia tu orang gaji Hafiz. Orang gaji jer. Cari lah perempuan lain. Lagipun baru dua bulan Hafiz kenal dia. Entah mana asal usul dia agaknya " bangkang Datin Fatinah.

" Mummy please lah jangan fikir bukan-bukan. Bunga tu perempuan yang baik. Hafiz yakin " .

" Jangan lawan mummy Hafiz. Hafiz kau nak kahwin dengan sesiapa pun mummy tak kisah. Asalkan bukan dengan Bunga. Dia tu orang gaji kita".

" Hafiz tetap dengan keputusan Hafiz" Hafiz terus berlalu naik ke tingkat atas.

" Degil betul " Datin Fatinah merengus geram.

Otaknya ligat mencari jalan agar dapat menghalang anaknya itu daripada berkahwin dengan Bunga. Jika dia terus memecat Bunga, pasti Hafiz akan memberontak.

???

" Jemputlah masuk Am " pelawa Datin Fatinah.

Hari ini dia sengaja mengajak anak buahnya itu makan malam di rumahnya.

" Hafiz mana mak long? " soal Izham.

" Hafiz outstation dua hari. Sebab tu mak long ajak Am makan kat sini " .

Izham mengangguk faham.

" Am duduk lah dulu ya. Mak long nak keluar sekejap. Tiba-tiba ada pelanggan nak jumpa mak long " .

" Lah malam-malam macam ni pun dia nak jumpa? Esok tak boleh ke mak long? " .

" Sekejap jer Am. Nanti mak long balik ya. Mak long pergi dulu " .

Izham mengangguk akur. Menyesal pula dia datang ke rumah ibu saudaranya itu. Terpaksalah dia menanti sehingga mak longnya pulang.

Bunga melangkah ke ruang tamu sambil membawa secawan milo panas. Tadi Datin Fatinah menyuruhkan membuatkan air untuk Izham.

" Nah air encik " Bunga menghulurkan milo panas itu pada Izham.

Izham terus menoleh memandang Bunga.

" Air apa ni? " soalnya.

" Milo panas " .

" Sedap ke tak? " .

" Kalau saya buat air sedap pun, encik tetap nak complain cakap saya buat air tak sedap kan. Banyak songeh betul. Minum jer lah " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience