Part 21. (ENDING)

Romance Completed 19455

Sudah seminggu Bunga menjauhkan diri daripada Izham. Dia masih terasa hati dengan Izham. Bukannya Izham tidak cuba memujuk, tapi Bunga masih berkeras hati.

Selesai solat subuh berjemaah, Bunga cepat-cepat bangun daripada tikar sembahyang.

" Sayang, abang nak cakap sikit " panggil Izham.

Bunga tidak menjawab. Selepas dia menggantungkan telekungnya, dia ingin berlalu keluar daripada bilik tapi pantas Izham menarik tangannya.

" Saya nak tolong buat sarapan " jawabnya.

" Sayang abang tahu abang salah. Abang minta maaf. Maafkan abang " pujuk Izham.

Bunga memalingkan wajahnya.

" Sayang, tolong jangan buat abang macam ni. Abang terseksa. Abang tahu abang salah sebab meragui cinta sayang pada abang. Abang hanya pentingkan perasaan orang lain sampai abang tak fikir perasaan isteri abang sendiri " Izham mengenggam erat jari jemari Bunga.

" Abang betul sayangkan Bunga? " soal Bunga.

" Mestilah. Abang terlalu sayangkan Bunga. Abang terseksa bila sayang jauh daripada abang. Abang tak boleh. Tolong maafkan abang. Abang janji abang takkan ungkit soal ni lagi. Abang janji tak akan pernah ragui cinta Bunga pada abang " .

" Bunga maafkan abang. Jangan buat lagi okay? Bunga pun dah tak larat nak merajuk lama-lama dengan abang" .

Izham ketawa kecil.

" Iya abang janji tak buat lagi " .

" Bunga sayangkan abang " .

" I love you more " dahi isterinya dikucup lembut.

Izham menarik Bunga ke dalam dakapannya. Dia menarik nafas lega, akhirnya hubungannya dengan Bunga sudah baik semula.

???

Setahun kemudian...

Bunga terasa perutnya begitu sakit. Dia terus mengejut Izham yang lena tidur di sebelahnya.

" Abang! Abang bangun " tubuh Izham digoncang.

" Hmm ya sayang ? Kenapa ni? Mengidam apa pulak kali ni? " soal Izham. Matanya masih terpejam.

Dia sudah biasa dikejutkan pada pukul 2, 3 pagi oleh Bunga. Macam-macam yang Bunga mengidam. Kerana sayang, dia turutkan jua.

" Bunga bukannya mengidam. Bunga rasa baby dah nak keluar " .

" Ha? Baby dah nak keluar? " Izham pantas bangun.

" Ha'ah. Cepat bang. Sakit ni " Bunga memegang perutnya.

" Haa jom jom kita pergi hospital " Izham terus mencempung tubuh Bunga.

Mujur sahaja mereka sudah siapkan persiapkan untuk bersalin.

???

Tepat jam 4.05 pagi, Bunga selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal.

" Alhamdulillah terima kasih sayang " Izham mengucup dahi isterinya.

Bunga hanya tersenyum kelat. Tenaganya sudah hilang ketika melahirkan bayinya tadi.

" Sayang nak letakkan nama apa untuk anak kita ? " soal Izham.

" Emm Mawar? " .

" Mawar? Sedap jugak. Mama dia nama Bunga. Dia nama Mawar " .

Bunga tersenyum kecil.

" Okaylah kita letak nama Mawar ya?".

Bunga mengangguk perlahan.

" Terima kasih sayang sebab sudi lahirkan anak abang. Tak terbalas jasa sayang. Terima kasih jugak sebab sudi jadi isteri abang. I love you so much " tangan Bunga dikucup lembut.

" I love you too " jawab Bunga perlahan.

" Sayanglah bunga terindah yang Allah hadiahkan untuk abang " .

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience