Crhist semakin buntu dengan penyakit yang dialami Hani. Hani semakin hari semakin kurus. Muka Hani pucat dan kusam. Keceriaan pada wajah Hani sudah tiada. Hani dah tak pergi sekolah. Hani kerap pengsan. Crhist buntu SPM bakal tiba. Crhist memandang wajah Hani yang sedang tidur.
"My Teddy Bear... Kau tidur pun nampak comel. Aku keluar pi cari makanan untuk kau dulu k?"
Crhist berbisik di telinga Hani.
Crhist menutup badan Hani dengan selimut kemudian dia turunkan suhu penghawa dingin dan keluar beli makanan untuk Hani.
***********************************
Hani duduk diatas katil, keadaan bilik menjadi suram. Tiba-tiba pintu bilik terbuka sendiri. Seorang perempuan bermata hitam dan kepalanya ditutupi kain putih yang kotor memasuki bilik sambil menolak troler yang penuh dengan kepala tengkorak. Perempuan tersebut cuba berbicara dengan Hani tapi Hani tidak faham sepatah pun apa yang dibacarakan oleh perempuan tersebut.
Tiba-tiba Hani tersedar dari tidur.
"Mimpi lagiiii..."
Hani bercakap dan menggigil.
Itulah mimpi yang berulang-ulang Hani mimpi setiap hari. Hani mencari Crhist, kemudian Hani mencapai telefon bimbit dan mendail nombor telefon Crhist.
"Hello My Teddy Bear"
Crhist ceria diganggang telefon.
"Kau dimana? Aku takut niiii..."
Hani mengadu.
"Kau tunggu jap. Aku tapau makanan ni."
Kemudian Crhist meletak ganggang.
Beberapa minit kemudian Crhist sampai. Hani terbaring atas lantai dan tangan kiri Hani yang berlumuran darah. Hani sedar waktu itu.
"Apa jadi ni Crhist??? Kenapa begini???"
Soal Hani.
"Aku tidak tau. God! God! Help her!"
Jerit Crhist sambil mengangkat tubuh Hani yang lemah longlai. Crhist berlari mencari teksi berdekatan dan terus membawa Hani ke hospital.
*****************************
"Dia bernasib baik. Luka tak dalam."
Bicara doktor pada Crhist. Crhist tunduk.
"Adik you kah?"
Soal Doktor.
"She's my girlfriend"
Crhist jawab.
Crhist ceritakan keadaan mereka kepada doktor.
"Crhist, Hani perlukan rawatan. Dia kekurangan zat. Darah Hani pun kurang. Better you serahkan Hani pada parent dia."
Doktor memegang bahu Crhist.
Crhist akan dituduh sebagai penculik. Hani dicari polis dan keluarga juga mencari Hani selama hampir enam bulan. Tapi Crhist perlu serahkan Hani dalam keadaan yang sihat. Crhist nekad serahkan Hani tak kira apa pun tuduhan yang bakal Crhist hadapi.
*****************************
Seminggu Hani berada di wad, akhirnya Doktor mengizinkan Hani pulang. Crhist membawa Hani balik ke bilik sewa mereka. Crhist masak dan basuh pakaian. Kehidupan mereka seperti suami dan isteri.
Hani menolong Crhist menyidai baju. Tetapi Hani tidak tahan dengan terik panas matahari. Hani jadi pitam. Hani perlahan-lahan berjalan ke bilik. Dia tak nak Crhist tau.
"My Teddy Bear, aku keluar kejap beli barang mandi."
Crhist menjerit dari pintu.
"Crhist!!!"
Hani memanggil Crhist.
Crhist datang kepada Hani sambil senyum. Crhist cium dahi Hani dan telapak tangan Hani.
"Hani, tidak kira apa pun yang bakal berlaku,kau tetap nombor satu dihati aku."
Crhist bercakap sambil membelai rambut Hani. Hani balas dengan senyuman.
Hari sudah malam pun Crhist masih tak balik lagi. Jam menunjukkan pukul 10 malam.
'Kedai dah tutup ni. Mungkin dia tiada kredit. Baik aku call dia"
Bisik hati Hani.
"Hello? Hani?"
Hani terkejut suara orang lain yang mengangkat telefon.
"Hani, saya Inspektor Mazlan. Crhist berada di balai polis. Hani beritahu lokasi Hani dan kami akan datang ambil awak"
Inspektor Mazlan berasal dari Semenanjung. Hani beritahu lokasi dan polis mengambil Hani.
********************************
Hani masuk ke dalam offis Inspektor Mazlan. Crhist, Daddy Crhist dan Mama ada di dalam.
"Haniiii!!!!"
Mama memanggil Hani. Tetapi Hani tidak memberi respon.
"Duduk Puan"
Arah Inspektor Mazlan. Mama duduk sambil menangis.
Inspektor Mazlan menarik kerusi untuk Hani duduk.
"Kes dah selesai,Puan. Puan boleh bawa anak Puan balik."
Bicara inspektor Mazlan kepada Mama.
Hani bingung. Adakah Hani dipisahkan dari Crhist? Hani keliru, kenapa Crhist tak pandang muka Hani walaupun sedikit? Crhist langsung tidak memandang Hani yang semakin jauh dibawa pergi oleh Mama.
"Crhist?" Hani memanggil Crhist.
Tapi yang memandang Hani adalah Daddy Crhist.
"Hani, maafkan Crhist."
Daddy Crhist memohon maaf untuk Crhist.
**************************
Sampai di rumah Mama. Hani rasa tak biasa dengan situasi di rumah Mama. Adik-beradik Hani memandang Hani dari jauh kecuali Kak Long. Kak Long datang menghampiri Hani dengan membawa senaskah Al-Quran.
"Hani tau apa ni???"
Soal Kak Long.
"Tidak"
Hani jawab.
'Haaaaa???? Kenapa dengan aku ni? itu Al-Quran.'
Bisik hati Hani.
"Hani tak sihat Hani. Mama selalu mimpikan Hani. Malam ni Imam datang rawat Hani"
Kak Long bercakap lembut pada Hani.
Secara spontan Hani cuba untuk melarikan diri.
'Kenapa dengan aku ni???'
Hani berbicara di dalam hati tetapi Hani tidak mampu mengawal tubuh sendiri. Seolah-olah ada yang mengawal tubuh Hani. Semua orang mengejar Hani dan Hani gagal melarikan diri.
Jam satu tengah malam Imam datang ke rumah. Hani dirawat, bacaan Al-Quran jelas kedengaran di telinga Hani. Selepas beberapa minit, Hani tak ingat apa yang terjadi. Bila Hani sedar, Hani sudah berada di dalam bilik. Kak Long baring sebelah Hani.
Cincin, gelang, subang dan rantai yang Crhist berikan kepada Hani semua ditanggalkan. Badan Hani berbau limau nipis. Hani terlelap semula kerana badan Hani terasa sakit-sakit.
***************************
Crhist berpakaian serba hitam sambil memandang Hani. Di belakang Crhist ada tempat cina sembahyang.
"Haniiiiii...."
Suara Crhist memanggil Hani.
Hani tersedar dari mimpi.
Hani mimpikan Crhist dan suara Crhist betul-betul kedengaran di telinga Hani. Sekali lagi Hani tidak mampu mengawal tubuh badan sendiri. Hani buka cermin tingkap satu persatu (Cermin tingkap yang bertingkat-tingkat) dan tanpa berfikir panjang, Hani lompat.
"Haniiiiiiiiiii!!!! Ya Allah!!!!!!! Hani!!!!"
Jerit Kak Long.Satu rumah bangun kerana terkejut dengan jeritan Kak Long.
"Kenapa Long?????"
Tanya Mama risau.
"Hani lompat Maaa!!!! Hani lompat!!!"
Semua orang turun tengok Hani dibawah. Tapi Hani sudah berada dijalan raya. berjalan kaki seperti orang gila.
"Crhist! Crhist! Crhist!"
Nama Crhist berulang-ulang Hani panggil.
Mama mengejar Hani dan memeluk Hani dengan kuat. Hani melawan tetapi Mama gagahkan diri memeluk Hani lebih kuat sebab tak nak Hani lari. Kak Long dan Kak Ngah turut membantu Mama. Beberapa minit kemudian Hani pengsan.
Hani dibawa ke merata tempat untuk dirawat. Tempat terakhir Hani berubat di Sabah adalah di sebuah sekolah rendah. Orang yang merawat Hani adalah seorang Pak cik yang bekerja sebagai pengawal sekolah. Cara Pak cik itu merawat Hani hanya dengan melalui jari kaki Hani. Hani tak mampu melawan. Suara Hani lantang memaki-maki Pak Cik tersebut kerana Hani kesakitan. Tetapi yang memaki itu bukanlah Hani yang sebenarnya.
"Apa kau mau?"
Soal Pakcik kepada Hani. Soalan itu sebenarnya ditujukan kepada benda yang menumpang ditubuh Hani.
"AKU NAK HIDUP BERSAMA DIA UNTUK SELAMA-LAMANYA! AKU TIDAK SANGGUP BERPISAH!!!!"
Hani menjawab.
Selasai rawatan Hani. Hani memandang kaki Hani berlumuran tanah hitam. Mama dan Makcik - Makcik semua terkejut.
"Kau sakit ni nak"
Pak cik itu bersuara.
"Ada orang bagi kau dari makanan. Supaya kau suka sama dia"
Pakcik tersebut sambung berbicara.
"Astaghfirullah"
Mama mengucap.
Hani diberikan 3 botol air besar yang telah di ruqyah untuk Hani minum dan mandi. Pakcik tersebut pesan pada Mama supaya setiap hari Khamis jangan buat Hani rasa marah atau sedih. Hani tidak boleh makan pisang emas. kerana nama Hani dipuja-puja pada setiap hari Khamis dan santapan untuk jin yang menumpang ditubuh Hani adalah pisang emas.
Hani menduduki SPM yang mana Hani sempat sahaja. Semua keputusan Hani lulus. Sekolah memberi surat kepada Hani untuk Hani bawa ke Putrajaya supaya boleh menduduki SPM selebihnya disana.
Mama menghantar Hani ke Kuala Lumpur untuk sambung belajar. Dengan berat hati Hani menuruti.
Semasa berada di Kuala Lumpur, dua bulan berlalu barulah Hani perasan yang dia belum datang haid lagi. Hani ke farmasi dan beli pregnancy test lalu Hani test di hostel. Jantung Hani berdegup laju selepas mendapati yang dia telah hamil. Hani gembira bercampur sedih. Hani sedih kerana Hani terpaksa menghubungi Crhist semula selepas berpisah. Hani masih menghafal nombor telefon Crhist. Dia cuba dail nombor telefon Crhist dan nombor tersebut masih lagi aktif.
"Hello?"
Hani masih cam suara Crhist.
"Hello Crhist?"
Hani bersuara.
"Hani???? Hani???? Kau kah tu???"
Crhist bertanya untuk memastikan adakah benar Hani yang menghubungi dia.
"Crhist, ada hal penting aku mau cakap ni"
Hani terus mula bercakap.
"Aku pregnant Crhist. Anak kita"
Hani sambung.
"Hani, Bila kau balik?"
Tanya Crhist.
"Next month. Kita jumpa Crhist?"
Hani mengajak Crhist untuk berjumpa.
"Okey."
Jawab Crhist.
Bulan depannya Hani balik ke Sabah dan bergegas bertemu dengan Crhist. Hani bercadang untuk berkahwin kerana Hani nak membesarkan anak didalam kandungannya. Hani yakin bahawa Crhist akan bersetuju.
****************************
"Kita masih muda, Hani. Ada berapa ramai kawan kita yang masih muda sudah kahwin tapi bercerai. Lagi pun family aku tidak akan setuju kalau aku masuk Islam. Gugurkan Hani. Ini pun untuk masa depan kau. Kau baru saja sambung belajar. Aku pun baru saja sambung belajar."
Hani memandang wajah Crhist dengan penuh rasa marah. Sepatah pun Hani tak bercakap. Hani pergi meninggalkan Crhist tanpa menoleh ke belakang. Crhist memanggil-manggil Hani tetapi Hani sudah tak peduli. Kehancuran dihati Hani kali ini lebih hancur berbanding berpisah dengan Crhist. Hani menaiki teksi dengan mata yang berkaca. Hani cuba salahkan Crhist tapi semua ini sudah terjadi. Hani tidak mampu mengundurkan masa yang sudah berlalu.
Hani memikirkan nasib anak didalam kandungannya. Semakin hari semakin membesar. Hani sudah mulai rasa anaknya bergerak-gerak di dalam rahimnya. Hani berterus-terang dengan Mama. Mama terkejut tapi sebagai seorang Mak, Mama kena bantu Hani. Mama menghubungi Mommy Crhist. Tapi Mommy Crhist memberi Mama sejumlah wang untuk gugurkan kandungan Hani. Hani terpaksa akur. Hani habiskan sehariannya dengan tangisan. Rasa benci Hani terhadap Crhist semakin membuak-buak.
Hani cuba beranikan diri ke klinik untuk scan keadaan kandungannya.
"Tengok puan, baby you sihat!"
Doktor lelaki berbangsa India melayan Hani dengan penuh ramah.
"You ada mabuk?"
Doktor tanya.
"Tak ada doktor"
Hani jawab.
"Perut you nampak kecil tapi baby you dah berusia lima bulan"
Doktor beritahu Hani.
Hani terkejut. Lima bulan???? Bayi dalam kandungan Hani pun dah cukup sifat. Dia aktif bergerak. Hani menangis melihat pada skrin. Doktor hanya memandang Hani.
Kandungan Hani digugurkan pada usia enam bulan. Kandungan Hani tidak dicuci tapi Hani bersalin seperti biasa. Hani meroyan mencari-cari anaknya sedangkan anak Hani sudah tiada. Dua minggu Hani tak masuk kelas. Hani dijaga oleh kawan-kawan Hani semasa dalam pantang. Hani terasa masa tu dia seperti dibuang.
Apabila keadaan Hani sihat sepenuhnya. Hani mula ceria kembali dan kerap ke clubbing bersama kawan-kawan semula. Cuma kali ini Hani beraksi di Kuala Lumpur. Seminggu sekali Hani akan ke Clubbing. Masuk usia Hani 18 tahun, Crhist mengajak Hani untuk berahwin dan Crhist sudah bersedia untuk memeluk agama Islam. Tetapi hati Hani sudah tawar. Hani menolak risikan Crhist. Crhist berusaha dan berusaha untuk mencuri hati Hani semula. Namun Hani menipu Crhist dengan mengatakan bahawa Hani sudah bertunang dengan orang yang kaya-raya. Disitu Crhist berputus-asa dan mengundur diri.
Hani berpakaian sangat menonjol setiap hari. Terlalu ramai lelaki mahukan Hani namun Hani bersikap jual mahal. Bagi Hani semua lelaki sama. Mereka hanya bernafsu semata-mata. Tiada cinta yang sejati di dunia. Semua lelaki hanya tahu berkata manis, semuanya dusta bagi Hani. Dato, anak Dato, Pegawai tentera dan orang biasa-biasa semua mencuba untuk dapatkan Hani. Dengan tubuh badan yang seksi, rambut yang hitam pekat Hani warnakan, berkulit cerah dan berwajah seperti cina. Hani memiliki tubuh badan yang padat. Rambut Hani yang panjang paras pinggang dipotong ke paras bahu dan kini warna rambut Hani berwarna coklat pekat.
Suatu hari Hani mengikut kakak angkatnya pergi ke clubbing di Dorai Sami. Hani sedang asyik menari. Dalam ramai-ramai orang, Hani terpandang seorang lelaki yang pandai menari. Masa tu zaman Shuffle lagi. Lelaki itu sahaja yang tidak tertarik pada Hani. Melihat lelaki itu, Hani rasa diri Hani sangat hina. Hani sedar yang diri dia sudah kelihatan seperti perempuan murahan.
Selesai ber-clubbing. Mereka melepak di sebuah restoran Mamak. Hani sedikit mabuk. Kakak angkat Hani bernama Ishal mengenalkan diri Hani kepada lelaki yang Hani lihat tadi. Hani cuba salam lelaki itu.
"Haram.. Hehehehe"
Lelaki itu tidak membalas salam Hani. Hani terkedu sekejap.
" Okey, aku Hani"
Hani senyum.
"Aku Lan"
Jawab Lan.
"Sorry jangan terasa kenapa aku tak salam. Aku bukannya baik sangat pun. Kalau aku baik, aku tak masuk tempat-tempat yang haram."
Lan sambung bercakap.
Hani mengangkat kening sebelah sambil memandang muka Lan.
"Aku ingat kau ustaz tadi. Ahahahahaha!"
Hani bergurau.
Lan menghulurkan tangan dan Hani membalas salam Lan. Mereka berdua saling berbalas senyuman.
*******************************
Share this novel