Kakak kepada Ling bernama Fi kenalkan Hani dengan seorang lelaki yang berusia 30an, Thomas. Fi pesan dekat Hani supaya melayan Thomas betul-betul. Mereka semua berada di pusat hiburan karaoke. Suara Hani yang sedap buat Thomas tertarik pada Hani.
"Umur berapa?" Thomas tanya Hani. Hani pandang Thomas sambil senyum.
"Aku budak lagi. 16 tahun" Balas Hani.
Thomas angguk-angguk sambil kelip-kelipkan mata kerana terkejut yang Hani baru berusia 16 tahun.
"You nakal masih kecil sudah masuk tempat-tempat macam ni. Kalau you anak I, I kasih kurung" Thomas pandang Hani sambil ketawa.
"Kenapa? Kau ada anak perempuan kah?" Hani tanya Thomas.
"Tak ada. Kahwin pun belum. I punya Mommy selalu bising sebab sudah tua tapi belum kahwin" Cerita Thomas.
Hani minta diri untuk ke tandas. Puas Hani call Fi tapi tak jawab. Ling belum ada telefon bimbit lagi. Hani pusing satu pusat karaoke tapi tak nampak Ling dan Fi. Hani kembali ke meja Thomas.
"Kau ada nampak Fi tak?" Hani tanya Thomas.
"Aaaiii??? Tadi Fi cakap dia mau balik, you I hantar pulang"
Hani rasa hairan tapi dia cuba bersikap rilek.
Thomas memujuk-mujuk Hani untuk minum sampai mabuk.
********************
Bila Hani sedar, hari dah siang. Hani tengok keadaan keliling tapi Hani tak cam. Hani cuba berdiri dan Hani tak ada pakaian. Hani terasa sakit di alat sulit.
Hani cuba ingat apa yang berlaku. Tapi Hani langsung tak ingat. Tiba-tiba Thomas masuk bilik dalam keadaan masih bertuala sambil bawa semangkuk sup berempah.
"You minum ni. Nanti badan rasa segar" Thomas mendekati Hani sambil memberi sup yang dimaksudkan.
Hani minum sup dan masih keliru.
"You, apa jadi semalam I akan tanggungjawab" Thomas sambung bersuara.
Jantung Hani rasa seperti nak meletup. Hani dah disentuh lelaki. Tapi Hani tak mampu menangis. Hani terasa diri dia sangat bodoh.
"Apa jadi semalam???" Hani tanya Thomas.
"Kita sudah......." Belum sempat Thomas cakap tiba-tiba Hani marah
"Aku report polis!!!!!" Hani memukul muka Thomas tapi Thomas tak balas. Thomas hanya diam.
"Haniii!!! I akan tanggungjawab!!!!" Thomas menengking Hani. Hani diam kemudian Hani cuba capai baju-baju Hani yang berselerak.
"Aku nak balik!!!" Jerit Hani ke arah Thomas.
"Okey... Okeyyy..." Jawab Thomas sambil angkat kedua-dua tangan supaya Hani rilek.
************************
Hani balik rumah Mama tapi Hani berkurung. Hani rasa dia dah macam terikat dengan Thomas. Hani dan Aziz sudah tidak berhubung lagi kerana Aziz sendiri sudah berputus asa terhadap Hani. Ada pun Aziz mesej tapi Hani tak balas.
Di sekolah Hani hanya berdiam diri. Kawan-kawan Hani rasa pelik dengan Hani yang ceria selalu tapi jadi pendiam. Hani selalu menulis dalam diari bila dia keliru. Fi selongkar laci meja Hani dengan tujuan nak pinjam pen Hani. Tapi Fi ternampak buku yang Hani hias cantik-cantik. Fi mula baca buku diari Hani tanpa pengetahuan Hani.
******************************
Fi berlari kearah Hani yang sedang duduk diam seorang diri di gelanggang bola keranjang.
"Haniiiii!!!!" Jerit Fi.
Hani menoleh dan memandang kearah Fi.
Fi duduk sebelah Hani dan memeluk Hani dengan erat sambil menangis.
"Aku minta maaf Hani! Pasal si Thomas tu aku minta maaf. Aku menyesal kenalkan kau dengan dia"
Hani terkejut.
"Mana kau tau ni????" Hani tanya Fi.
"Aku baca diari kau" Jawab Fi.
"Bodoh kau ni!!! Bodooohhhh!!!!!" Hani menengking kearah Fi. Fi cepat-cepat memeluk Hani sambil meminta maaf.
Sejak dari hari kejadian hari itu Thomas selalu menghubungi Hani. Tapi tidak menyentuh Hani lagi. Thomas mengajak Hani untuk berjumpa tetapi Hani cadangkan supaya jumpa berdekatan dengan rumah Hani sahaja. Thomas setuju. Thomas menunggu Hani di dalam kereta besarnya. Thomas seorang kontraktor yang berbangsa Hakka.
Thomas melihat kehadiran Hani dari side mirror keretanya.
Hani menaiki kereta Thomas perlahan-lahan.
"Kenapa nak jumpa???" Hani bersuara.
"I ada nak bagi you." Kemudian Thomas hulurkan kotak kecil yang dibungkus cantik.
"Sampai rumah you buka. Ini ada sikit wang. I harap you tak lari dari I. I suka you, Hani. You cukup umur, I akan kahwin dengan you. I akan beli rumah lebih besar. I akan buatkan you happy"
Thomas bicara panjang.
"Sudah lah tu. Kau ingat aku bahagia lepas apa yang sudah jadi ni semua? Kau ingat aku suka kah? Kau ingat aku enjoy dapat tidur dengan lelaki macam kau???" Hani tanya soalan bertubi-tubi dalam keadaan yang sangat marah.
"Hani... Jangan marah I lagi. I mau kahwin sama you." Pujuk Thomas
"Tengok nasib!!!" Jawab Hani.
Thomas pandang Hani tanpa berkelip.
"Once you lari dari I, I akan jumpa orang tua you dan I akan cerita semua"
Hani diugut.
"Suka hati kau!"
Hani turun dari kereta dan pergi.
Sebenarnya Hani susah hati dengan ugutan Thomas. Hani tak nak Mama tau hal ni. Hani takut. Hani buka kotak yang diberikan Thomas, Handphone berkamera Thomas hadiahkan bersama sim baru.
'Mungkin aku terpaksa'
Dalam hati Hani.
Airmata Hani mengalir sepanjang malam. Penderitaan Hani tidak berakhir disitu. Hani terpaksa menghadapi pelbagai suka dan duka. Hani lebih kerap merasa perit berbanding bahagia dan Hani masih lupa dengan KASIHNYA ALLAH TA'ALA.
Share this novel