06

Others Series 3884

Usia Hani masuk 17 tahun. Mama menghantar Hani masuk ke asrama. Hani tak setuju bila Mama menghantar Hani masuk asrama. Tapi Hani terpaksa akur. Seminggu sebelum Hani masuk ke asrama, Crhist mengajak Hani berjumpa di sebuah cafe. Hani setuju berjumpa dengan Crhist pada tarikh dan jam yang dijanjikan.Crhist hanya mendengar khabar tentang Hani dari mulut kawan-kawan sekolah. Hari cuti sekolah pun Hani menghabiskan waktu bersama kawan-kawan dan tak balik rumah.

Hani mengambil kerja sambilan di sebuah hotel paling besar di daerah itu. Crhist memang dah lama bekerja sambilan disana. Crhist lah yang selalu membantu Hani waktu bekerja. Crhist mengaku dia sukakan Hani di hadapan orang ramai. Tapi Hani masih menolak kerana bagi Hani, dia adalah perempuan yang kotor.

Christ seorang lelaki berbangsa Cina tapi fasih berbahasa Melayu. Bijak dalam bahasa English dan Matematik. Memiliki tubuh yang tinggi dan rupa ala-ala korea. Crhist seorang yang peramah dan selalu ceria. Setiap kali berjalan bersama Hani, orang akan menyangka yang Hani adalah adik kepada Crhist.
*************************

Hari yang dijanjikan pun telah tiba, Crhist menunggu Hani di cafe. Hani sudah berhenti memakai seluar pendek. Perbezaan Hani dan Crhist adalah agama. Crhist selalu bersikap romantik terhadap Hani. Tapi Hani merasa geli dengan sikap Crhist. Crhist selalu bercakap dengan kata-kata yang comel. Dia selalu memanggil Hani 'My Teddy Bear'

Hani datang ke arah Crhist sambil terseyum lebar.

"That's my girl..." Crhist menegur senyuman Hani.

"My girl kepala udang kau!" Balas Hani sambil menepuk dahi Crhist. Crhist tersenyum.

Hani pesan air dan makanan. Selalunya Crhist dan Hani akan berkongsi makanan dan Crhist yang akan menyuap Hani.

"Okay My Queen. Say Aaaaaaaaaaa"
Crhist bergurau sambil menyuruh Hani menganga mulut dan Crhist akan suapkan. Hani sudah terbiasa dengan semua itu.

"Hani, kau tiada rasa macam ada something kah antara kita?"
Tiba-tiba Crhist serius bertanya.

"Something macam mana?" Hani bertanya semula untuk mengelak.

" Aku sudah banyak kali cakap, Hani. Aku serius dalam hubungan kita. Aku bukan main-main. Aku serius mau kau jadi girlfriend aku."
Muka Crhist betul-betul serius bercakap dengan Hani.

"Buat apa jadi girlfriend? Alang-alang kahwin terus bah"
Hani bergurau.

"Yes Hani. Lepas habis sekolah ni aku akan jumpa Mama Hani."
Crhist letak sudu dan garfu sambil memandang muka Hani. Hani mengelak dari pandangan mata Crhist.

"Kau tidak tau apa-apa Crhist. Aku ada sebab kenapa aku buat macam ni. Aku takut."
Airmata Hani mula mengalir.

"Jadi bagitau lah apa sebabnya? Jangan kau buat aku begini. Menaruh harapan sama kau. Sekarang juga aku mau tau sebabnya!"
Crhist memaksa Hani.

"Okey! Lepas aku cakap ni terpulang sama kau sama ada kau mau lari atau mau teruskan lagi. Aku terima."
Hani pesan pada Crhist siap-siap.

"Okey! Cakaplah! Cepat!"
Crhist memaksa-maksa Hani.

"Crhist, cuba kau rileks dulu. Kita cakap perlahan-lahan."
Pujuk Hani.

"Okey, cakap cepat."
Crhist serius pandang muka Hani.

"Kita tidak boleh Crhist. Nanti kau malu. Satu sekolah tau kes aku. Cikgu-cikgu pun ramai yang tau. Saudara-mara aku semua tau." Hani memulakan cerita.

"Kes apa!?"
Crhist masih memaksa.

"Rogol."
Hani jawab pendek.

"Aku dalam proses untuk melupakan Crhist. Tapi kau memaksa-maksa aku macam ni. Seolah-olah aku penat-penat jahit luka sendiri lepas tu kau buat lagi luka baru"
Hani menangis.

Air muka Crhist jelas berubah.

"I'm sorry, Hani. I'm so sorry"
Crhist cepat-cepat capai tangan Hani. Tapi tangan Hani seperti tidak bermaya.

"Hani please. I'm sorry"
Pujuk Crhist. Tapi Hani masih berdiam.

"Hani, aku bukan peduli pasal kisah kau yang sebelum ni. Apa yang aku tau, aku betul-betul sayang kau."
Crhist nyatakan apa yang ada di dalam hati.

"Please say yes, Hani."
Crhist memujuk.

"Yes untuk apa?"
Hani tanya.

"Jadi girlfriend aku"
Jawab Crhist.

"Nanti aku mesej"
Balas Hani
**************************

Sampai rumah, Hani mandi dan pakai baju yang sesuai untuk tidur. Selesai pakai baju, Hani capai telefon bimbit. Hani memang tidak mampu untuk menafikan yang Hani memang sukakan Crhist. Setiap hari Hani terpaksa melawan perasaan sendiri. Tapi kali ni Hani akan lepaskan semua.

Hani menghantar mesej 'YES' kepada Crhist. Tak lama tu Crhist menghubungi Hani.

"Yes?????? My Teddy Bear, betul kah YES????"
Crhist bertanya dan suara Crhist yang jelas gembira.

"Yes" Balas Hani.

"Esok aku apply masuk asrama, kita sama-sama masuk asrama."
Crhist teruja
***************************

Beberapa bulan berlalu, Crhist pindah ke sekolah swasta. Hani rasa sedih dengan tindakan Crhist. Hani menganggap mungkin Crhist tak nak perempuan macam Hani. Cuti sekolah Hani akan balik ke rumah. Hani duduk di bas stop bersama kawan-kawan yang lain menunggu bas. Tiba-tiba sebuah teksi berhenti.

Pintu kereta teksi dibuka oleh pemandu.

"My Teddy Bear!!!"
Hani terkejut sebab Crhist menjemput Hani.

"Lai lai lai!"
Crhist memanggil Hani masuk ke dalam teksi.
Hani cepat-cepat masuk ke dalam teksi.

Christ hulurkan patung Teddy Bear berwarna coklat pekat kepada Hani.

"For you"
Crhist senyum.

Hani memeluk Teddy Bear yang diberikan oleh Crhist tanda gembira.

"Mau pi mana kita?" Soal Hani.

"Home." Jawab Crhist

" Tempat aku???" Hani bertanya lagi.

"Nope. My home. Sekarang kau diam jangan banyak tanya. Hahaha!"
Crhist menarik batang hidung Hani yang kecil.

Sampai di rumah Crhist, yang ada hanya adik lelaki dan kakak Crhist sahaja. Mommy dan Daddy mereka outstation.

"Hai Hani!"
Kakak Crhist menegur Hani.
Hani senyum.

"Okay, have fun."
Bicara Kakak Crhist. Kakak Crhist dan adiknya keluar meninggalkan mereka berdua di rumah.

"Dorang pi mana?"
Tanya Hani.

"Main futsal. Okey, aku mau masak mee goreng. Lapar?"
Crhist tanya Hani.

"Yup! Let me help you"
Hani ikut Crhist ke dapur.

"No no no no. Kau duduk di ruang tamu tengok TV. Biar aku yang masak."
Bicara Crhist.
*************************

Selesai makan, Hani rasa perasaan Hani terhadap Crhist semakin kuat. Hani memegang tangan Crhist, membelai rambut Crhist. Hani sendiri hairan kenapa dia berani buat macam tu. Crhist balas dengan senyuman.

Hani menolong Crhist bersihkan meja dan Crhist membasuh pinggan. Selesai basuh pinggan, Crhist mengajak Hani masuk ke dalam bilik Crhist.

"Ada aku mau tunjuk"
Crhist menarik tangan Hani dan Hani turut. Dalam bilik Crhist penuh nama Hani. Di dinding, belakang pintu semua nama Hani.

Hani duduk diatas katil single Crhist.

"Bila kau buat semua ni?"
Hani tanya.

"Sejak dari mula aku kenal kau. Hehe"
Crhist buat senyuman comel.

Crhist memegang pipi Hani dan cuba mencium bibir Hani. Hani lupa pada agama. Hani sedang gembira dibelai Crhist. Hani lupa bahawa dirinya sudah cukup kotor untuk diperlakukan seperti itu. Hani membiarkan dirinya hanyut dalam belaian Crhist sehinggakan mereka berdua melakukan hubungan yang tidak sepatutnya.

Hani tidak pulang ke rumah langsung. Dia menghabiskan masa bersama Crhist. Kawan-kawan pun Hani dah tak peduli. Apa yang Hani rasa masa itu dia sangat bahagia disisi Crhist. Hani dah lama tak rasa bahagia. Hani takut semua itu akan lenyap begitu sahaja. Hani lupa. Ya, Hani lupa tentang segala-galanya bila bersama Crhist.

Hubungan Crhist dan Hani berterusan seperti biasa. Tapi Hani dah tak balik rumah Mama. Apa yang Hani hairan adalah, bila Crhist ada bersama dengan Hani, Hani merasa teramat sayang terhadap Crhist. Tapi bila Crhist tiada disisi Hani, Hani merasa teramat benci terhadap Crhist. Perasaan itu membuatkan Hani keliru. Hani sentiasa menuruti kata-kata Crhist.
Salah ataupun betul, Hani tetap menuruti.

Tapi semakin hari Hani bersama Crhist, Hani semakin diganggu benda-benda yang orang tak nampak. Kadang Hani dirasuk dan kadang Hani bersikap diluar kawalan. Mama puas mencari Hani, Mama mimpi yang Hani tidak sihat. Mama mencari Hani di merata tempat tapi tak jumpa. Hani hanya berkurung dibilik sewa yang Crhist sewa bersama Hani. Gambar Hani di balai polis dan di surat khabar tersebar. Tapi Hani tidak ditemui sedangkan Hani berada di daerah yang sama.
************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience