"Baby belum mandi. Muka tak basuh. Gigi tak gosok."
Alasan Hani.
"Riz, tumpang rumah awek kau kejap. Bagi Hani mandi siap-siap. Boleh tak?"
Lan meminta pertolongan dari Riz.
"Boleh, jom lah gerak sekarang. Kejap lagi Ila nak pergi kerja dah tu."
Ila menyewa rumah di Putrajaya. Ila duduk bertiga dengan kawan-kawannya yang lain. Riz, Lan dan Hani ke rumah Ila dan Ila menyambut kedatangan mereka dengan ramah. Hani bersiap dalam bilik Ila.
"Hani pakai bedak apa? Cantik lah."
Ila menegur Hani.
"Pixy, Kak Ila. Murah lepas tu best. Cubalah"
Hani bercakap sambil menepek bedak muka dimukanya.
Ila senyum sambil melihat Hani bersiap.
"Kak Ila, dah pernah jumpa mak Abang Riz tak?"
Hani bertanya.
"Dah. Kenapa?"
Jawab Ila.
"Ni kejap lagi nak Lan ajak Hani jumpa mak dia. Hani takut hehe"
"Ooooo.. Baju Hani dah okey dah. Tapi subang kat telinga tu buka lah. Jangan kita tunjuk yang tak elok dekat orang tua. Kita kena ambil hati diorang. Kalau diorang pergi dapur, Hani terus ikut. Jangan duduk je. Apa yang diorang tanya, Hani jawab je."
Ila memberi pandangan. Hani menanggalkan tindik-tindik di telinganya. sebelah kiri ada lima tindik dan sebelah kanan juga ada lima tindik.
"Yang dekat hidung ni tak apa kot kan?"
Hani bertanya sama ada subang dihidung sebelah kanannya patut ditanggalkan atau tidak
"Buka je. Mana tau mak si Lan tak suka."
Hani menuruti cakap Ila.
Sudah selesai bersiap, Hani keluar. Lan dan Riz sedang menghisap rokok.
"Yang, minta sepam dua rokok"
Kata Hani pada Lan.
"Tak boleh! Karang mak bau!"
Tegas Lan. Hani menjeling tajam. Ila tersengih melihat Hani.
"Kau lepak sini ke, Riz?"
Lan tanya Riz.
"Eh! Tak. Gerak sekali lah. Aku nak balik. Letih ni."
Jawab Riz.
*************************
Sampai di rumah Lan, Hani mengambil masa lima minit sebelum bersedia untuk turun dari kereta.
"Rambut Baby okey tak?"
Hani tanya Lan.
"Okey je. Karang tengok rambut mak jangan terkejut pulak"
Kata Lan.
"Kenapa?"
"Banyak soal lah. Turun cepat!"
Lan menyuruh Hani turun.
Hani turun sambil ketawa.
"Assalamualaikum??? Maaaakkk. Lan bawa kawan ni."
Lan memberi salam
"Waalaikumussalam. Masuk... Masuk..."
Jawab mak Lan.
Hani dan Lan masuk. Betul cakap Lan. Jangan terkejut tengok rambut mak Lan. Hani terkejut melihat rambut mak Lan yang berwarna merah. Mak Lan memang 'free hair'. Hani menyangkakan mak Lan bertudung.
"Aiiii???? Kawan perempuan?"
Tanya mak Lan.
Lan senyum. Cepat-cepat Hani salam mak Lan.
"Haaa duduk. Makcik buatkan air kejap"
Hani cepat- cepat ikut mak Lan ke dapur.
"Eh tak apa! Makcik boleh buat. Kamu duduk je"
Kata mak Lan.
Hani tersengih dan kembali ke ruang tamu. Duduk sebelah Lan. Lan menekan-nekan 'remote' TV.
"Maaakkk!!! Cekodok!!! Lan lapar lah"
Jerit Lan meminta maknya buatkan cekodok.
Beberapa minit kemudian mak Lan datang membawa air kopi dan cekodok ikan bilis.
"Minum kopi tak?"
Mak Lan tanya Hani.
"Minum je Makcik, memang inilah air Hani masa kecil-kecil dulu."
Jawab Hani.
"Orang mana?"
Tanya mak Lan lagi.
"Sabah, Makcik"
"Patutlah bercakap macam orang Jawa"
Kata mak Lan.
"Hahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahaha!"
Tiba-tiba Lan tergelak besar.
"Sebab tu lah Lan suka dekat Hani ni mak. Cakap semenanjung tapi macam Jawa. Comel je."
Lan menyelit.
Hani kerutkan kening. Lan terdiam.
"Tidur sini ke?"
Tanya mak Lan lagi.
"Ye mak. Hani tidur sini."
Lan yang menjawab.
Hani menarik nafas panjang. Geram dengan Lan yang memandai-mandai.
'Mamat ni tadi cakap jumpa mak dia je. Ni tiba-tiba tidur sini pulaaakkk'
Dalam hati Hani.
"Eloklah, kejap lagi kita semua pergi ke jeti. Mak nak beli ikan segar-segar kat sana."
Kata mak Lan.
"Beresssss....."
Jawab Lan.
"Ayah kau balik esok."
Mak Lan beritahu Lan.
"Lama sangat ayah kat Bandung tu buat apa? Kahwin bini muda ke kat sana? Haha! Manje mana?"
Lan mencari adik perempuannya.
"Kalau kau ni masih kecik, mak dah cili-cili dah mulut tu! Manje!!!??? Bangkit!!!!"
Mak Lan menjerit dari luar bilik adik Lan menyuruh bangkit.
Mata Hani terbeliak melihat perangai mak Lan yang agak 'Rock'. Manja keluar dari bilik sambil menggosok-gosok mata. Manja memandang Hani dan berjalan perlahan-lahan ke arah Hani kemudian menyalam tangan Hani. Umur manja 12 tahun. Terlalu jauh jarak usia dengan Lan.
"Awek ke bang?"
Manja duduk depan Lan sambil mencapai cekodok.
"Eh tak lah! Maknyah abang."
Lan bergurau dengan Manja.
Hani tergelak melihat mereka.
"Siapa nama dia, bang?"
Manja bertanya lagi.
"Eh! Kau ni! Pergilah tanya sendiri. Orangnya ada depan mata je!"
Lan geram dengan Manja sambil mengetuk kepala Manja dengan remote TV.
"Jangan kahwin dengan abang Lan ni, kak! Baran macam ayam jantan. Kejap-kejap berapi!"
Manja bercakap sambil berlari ke dapur.
Hani ketawa melihat gelagat Manja. Manja dan mak Lan bersiap. Tanpa Hani sedar, Hani tertidur di sofa kerana terlalu mengantuk tidak cukup tidur. Sedar-sedar rumah Lan dah sunyi. Hani mencapai telefon bimbit dari dalam beg tangannya dan menelefon Lan. Telefon Lan berdering kemudian Hani mengikut bunyi deringan telefon Lan sampai ke dalam bilik Lan.
'Nak masuk ke tak ni?'
Dalam hati Hani.
Hani melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam bilik Lan yang tidak bertutup pintunya.
"B! B!"
Cubaan pertama Hani mengejut Lan gagal.
"B! Bangunlah......."
Hani menggosok-gosok perut Lan. Terasa padat six pack di perut Lan. Lan terduduk dan terbatuk-batuk.
"Gelilaaaahhhhh!!!!!"
Lan geram.
"Kenapa???"
Sambung Lan.
"Mak dah gerak ke?"
Tanya Hani sambil membetulkan rambut Lan yang ikal mayang.
"Dah. Baby tidur tadi, diorang gerak je lah."
Lan rasa sejuk dengan belaian tangan Hani di rambutnya.
"Oooo. Hantar Baby balik, jom?"
"Eh! Janganlah. Mak cakap dia nak masak special untuk Baby."
Hani mengeluh.
"Baby nak balik. Seganlah dengan mak B."
Hani muncungkan bibir.
"Muncung tu kalau gunting elok tu. Menyampah B tengoklah."
Lan mengusik Hani.
"Jom lah duduk depan. B tidur depan TV. Baby jaga B."
Kata Hani.
Mereka melayan TV HBO kemudian Hani terlelap semula.
"Jaga orang lah sangat. Dia yang ke bulan!"
Kata Lan.
Hani tersedar dengan kata-kata Lan. Hani senyum melihat Lan.
"B pun tidur lah."
Hani menyuruh Lan tidur sekali.
"Baby tidur je lah. B tunggu mak balik."
Hani tidur diatas sofa dan Lan tidur di sofa yang lain.
****************************
Lan mengejutkan Hani sebelum mak Lan masuk ke dalam rumah. Lan sudah mendengar bunyi kereta kancil tengah masuk ke dalam garaj. Cepat-cepat Hani bangun. Mak Lan masuk dan terus ke dapur. Manja membantu maknya mengangkat barang-barang yang lain. Hani berdiri dan terus ke dapur kemudian Hani membantu apa yang patut. Mak Lan dan Hani berborak dengan mesra sekali.
Hani sangat gembira dengan suasana masa itu. Hani takut jika terlalu gembira kerana kesedihan pasti akan membalas. Hani tidak menyangkakan yang hubungan dia dengan Lan sampai sejauh ini. Tetapi Hani tidak mahu terlalu berharap. Hani takut. Hani tidak mahu terlalu menyayangi Lan, andai hubungan mereka terputus, Hani tidak terlalu sakit untuk menerima. Hani akan lebih berhati-hati.
Lan pula sebaliknya. Dia terlalu sayangkan Hani. Terlalu yakin yang mereka akan berkahwin. Lan tidak pernah menyayangi mana-mana perempuan sepertimana dia menyayangi Hani. Kerana Hani tidak pernah meminta-minta. Hani tidak pernah menyuruh Lan untuk berjanji setia. Hani tidak pernah mengawal kehidupan Lan. Adakah Lan benar-benar bersedia untuk meneruskan kehidupan bersama Hani? Hani gadis yang terlalu banyak parut dihatinya. Hani yang hatinya hampir lumpuh separuh kerana terluka. Bolehkah Lan membimbing gadis seperti Hani?
********************************
Share this novel