10

Others Series 3884

Zee melihat Hani selalu berkurung di bilik sendiri. Hani kurang masuk ke bilik Zee. Kali ini Zee yang masuk ke dalam bilik Hani. Zee baring sebelah Hani dan meletakkan kepalanya dibahu Hani.

"Hani, kita keluar nak?"
Zee mula berborak.

"Nak ke mana pulak? Awal lagi ni"
Hani memandang jam di telefon bimbit.

"Aku menyampah lah tengok kau macam ni. Balik dari kelas, masuk bilik terus tidur. Kau ada masalah dengan Lan ke?"
Zee menoleh ke arah muka Hani.

"Ada lah sikit. Aku rasa macam aku ni selalu buat dia marah. Ada je yang tak kena dengan aku"

"Kau tengok aku"
Kata Zee. Hani tengok muka Zee.

"Aku tengok lah ni."

"Bukanlah bongok! Kau tengoklah aku ni haaaaa macam mana. Aku jadi macam ni sebab Yus selalu rasa aku ni betul. Aku buat benda salah pun dia tetap cakap aku betul. Aku menyampah gila dengan perangai dia. Kadang tu aku nak jugak dia marah aku. Tapi entah lah. Aku rasa Yus tu membosankan. Aku cuba bertahan dengan dia sebab dara aku dia yang kacau."
Panjang lebar Zee bercakap.

"Pasal tu je? Kau selalu pasang scandal pasal si Yus tu lurus bendul je?"
Hani tak setuju dengan Zee.

"Ha aaahhh lah! Semalam aku ajak dia putus. Macam orang gila dia berlutut, kau tau?"

"Bodoh nak mampus lah kau ni, Zee! Kesian Yus tau....."
Hani rasa kasihan pada Yus.

Hani dan Zee duduk berdua di hostel. Kawan-kawan sehostel mereka yang lain balik kampung kerana cuti seminggu. Selalunya Hani akan tinggal seorang diri bila musim cuti kerana kampung Hani jauh di Sabah manakala yang lain boleh balik kampung dengan menaiki bas. Zee sengaja tidak balik rumah kerana nak menemani Hani. Rumah Zee tidak jauh mana pun dari hostel mereka. Tetapi Zee selalu menjenguk Mak Zee dengan menaiki skuter miliknya sendiri.

"Hani, kejap lagi scandal aku nak datang tau. Kitorang nak borak dalam bilik kejap je"
Zee beritahu Hani.
. "Kau gila ke ajak lelaki datang hostel? Kalau kena tangkap macam mana? Kau ingat aku ni budak-budak lagi ke?"
Hani memarahi Zee.

"Alaaaaaaaaa kejap je. Aku janji."

"Suka hati kau lah!"
Hani masuk ke dalam biliknya dan terus mengunci pintu.

Sedang Hani membaca buku di dalam bilik, Hani terdengar orang masuk ke dalam hostel dan terus masuk ke bilik Zee. Hani rasa dahaga dan keluar mencari air selepas sejam terperuk dalam bilik. Hani buka pintu bilik dan memakai kasut.

"Hani.."
Suara lelaki menegur. Suara itu datang dari balkoni.

"Arif!!!????"
Hani terkejut melihat Arif berdiri di balkoni sambil menghisap rokok.

"Eh! Kau buat apa kat sini?"
Tanya Hani

"Saya jumpa Zee lah. Zee cakap awak dah tau"
Barulah Hani tahu yang selama ini scandal Zee adalah Arif.

"Zee mana Zee???"
Tanya Hani.

"Tidur. Berdengkur, rimas dengar haha!"
Arif ketawa sendiri dan Hani bermuka serius.

"Aku nak keluar jap"
Hani bergegas keluar dari rumah.

"Hani! Nak gi mana?"
Arif bertanya.

"Buat apa kau nak tau?"

Hani terus keluar tanpa memandang muka Arif. Hani berasa sakit hati dengan Arif dan Zee yang memperbodohkan Yus. Seperti biasa Hani duduk di kedai Mamak sambil melayan teh O ais dan hisap rokok dunhill yang berkotak merah. Teks mesej berbunyi di telefon bimbit Hani, Hani buka. Yus menghantar mesej.
'Hani kat mana? Yus ni. Zee kena tangkap basah tapi Zee cakap jantan tu balak Hani. Yus nak jumpa Hani'

Hani terkejut dan terus mendail nombor telefon Yus.

"Yus, lelaki tu bukan boyfriend Hani. Lelaki tu Arif satu Kolej dengan Kitorang."
Hani cuba menjelaskan.

"Hani kat mana? Yus nak jumpa."
Kedengaran suara Yus yang teresak-esak menahan sebak.

"Tempat biasa. Datanglah."

Yus sampai dengan menaiki motor kris. Yus duduk depan Hani sambil menggosok mata. Hani tidak tahu macam mana nak memulakan cerita.

"Hani, jantan sial tu sendiri mengaku yang dia balak Hani. Hani tolonglah cakap yang semua ni tak betul. Hani tengok cincin ni! Yus dah sedia nak melamar Zee. Yus dah plan nak tunang dengan Zee bulan depan. Mak Zee pun dah tau."
Yus letak kotak cincin yang berisi cincin emas depan mata Hani. Hani memandang Yus dengan penuh rasa kasihan

"Yus, kalau Yus tak percaya jugak, Hani call boyfriend Hani. Hani tak terlibat pun. Arif tu baru dua kali Hani pernah jumpa."

"Call lah. Yus nak kepastian."

Hani terpaksa menghubungi Lan. Hani tidak mahu terlibat dalam kes Zee. Hani rasa sangat marah dengan Zee kerana melibatkan Hani. Lan datang selepas sejam Hani menghubungi Lan. Jauh Lan datang dari Sepang ke Kuala Lumpur untuk membantu Hani. Kali ini Lan datang seorang diri. Mujur hujung minggu waktu Lan bercuti. Lan menyalam Yus dan duduk sebelah Hani.

"Apa kes dengan Zee?"
Lan tanya Hani.

"Zee kena tangkap basah. Tapi Zee tak nak mengaku. Dia tuduh lelaki yang duduk dengan dia tu boyfriend Hani."
Zee jelaskan pada Lan.

"Yus kan?"
Lan memastikan sama ada betul atau tidak nama Yus.
Yus angguk.

"Yus, aku tak ada niat nak masuk campur hal korang. Hani ni dipergunakan. Tak kan lah Hani sedangkan terang-terang Zee dengan jantan tu yang kena tangkap. Yus, cukuplah percayakan Zee tu. Dia dah lama memperbodohkan kau"

Yus memandang cincin yang dibeli dengan usahanya sendiri. Jual burger sampai tengah malam demi Zee.

"Memang aku tau selama ni. Aku tau dia buat salah tapi aku takut kehilangan dia. Aku ingat lepas kahwin dengan dia, mungkin dia akan berubah. Semuanya salah aku. Aku yang buat Zee jadi macam ni. Sebab tu aku nak bertanggungjawab. Tapi mungkin cukuplah semua ni. Aku lepaskan Zee."
Yus mengambil cincin itu semula dan menyimpannya ke dalam poket.

"Baik aku bagi mak aku yang pakai cincin ni lagi bagus!"
Yus sambung bercakap.

"Yus, Hani minta maaf sebab diam selama ni. Bukan Hani nak tolong Zee tapi Hani tak sampai hati bila Yus tau nanti Yus kecewa"
Hani memohon maaf kepada Yus kerana membiarkan Yus terus diperbodohkan oleh Zee.

"Tak apa lah Hani, Yus faham. Yus gerak dulu. Nak bukak burger ni."
Yus pergi sambil menyapu-nyapu rambutnya dan memakai topi.
*********************************

Hani diam dan Lan memandang muka Hani. Hani berdiri dan cuba untuk beredar. Lan menghalang Hani.

"Sampai bila, Hani? Baby ego, B pun ego. Sampai bila? Cuba bagitau?"
Lan mahukan jawapan dari Hani.

"B tu! Bukan nak pujuk! Tak cuba langsung call ke???? Mesej keeeee???? Datang ke kelas cari kita keee??? Hani ingat B dah tak nak teruskan."
Hani tidak menyedari yang suaranya agak tinggi. Semua orang melihat Lan dan Hani.

Lan terketawa memandang muka Hani. Lan memegang tangan Hani dan mengajak Hani berjalan kaki ke kereta. Hani diam kerana takut dimarahi Lan. Lan memegang tangan Hani sambil menekan-nekan telefon bimbitnya.

"Pergi karaoke, nak?"
Ajak Lan.

"B belanja?"

"Tong-tong lah dengan kawan-kawan B. Dorang dah ada kat Jalan Imbi"

Begitulah Lan, susah hati bila berdua dengan Hani. Mesti kena ada kawan-kawan.

"Kenapa mesti kena ada kawan-kawan?"
Hani geram.

"Bahaya! Kalau berdua je nanti ada yang ketiga."
Jawab Lan. Hani tersenyum. Lan tidak pernah cuba untuk mengambil kesempatan keatas Hani.
******************************

Selesai berkaraoke, Lan mengajak Hani makan di restoran yang berada di Shah Alam. Lan mengajak seorang lagi kawannya yang bernama Am. Disana ada sebuah restoran yang terkenal dengan mee goreng cina sedap. Walaupun ramai orang, Lan masih suka ke sana.
Lan dan Hani berkongsi makan seperti biasa dan Hani menyuap Lan.

"Senang hidup kau, Lan. Shura dulu gedik nak mampus. Aku kalau ada awek macam Hani, sekarang jugak aku ajak kahwin. Takut melepas."
Lan tersenyum.

Hani terasa dengan kata-kata Am. Layakkah Hani dijadikan isteri? Perempuan macam Hani jadi isteri? Hani berhenti menyuap Lan. Lan perasan air muka Hani berubah, Am sedap menghayati mee goreng.

"Am, lagi dua tahun kitorang kahwin. Tahun depan aku merisik."
Lan bercakap sambil mengambil garfu ditangan Hani dan terus menyuap Hani. Itulah pertama kali Lan menyuap Hani.

"Tiba-tiba je. Tak cakap apa, tiba-tiba merisik. Kalau setakat cakap je, baik jangan B."
Hani bercakap.

"B bukan setakat cakap, okey? Ini Lan lah. Inshaa Allah, Baby akan jadi isteri yang baik nanti"
Lan sambung menyuap Hani.

"Mustahil"
Hani masih tidak yakin.

"Hani, selama aku kenal Lan. Tak pernah dia macam ni. Banyak berubah lepas kenal kau. Kau jangan macam-macam Hani, setuju je lah apa susah. Hahahahaha!"
Am mencelah.

Hani tersenyum dan terus mencium pipi Lan.

"Eh!!! Apa ni? Orang tengok nanti! Pandai-pandai je"
Lan memarahi Hani.

Hani terlupa yang Lan tidak suka. Hani buat muka terkejut sambil membesarkan mata memandang Lan.

"Kalau suka, cakaaaaappppp je laaaahhhh"
Hani mengusik.

"Ewah ewaaahhhh! Macam dia pulak yang jantan tak menyabar!"
Lan geram.

Hani dan Am tergelak besar.

Hani menganggap yang Lan tidak serius nak jadikan dia sebagai isteri. Hani juga belum bersedia. Umur Hani masih terlalu muda. Banyak kali Hani cakap pada Lan yang dia masih belum bersedia kerana terlalu muda. Tetapi hal usia membuatkan Lan dan Hani selalu bertengkar. Lama kelamaan Hani buat tidak tahu. Hani cuba berdiam dan lupakan hasrat Lan. Mungkin Lan tidak serius.

Hani dan Lan meneruskan hubungan mereka. Tapi bukan sentiasa ada manisnya. Mereka diduga dengan pelbagai ujian. Ujian demi ujian, Hani kuatkan jiwa bahawa dia akan bertahan. Tetapi Lan? Lan dikelilingi kawan-kawan dan terlalu ramai kawan perempuan yang Lan layan walaupun tak serius. Hani tidak pernah melayan mana-mana lelaki sekalipun sebagai kawan kerana Hani tidak mahu bertengkar dengan Lan. Lan sangkakan Hani tidak pernah berkecil hati dengan sikap Lan yang suka melawan kawan-kawan perempuannya. Lan silap tentang hal itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience