17

Others Series 3884

"B lapar lah. Jom makan tengah hari, yang"
Lan bercakap dengan Hani sambil masuk ke dalam kereta. Lan baru selesai menghantar baju-baju tempahan.

"Makan kat mana?"

"Mana-mana je kedai yang kita nampak nanti."

Hani mengangguk. Tiba-tiba telefon bimbit Hani berdering. Hani melihat nama Yus.

'Apa dia nak ni? Karang bergaduh lagi dengan Lan.'
Dalam hati Hani.

"Jawablah. Ajak dia makan sekali."
Kata Lan.

Hani menjawab panggilan Yus.

"Assalamualaikum, Hani!"
Suara Yus semangat.

"Waalaikumussalam. Kenapa Yus?"

"Hani kat mana? Dah balik KL ke? Jom Yus belanja makan."

"Eh! Yus, Hani ada dengan Lan ni. Lan ajak makan sekali. Nak tak?"
Hani bercakap sambil memandang muka Lan. Lan pura-pura tengok telefon bimbit.

"Boleh juga. Yus tunggu kat kedai biasa ye?"

"Kedai Latif?"
Tanya Hani untuk kepastian.

"Ye sayang..."

Hani cepat-cepat memandang Lan.

'Dia dengar ke?'
Dalam hati Hani. Lan hanya membalas pandangan Hani.

"Okeylah. Kami dalam perjalanan ni."
Kata Hani dan terus mematikan panggilan.

Hani menunjuk jalan ke kedai Latif. Sesampai di kedai Latif, Hani melihat Yus sedang menghisap rokok. Meja masih kosong.

"Inilah tempat korang selalu lepak?"
Lan tanya Hani sambil buat muka geram.

"Kalau tau perangai B macam ni, baik tak payah ajak Yus tu makan sekali tadi."
Hani masuk semula ke dalam kereta.

Yus melihat Hani dari jauh. Lan buka pintu kereta.

"Jangan buat hal. Boyfriend kau dah tengok-tengok sini! Keluar cepat! Aku dah lapar!"
Tiba-tiba Lan jadi sangat marah pada Hani. Hani memandang muka Lan dengan penuh rasa sakit dalam hati.

"Lan, hantar aku balik."
Pinta Hani.

"Keluar"
Arah Lan.

"Hantar aku balik atau aku jalan kaki"
Kata Hani. Hani benar-benar tidak takut berjalan kaki kerana rumah sewanya tidak jauh dari kedai Latif.

Yus datang.

"Lan, aku dah tak tau nak terangkan macam mana kat kau. Hani aku dah anggap dia macam adik aku. Aku tak ada adik perempuan. Aku jaga dia macam mana aku jaga adik lelaki aku. Hani tau lah macam mana cara aku layan dia. Sentuh dia pun aku tak pernah. Okeylah Lan, terima kasih sebab ajak aku makan tengah hari. Waktu lunch aku dah nak habis. Aku masuk kerja dulu"
Panjang lebar Yus bercakap dengan Lan. Sepatah pun Lan tidak menjawab. Mungkin dia rasa malu. Mungkin juga dia masih ego.

Yus memakai topi keledar dan terus menghidupkan enjin motorsikal. Latif hanya mampu memandang. Hani menolak Lan dan terus jalan meninggalkan Lan.

"Baby!? Masuk kereta!"
Lan mengarah Hani. Hani hanya buat pekak dan terus jalan tanpa menoleh kembali ke arah Lan.

Lan berlari ke arah Hani dan terus menarik tangan Hani masuk ke dalam kereta.

"Jangan buat hal. Masuk dalam kereta!"
Lan bercakap sambil menolak Hani masuk ke dalam kereta. Lan menghidupkan enjin kereta dan terus memecut kereta.

"Kau yang buat hal. Bukan aku. Hantar aku balik"
Tangan Hani menggigil menahan rasa marah.

"Kau ikut aku balik!"
Kata Lan.

"HANTAR AKU BALIK!!!"
Hani menjerit sekuat hati. Lan terkejut melihat Hani.

"Apahal ni!?"
Lan terkejut dengan Hani. Hani tak pernah marah macam ni.

"HANTAR AKU BALIK!!! AAAAARRRRGHHHH!!!!!"
Hani menyepak-nyepak sambil menarik rambut. Lan berhenti ditepi jalan.

"Hani!!??? Hani!!!??"
Lan menahan tangan Hani daripada mencakar-cakar mukanya sendiri. Muka Hani berdarah-darah.

"AKU BENCI KAU! SIAL! SIAL! SIAL!"
Hani menengking-nengking Lan.

"Ya Allah! Kenapa dengan Baby ni!!! ALLAHUAKHBAR!"
Lan keliru seketika. Berulang-ulang Lan istighfar dan membaca ayat Kursi.
Tiba-tiba Hani terlelap.
***************************************

Hani terdengar suara kecil Lan bercakap di telefon. Hani cuba membuka mata. Hani memandang Lan. Rambut Hani basah kerana berpeluh.

"B......."
Hani memanggil Lan. Badan Hani terasa sakit-sakit.

"Baby???? B call mak tadi. B tak boleh drive selagi Baby tak sedar. Takut Baby buat lagi"
Kata Lan.

"Minta maaf..."
Suara Hani lemah.

"Tak tak tak! B yang minta maaf!"
Lan mengusap-usap rambut Hani.

"Kita balik rumah B. Jumpa ustaz."
Kata Lan.

Hani sudah biasa jumpa orang yang pandai mengubat penyakit misteri. Kali terakhir Hani dirawat, pantang Hani adalah tidak boleh marah dan tidak boleh makan pisang emas. Pisang emas? Bukan kerana susuk. Tapi kerana orang yang menyihir Hani itu menghidang pisang emas dan ayam jantan berbulu hitam sebagai perjanjian.

Hani termenung. Lan terpaksa menghubungi Bos untuk beritahu yang dia ada kecemasan. Sampai di rumah, mak Lan menyuruh Lan dan Hani makan dahulu.

"Lepas maghrib bersiap. Kita pergi rumah ustaz."
Kata mak Lan. Hani hanya berdiam.

Selesai makan, Hani mandi. Tiba-tiba Hani terasa angin meniup. Kemudian Hani terdengar suara perempuan ketawa. Cepat-cepat Hani capai tuala dan keluar dari bilik air. Lan sedang duduk di ruang tamu. Hani berlari masuk ke dalam bilik Lan dan memakai baju.

"Baby? Okey tak?"
Lan berdiri di luar pintu bilik. Hani buka pintu dan terus menarik tangan Lan ke. ruang tamu.

"Dah siap?"
Tanya Lan. Hani angguk.

"Mak! Manje! Jom lah gerak!"
Lan memanggil mak dan Manja.

"Ayah nak ikut!"
Kata ayah Lan. Lan hanya mengangguk.

Mereka ke rumah ustaz dengan menaiki kereta ayah Lan. Hani hanya diam tak bersuara.

Lan keliru dengan perubahan drastik Hani. Hani sendiri keliru dengan dirinya sendiri. Berapa lama lagi harus Hani berubat? Hani sudah bosan dengan dirinya yang berubah-ubah. Setiap kali marah, Hani tidak mampu mengawal dirinya sendiri dan terus tidak ingat apa-apa. Benarkah sihir? Jika benar sihir, kenapa orang itu tidak berputus asa untuk menyakiti Hani? Apa salah Hani?
***************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience