Perkenalan antara Hani dan Lan hanyalah sebagai teman biasa pada awalnya. Lan seorang yang bersikap cepat marah, tidak romantik dan mempunyai raut wajah yang sangat garang. Tetapi Lan sangat suka bergurau dan gurauan Lan selalunya datang secara spontan. Hani tidak berminat dengan lelaki seperti Lan. Kurus tetapi berotot, terlalu tinggi dan berasal dari Semenanjung. Hani tidak suka mana-mana lelaki yang berasal dari Semenanjung.
Hani menganggap Lan sebagai kawan rapat. Setiap malam Hani akan menghubungi Lan dan mereka juga selalu berhubung melalui panggilan video. Lan berumur 22 tahun dan Hani berumur 18 tahun. Hani selalu bercerita tentang Crhist pada Lan. Tiada satu kisah pun yang Hani rahsiakan kepada Lan dan Lan juga selalu ceritakan kepada Hani tentang Shura. Shura anak dato yang memperbodohkan Lan. Hani tahu Lan diperbodohkan melalui cerita Lan dan Lan masih tidak menyedari semua itu.
Lan tidak memiliki kenderaan, selalunya Lan datang ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta kancil milik Mak Lan. Lan tinggal di sebuah kampung di kawasan Sepang dan Lan masih dalam proses mencari kerja selepas habis sambung belajar.
Lan menghubungi Hani untuk berjumpa. Hani menunggu Lan menjemput Hani di hostel seperti biasa. Lan tidak pernah berjumpa dengan Hani hanya berdua-duaan sahaja. Lan akan mengajak kawan lelaki dia yang lain dan Hani sudah mengenali beberapa orang kawan Lan. Kalau Hani terlambat 10 minit pun Lan akan memarahi Hani. Tetapi Hani jenis tidak makan saman.
"Lan nak belanja Hani ke?"
Usik Hani. Hani tahu Lan tak ada duit yang cukup.
"Boleh je. Tapi air kosong je."
Lan jawab selamba.
" Habis makan siapa nak belanja?"
Hani masih mengusik.
"Makan Hani belanja. Apa susah!"
Lan geram.
"Hahahahahahahahaha! Temper!"
Hani menggelar Lan TEMPER.
"Apa tu temper?"
Tanya Lan. Lan memang kurang fasih dalam bahasa English.
"Naik hangin je kerja. Setiap minit nak baran tak tentu pasal. Patutlah muka dah nampak macam 30 tahun."
Hani membebel.
Lan menggeleng-geleng sambil senyum. Hasrol duduk sebelah Lan dan Hani duduk dibelakang.
"Aku ni macam tak ada je korang berdua buat."
Hasrol mencelah.
Lan dan Hani masing-masing ketawa. Sampai di kedai Mamak, Hani menyuruh Lan pesan nasi goreng paprik.
"Kita kongsi nak?"
Lan ajak Hani kongsi makanan. Hani terkelu. Kongsi makanan? Itulah yang selalu Hani buat bersama Crhist dan Crhist yang akan menyuap Hani.
"Lan suap, boleh?"
Hani bergurau.
"Tak nak. Hani yang suap Lan."
Lan menguji Hani.
Makanan yang dipesan pun sampai. Selamba Hani menyuap Lan.
"Eh! Nak suap betul-betul ke?"
Lan terkejut.
"Ada nampak muka Hani main-main ke?"
Hani buat muka serius.
"Kena tampar muka tu sia-sia je nanti. Hahahahahahaha"
Gurau Lan.
"Nah! Nganga cepat!"
Hani memaksa Lan.
"Ishhhh!!! Garang... Cuba lembut sikit perangai tu"
Lan bercakap sambil menganga mulut.
"Tak kuasa aku nak lembut-lembut lah! Hahahahahahha!"
Sambil menyuap nasi ke mulut Lan.
Selesai mereka bertiga makan. Lan mengajak Hani dan Hasrol melepak di depan KLCC. Lan parking berhampiran KLCC. KLCC betul-betul jelas di depan mata Hani. Hani keluarkan rokok Dunhill dan hisap rokok depan Lan. Lan tahu Hani isap rokok dan mereka selalu berkongsi rokok. Hasrol bergayut di telefon sambil pusing-pusing berdekatan dengan kereta.
"Hani, pandai baca Al-Quran?"
Tanya Lan.
"Dulu tau. Dah tak baca, lupa."
Hani jawab.
"Hani tak cuba belajar balik ke?"
Lan menyoal Hani sambil mencapai sebotol air mineral.
"Tak."
Jawab Hani.
Hani memandang Lan. Lan mengambil wudhuk dengan sebotol air mineral malah masih ada sedikit baki air.
Lan membuka beg Lan dan keluarkan senaskah Al-Quran bersaiz kecil.
Hani hanya memandang.
Lan memulakan bacaan Al-Quran dan Hani terdiam mendengar suara Lan. Lan, lelaki pertama yang Hani kenal pandai membaca Al-Quran. Hati Hani berbunga-bunga memandang Lan yang sedang khusyuk membaca Al-Quran. Selama ini Hani menyangkakan yang Lan seorang yang sangat teruk. Lan membaca beberapa muka surat kemudian Lan menutup Al-Quran dan mencium Al-Quran dengan sepenuh hati.
"Hani berhentilah clubbing. Stop pakai seksi dah. Lan nak Hani jadi orang"
Lan ceramah Hani sambil menyimpan Al-Quran ke dalam beg dia semula.
Hani tidak bersuara. Hani hanya memandang wajah Lan yang memandang ke arah kaki sambil menggesel-gesel kasut asics yang dipakainya.
"Hani layak ke?"
Tanya Hani.
"Allah sentiasa buka pintu taubat untuk kita, Hani"
Lan jawab tanpa memandang muka Hani.
"Habis Lan? Lan boleh ke stop masuk clubbing?"
Hani bertanya.
"In shaa Allah boleh"
Jawab Lan.
"Hani masih belum boleh lagi"
Hani masih berdegil.
"Okey macam ni lah. Hani nak masuk clubbing biar Lan ikut. Biar Lan jaga Hani."
Lan memberi cadangan.
"Ikut Lan lah haha!"
Hani buang rokok yang diisapnya.
*******************************
Sepanjang Hani berkawan dengan Lan, Hani selalu rasa gembira. Hani tidak pernah rasa segembira ini. Hani tidak pernah rasa seceria ini. Hari-hari Hani rasa rindu nak berjumpa dengan Lan. Hani rindu dengan usikan Lan. setiap minggu Hani akan memaksa Lan untuk turun ke Kuala Lumpur. Seperti selalu, Hani akan menghubungi Lan sebelum tidur malam.
"Hani, Lan tak dapat datang minggu ni. Duit tak ada. Tol lagi, minyak lagi. Kerja pun belum dapat lagi."
Lan bercakap diganggang.
"Tak apa lah, Lan. Tak kan Hani nak paksa Lan kan?"
"Lan janji, bila Lan dapat kerja nanti Lan akan turun sana setiap minggu, kalau dapat setiap hari pun boleh. Tapi Hani kena jadi awek Lan lah."
Hani terdiam beberapa saat.
'Biar betul mamat ni?' Dalam hati Hani.
"Diam pulak dia."
Lan bersuara.
"Okey, boleh."
Hani jawab. Hani anggap sebagai gurauan.
"Lan betul-betul ni. Lan dah rasa mula sayang kat Hani"
Lan meluahkan perasaan. Hani tersenyum lebar sambil menggigit bantal.
"Baru rasa tu Lan. Belum betul-betul. Haha!"
Hani mengusik Lan.
"Lan dah cakap lah betul-betul. Pura-pura bodoh pulak dia"
Lan marah.
"Hahahahahahahaha! Okey lah, okey lah. Good night Lan ku sayang. My new boiprennnnnn"
Hani bergurau.
"Assalamualaikum. Good night baby"
Lan spontan. Tak pernah Lan memberi salam dan memanggil Hani 'Baby'
Hani tertelan air liur sekejap.
"Jawablah!"
Lan marah lagi.
"Hahahahahahahahahaha! Waalaikussalam B. Mmmmuuuuaaahhhhh!!! Love youuuuuu"
Hani mengusik Lan.
"Love you lebih. Muuuahhh!"
Balas Lan kemudian meletakkan ganggang.
Hani masih tak percaya dengan apa yang dibualkan bersama Lan tadi. Perasaan gembira Hani sangat lain. berbeza saat bersama dengan Crhist. Perasaan yang Hani alami sekarang ini lebih bahagia. Hani tak pernah rasa sebahagia ini. Hani dapat tidur dengan begitu nyenyak sekali tanpa memikirkan apa-apa masalah.
**********************************
Share this novel