15

Others Series 3884

Lan mengangkat nenek masuk ke dalam rumah. Nenek Lan duduk di kerusi yang sudah hampir 12 tahun. Di kerusi yang sama selama lapan tahun dia sudah tidak berdaya untuk berjalan. Di kerusi itulah dia menghabiskan masa sehariannya dengan berzikir.

Laa Ilaaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadz Dzalimiin

“Tidak ada Ilah (yang berhak diibadahi) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim…!”
(QS. Al-Anbiya’/ 21: 87)

Dzikir inilah yang diamalkan nenek Lan. Hani melihat bibir nenek Lan terkumait-kamit membaca dzikir nabi Yunus. Terlalu banyak ilmu agama yang Hani sudah lupa. Bukan Mama tidak mendidik, tetapi Hani yang memilih untuk menafikan kebesaran agamanya sendiri.

'Bolehkah aku?'
Kata hati Hani

"Pergi mandi, kita keluar lepak"
Lan menepuk bahu Hani.

"Sekejap lagi Maghrib! Apa yang kau ingat, Lan?"
Nenek Lan menegur.

"Lepas Maghrib lah baru keluar nenek ku. Hani ni bersiap dua jam!"
Kata Lan.

Nenek Lan tersenyum melihat Hani. Hani malu.

"Macam tu, Baby mandi dulu."
Kata Hani.

Hani mengambil pakaian siap-siap untuk dia pakai di dalam bilik air selepas siap mandi. Selesai mandi, Hani mengambil beg makeup mini yang dihadiahkan oleh Kak Ngah. Di dalam beg itu penuh barangan solekan yang Hani pakai setiap hari. Manja duduk sebelah Hani sambil mengikut cara Hani bersolek. Hani layankan perangai manja si Manja.
*************************

Lan mengajak Hani ke pekan. Duduk lepak sambil makan di sebuah restoran Tom Yam. Lama-kelamaan semakin ramai kawan-kawan Lan yang datang. Semua memandang Hani. Hani hanya tersenyum. Mungkin mereka hairan kali ini Lan bawa perempuan. Seperti biasa Hani pesan nasi goreng paprik, Lan pesan sup ekor dan nasi putih.

"B, boleh hisap rokok tak?"
Bisik Hani pada Lan.

"Hish! Jangan cuba-cuba. Cuba berhenti hisap rokok tu!"
Lan membalas bisikan Hani.

Hani menjeling.

'Kenapalah aku susah sangat nak tinggalkan rokok ni? Apa yang sedap sangat dengan rokok ni? Aduuuuhhhh'
Keluhan hati Hani sendiri.

"Esok B kerja dah. Esok malam B hantar Baby balik KL. Kalau masuk kelas tapi tak ada hasil, Baby carilah kerja dulu."
Lan bercakap dengan Hani selepas beberapa minit Hani termenung.

Hani hanya menganggukkan kepalanya.

"Okey ke tak ni?"
Lan bertanya.

"Okey je."
Jawab Hani.

"B tak okey ni."

"Kenapa pulak B yang tak okey?"
Hani merenung mata Lan.

"Baby dah balik KL. Susahlah nak jumpa lagi."
Kata Lan.

"Eeeleeeeehhhhh! Susahlah sangat. Kerja dekat KL jugak kot!"
Kata Hani. Lan ketawa.

"Ke time B gerak pergi kerja, Baby ikut B?"
Cadangan Lan.

"Lagi okey. Jimat minyak."
Hani setuju.

Pukul 12 tengah malam Hani dan Lan pulang. Mak Lan sudah tidur dengan Manja. Hani terlelap di ruang tamu. Lan melayan kawannya yang datang singgah di rumah. Hani sendiri tidak sedar yang dia tertidur di hadapan TV.

"Baby! Ayah nak kenal dengan Baby! Baby? Bangun. Ayah nak berkenalan ni."

Hani buka mata. Ayah Lan berdiri di sebelah Lan. Hani terduduk dan terus menyalam tangan ayah Lan.

"Cina ke?"
Ayah Lan tanya Lan.

"Hish! Bukanlah. Melayu asal Sabah."
Jawab Lan.

"Ayah ingat cina tadi. Ayah tak tau cakap cina."
Ayah Lan bergurau.

Hani senyum. Ayah Lan bermulut laser. Memang laser. Siapa tak tahan, jangan cuba-cuba berkawan dengan ayah Lan sebab nanti boleh jadi lawan. Tetapi ayah Lan seorang yang suka memberi makanan. Ayah Lan top dalam kampung itu dengan gelaran BAKHIL kerana kedekut.

"Pakcik beli mee goreng. Mee goreng paling sedap di Selangor."
Ayah Lan memberi Hani mee goreng yang dibungkus. Ada tiga bungkus mee goreng.

Hani ke dapur mengambil pinggan dan garfu. Lan, ayah Lan dan Hani makan bersama-sama.

'Bertambah gemuklah aku'
Dalam hati Hani.

"Kalau Lan betul-betul nak jadikan Hani sebagai isteri, minggu depan kita balik kampung. Ayah bagi kenal dengan nenek dekat sana."
Kata ayah Lan.

"Balik Melaka?"
Kata Lan.

"Habis tu? Kampung kau dekat London ke?"
Kata ayah Lan.

Tersembur mee goreng dari mulut Hani. Mujur Hani sempat menutup mulut. Ayah Lan tergelak-gelak melihat Hani. Lan ambilkan Hani tisu. Hani tergelak-gelak sambil lap mulut.

"Muka Melayu, kampung di London"
Hani mengusik Lan.

Lan buat muka menyampah. Ayah Lan hanya mampu ketawa.

Sangat indah suasana itu pada Hani. Hani selalu percaya, dalam Allah memberi rasa kegembiraan pasti akan datang rasa kesedihan. Biarpun Hani berusaha untuk bersedia namun airmata Hani tidak pernah gagal mengalir dipipinya. Seorang wanita selalu merasa lega selepas menangis. Hani masih dapat merasakan sesuatu 'rasa' yang baru dihati Hani. Hani masih tidak faham apa yang sedang dia rasakan.

Lan terlalu gembira bersama Hani. Lan tidak pernah rasa sayang pada seseorang seperti mana dia menyayangi Hani. Lan yang tidak romantik bertukar menjadi lelaki yang romantik. Lan terlalu menyayangi Hani. Percaya atau tidak, dulu Hani terlalu menyayangi Crhist tetapi rasa sayang itu berubah menjadi benci dengan sekelip mata. Itulah manusia. Siapa yang menentukan rasa-rasa itu semua? Semestinya Allah. Allah lah yang membolak-balikan perasaan kita. Semuanya datang daripada Allah. Bolehkah rasa sayang Lan terhadap Hani mampu bertahan untuk Hani?
***********************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience