16

Others Series 3884

Tepat pukul enam pagi alarm telefon Hani berbunyi. Hani bangun dan bersiap untuk pulang ke rumah sewanya di Kuala Lumpur. Selesai bersiap, Hani kejutkan Lan untuk bersiap ke kerja. Sementara Hani menunggu Lan bersiap, Hani mebantu mak Lan sediakan sarapan pagi.

Ayah Lan keluar dari bilik dan duduk di kerusi tempat kebiasaannya.

"Hani, Sabtu ni suruh Lan jemput Hani. Datang sini, kita pergi kenduri kahwin kawan pakcik di Putrajaya."
Pesan ayah Lan. Hani hanya mengangguk.

Selesai siapkan sarapan, mak Lan memanggil Lan dan Manja untuk bersarapan bersama.

"Cepat sikit yang. Pukul sembilan pagi B kena punch card."
Kata Lan kepada Hani.

"Amboi, suruh makan cepat-cepat. Perlahan-lahanlah. Mak tak pernah ajar korang makan laju-laju!"
Mak Lan memarahi Lan. Lan tersengih-sengih. Hani ketawa sambil menutup mulut kerana takut air kopi tersembur keluar.

"Manje, kasut sekolah dah ada? Minggu depan dah sekolah, kan?"
Lan tanya Manja.

"Ha ah... Abang tolonglah belikan."
Kata Manja.

"Nanti karang petang kita pergi kedai kasut."

Manja tepuk tangan sambil tersenyum lebar.
****************************

Di dalam kereta bos Lan, Hani hanya termenung memandang kearah tingkap. Hani memikirkan nasibnya hidup di perantauan. Tempat orang. Terlalu banyak yang Hani kena lalui. Kalau tempat sendiri, Hani boleh minta bantuan pada ramai kawan-kawan. Tapi di Kuala Lumpur, Hani tidak mempunyai ramai kawan. Kadang-kadang Hani terpaksa berjalan kaki ke restoran mamak untuk makan tengah hari. Kadang-kadang Hani tidak bersarapan. Kadang-kadang sudah malam baru Hani dapat makan. Bila Mama Hani lambat masukkan duit, Hani terpaksa berlapar seharian. Lan tidak tahu hal ini.

"Baby ikut B buat kerja dulu. B dah lewat. Tengah hari nanti baru B hantar Baby balik."Kata Lan. Hani tidak membalas. Lan membiarkan Hani termenung.

Hani melihat langit. Mendung.

"B, macam nak hujan"
Kata Hani.

"Kenapa kalau nak hujan?"

"Baby teringat dulu masa Baby masih kecil. Mama dan Daddy dah bercerai masa tu. Makcik jaga Baby. Tapi suami makcik tak suka Baby sebab dia dah ada ramai anak. Baby kerap sakit masa tu. Selalunya balik dari sekolah, Baby akan dijemput oleh anak makcik yang nombor tiga. Tapi petang tu, sampai hari dah gelap pun Baby tak dijemput. Masa tu hujan lebat..."
Hani tunduk dan tiba-tiba menangis.

"Baby..."
Lan memegang bahu Hani sambil memandang muka Hani.

"Baby terpaksa berjalan kaki dalam gelap, megharapkan lampu kereta yang lalu lalang di jalan raya je masa tu. Berguruh dan sejuk. Jemari Baby dah kecut."
Hani sambung bercerita.

"Berapa jauh jarak?"
Tanya Lan.

"Jauh... Baju Baby kotor sebab kena lumpur. Kereta yang lalu laju-laju. Sisa air lopak habis kena baju sekolah Baby. Baby sampai rumah dah pukul 10 malam. Makcik menangis-nangis angkat Baby masuk dalam bilik air. Mandikan Baby. Tak berhenti dia minta maaf. Anak-anak dia semua tak boleh buat apa sebab suami makcik yang tak bagi jemput Baby di sekolah. Lepas tu Baby demam panas sampai berbulan-bulan. Baby ada ketumbuhan, badan Baby timbul gatal-gatal sebab suhu badan Baby terlalu tinggi. Tapi Allah masih lagi izinkan Baby bernafas."

Lan tidak berhenti memandang wajah Hani. Hani tunduk dengan wajahnya yang penuh dengan kedukaan.

"Baby terlalu rindukan Mama masa tu. Setiap kali Mama datang, makcik sorokkan Baby. Baby tak faham, kenapa bila orang tua yang bercerai tapi anak-anak yang rasa sakit?"

Lan membelai rambut Hani.

"Hari ni kita bawa Manje pergi cari kasut dia. Lepas tu kita berdua pergi satu tempat. Kita berdua je"
Kata Lan. Hani pelik memandang muka Lan.

"Berani ke kalau kita berdua je?"
Hani mengusik Lan.

"Berani yang."
*************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience