Hani cuba rehatkan badan kerana penat daripada kokurikolum. Baru beberapa minit Hani baring, tiba-tiba Abang Aidil mengetuk pintu bilik Hani. Hani buka pintu bilik, tanpa sebarang kata Abang Aidil terus menumbuk muka Hani. Hani terbaring. Abang Aidil memukul Hani kerana kawan satu sekolah Hani menolak cinta Abang Aidil. Maka Hani lah yang menjadi mangsa.
Abang Aidil mencapai rotan sebesar tiga jari orang dewasa. Tanpa rasa belas kasihan Abang Aidil memukul Hani. Hani cuba melawan namun apakan daya Hani yang bertubuh kecil sedangkan Abang Aidil bertubuh besar. Izi datang menarik Abang Aidil tapi Izi yang tercampak kerana tidak mampu. Izi masih kecil lagi.
Keadaan berlaku dalam 10 minit. Abang Aidil berlalu pergi selepas puas memukul Hani. Hani berdiri perlahan-lahan menuju ke cermin solek. Hani melihat wajah Hani yang bengkak-bengkak, kaki Hani sebelah kanan sakit dan tangan Hani lebam-lebam. Hani dah terbiasa dengan semua itu. Izi menghubungi Mama dengan menggunakan telefon bimbit Hani saat Hani tertidur kerana penat menangis.
Esok pagi Hani tidak ke sekolah lagi. Tapi kisah Hani dipukul cepat tersebar di seluruh sekolah Hani.
"Haniiiii!!!!! Turun!!!!"
Panggil Mama.
Hani turun perlahan-lahan tapi duduk di anak tangga. Mama memandang keadaan Hani
"Mama mau Hani pergi hospital! Buat report polis! Mama mau Abang Aidil kau tu ditangkap polis!!!!"
**********************************
Ayah tiri Hani menghantar Hani ke hospital. Hani diperiksa di seluruh badan. Selesai semua, Doktor memanggil nama Hani.
"Hani, ini kes dera Hani. Dari pemeriksaan kami, kami dapati yang Hani bukan lagi anak dara. Abang kamu pernah buat semua tu kah?"
Soalan doktor.
Hani tunduk dan menangis.
"Saya akan cuba berbincang dengan Mama Hani ya?" Doktor sambung berbicara.
"Jangan Doktor! Bukan Abang Aidil yang buat. Saya merayu Doktor, hal ni jangan beritahu Mama" Rayu Hani. Hani beritahu Doktor yang dia tak mahu hal ini menjadi besar. Setelah selesai berbincang dengan Doktor, Hani memilih untuk tidak menghubungi Mama tapi Hani memilih untuk menghubungi Uncle Cik Zek.
Uncle Zek adalah adik kepada Mama. Tapi beragama Kristian. Mama memeluk agama Islam ketika usianya 12 tahun secara senyap kerana berminat dengan agama Islam. Pak Cik Zek satu-satunya adik-beradik Mama yang ambil peduli dengan anak-anak Mama.
"Uncle dimana?" Hani bertanya diganggang.
"Rumah. Kenapa Hani?" Tanya Uncle Zek.
"Ambil aku Uncle. Aku di hospital" Pinta Hani.
********************************
"Kalau begini keadaan kau Abang Aidil buat, tinggal lah disini. Bukan ada siapa pun. Ada Uncle sama Nenek kau saja"
Cadangan Uncle Zek sesampai dirumah.
"Tidak habis-habis si Aidil tu kan!? Orang lain pun mabuk juga tapi bukan begitu. Macam rosak sudah otak dia!"
Marah Nenek.
Bermula dari hari itu, Hani tinggal bersama Uncle Zek dan Nenek. Rumah kayu Nenek kepada Hani mempunyai lima bilik. Nenek tinggal dalam kedai runcit miliknya. Hani duduk dalam bilik lama Uncle Zek sementara Uncle Zek tidur di bilik luar rumah.
Hani memang suka berseluar pendek paras atas lutut dan berbaju Body-Fit. Hani lebih suka memakai kasut converse bila keluar berjalan-jalan bersama kawan-kawan. Itulah Hani.
"Hani, mari pi rumah kawan Uncle. Tapi jangan pakai seluar pendek. Uncle risau bawa kau naik motor."
Uncle Zek mengajak Hani keluar.
Hani pun bersiap-siap. Rambut Hani ikal mayang dan berwarna hitam pekat. Hani suka lepaskan rambut.
Uncle Zek mengajak Hani keluar selepas seminggu berkurung di rumah kerana keadaan Hani tidak mengizinkan Hani keluar berjalan-jalan.
Sampai dirumah sewa kawan Uncle Zek, Hani kenalkan diri dan mereka berborak seolah-seolah sudah kenal bertahun-tahun. Hani mampu melupakan masalah yang dihadapi walaupun sekejap. Pukul 9 malam, Uncle Zek mengajak Hani pergi ke CC. Masa tu zaman MySpace.
Tepat pukul 10 malam, Uncle Zek mengajak Hani pulang ke rumah.
*****************************
Hani selalu dihubungi lelaki satu sekolah Hani bernama Crhist. Christ juga beragama Kristian. Crhist selalu bergurau dengan Hani di sekolah. Aziz pula sudah tiada khabar. Hani buang simkad yang diberi oleh Thomas dan menukar nombor telefon. Thomas selalu menghubungi Fi, mencari Hani. Fi tipu Thomas, Fi mengatakan yang Hani sudah berpindah ke sekolah lain.
Pukul 11 malam suasana rumah Nenek dah sunyi. Hani dah tidur dengan nyenyak begitu juga dengan Uncle Zek dan Nenek. Hani tidur meniarap supaya lebih lena. Tiba-tiba Hani terasa selimut dia ditarik. Hani ingatkan hantu. Hani cuba menoleh tapi mulut Hani ditutup, sebilah pisau diletakkan pada leher Hani.
"Diam!!! Abang kau suruh aku datang sini. Dia yang suruh!"
Sekali lagi, Ya Allah. Sekali lagi Hani diperlakukan seperti apa yang terjadi antara dia dengan Thomas. Cuma kali ni Hani diperlakukan dalam keadaan minda Hani tengah waras. Hani cuba mencapai apa yang Hani mampu, Hani tarik laci sebelah tilam Hani dan Hani gagahkan diri melibas laci tersebut dikepala lelaki yang memperkosa Hani.
Hani menarik selimut menutup tubuh Hani. Kepala lelaki itu berdarah-darah. Dia memandang ke arah Hani.
'Allah!!!!!!!' Terdetik dihati Hani.
"Kimon!!!!?????"
Hani kenal lelaki itu.
Kimon kawan kepada Abang Aidil tetapi kini sudah bermusuh. Hani sendiri tak tau apa sebab mereka bermusuh. Kimon lelaki wanted. Polis mencari Kimon kerana membawa lari rakan sekolah Hani iaitu Anne.
Kimon ketawa berdekah-dekah memandang Hani. Badan Hani menggigil satu badan kerana ketakutan.
"Kau masih fit, Hani" Kimon bercakap biadap.
"Sial!!!!! Siaaaaalll kau Kimoooonnn!!!! Binatang!!!!!!!!" Hani menjerit sekuat hati.
"Hani.....?????" Uncle Zek mengetuk pintu.
Cepat-cepat Kimon menyandar dipintu supaya Uncle Zek tak dapat masuk.
"Sini kau!!!"
Kimon memanggil Hani supaya ganti menyandar dipintu kerana Kimon nak melarikan diri. Kimon Menghunus-hunus pisau lipat ke arah Hani. Hani menuruti.
Kimon membuka tingkap bilik Hani dan terus lompat. Kimon tak sedar yang Uncle Zek sudah menunggu dibawah kulung.
"Hoooooiiiiii!!!!!"
Jerit Uncle Zek. Uncle Zek nampak jelas Kimon yang cuba melarikan diri. Kimon berlari laju dan Uncle Zek gagal mengejar Kimon.
Hani menggigil ketakutan. Hani menghubungi Crhist dan Haziq. Tapi Hani tidak bercakap sepatah pun. Hani hanya menangis. Haziq adalah sahabat lelaki Hani yang paling setia menemani Hani dikala senang mahupun susah.
"Haniiii......"
Uncle Zek membuka pintu bilik.
Uncle Zek melihat sekeliling bilik Hani yang berlumuran darah. Uncle Zek menyuruh Hani mandi dan pergi ke balai polis. Namun malang, polis menuduh Hani perempuan murahan. Polis di daerah itu memang malas. Semua kes mereka ambil mudah. Beberapa inspektor cuba membantu Hani. Bilik Hani diselidik dan rumah Kimon dikepung polis.
Satu kampung tau yang Hani telah diperkosa Kimon. Hani malu. Satu kampung keluar melihat polis mengepung rumah Kimon. Tapi Kimon berjaya melarikan diri atas bantuan mak Kimon sendiri. Hani seperti orang gila. Tidak bersuara, tidak makan dan tidak minum.
Semua kawan-kawan Hani datang melawat Hani. Guru kelas Hani turut serta melawat Hani. Mama meminta Uncle Zek menghantar Hani pulang ke rumah Mama.
Di rumah Mama pun sudah ramai orang menunggu Hani. Semua memandang Hani dengan penuh rasa kasihan. Mereka memeluk Hani sambil menangis.
"Tabah Hani"
"Kuatkan semangat Hani"
"Serah pada Allah Hani"
Bermacam-macam kata sokongan yang dibisikkan ditelinga Hani. Tapi Hani rasa jiwa Hani dah kosong. Hani seorang perempuan yang rosak, tiada masa depan. Hani jijik. Hani menangis dan menangis. Pergi sekolah pun terpaksa menanggung malu. Hani terpaksa berjumpa dengan guru kaunseling setiap minggu. Tapi bagi Hani semua itu sudah terlambat.
Share this novel