Hani dan Lan duduk di balkoni dalam bilik 'master room'. Hani menghisap rokok dan memberi baki rokoknya kepada Lan.
"Cuba jangan berpakaian macam ni. Nanti Am atau Hasrol masuk"
Lan menegur Hani yang memakai seluar pendek dan bersinglet.
"Pergi pakai bra boleh tak?"
Sambung Lan.
Hani menjeling.
"Alasan je. Kalau B tak tahan cuba cakap."
Hani mengusik Lan.
"Menyesal nanti"
Lan menjawab.
"Kenapa? Playboy ke?"
Hani bertanya sambil masuk ke dalam bilik dan mencari pakaian.
"Lelaki tak handsome macam B macam mana nak jadi playboy?"
Lan menyusul Hani masuk ke dalam bilik
"Tapi ramai je kan perempuan terhegeh-hegeh kat B macam jantan dalam dunia ni ada B sorang je."
"Mulalah dia. Orang elok-elok tak nak gaduh ni"
Hani tersenyum.
"Tak ada baju lain dah. Baju ni nak pakai esok"
Hani tunjuk kepada Lan baju yang dia nak pakai hari esok.
"Tak apalah. Duduk je dalam bilik ni. B lepak dengan diorang kejap."
"Dah tengah malam ni. Tidur je lah."
"Kejap je. Karang diorang cakap B ni melekaaaaaat je dengan Baby"
Hani ketawa dan baring atas katil sambil mendengar lagu melalui 'earphone'. Lagu kegemaran Hani kebanyakannya lagu lelaki. Paling tak jemu Hani dengar "She's Gone".
Lan keluar melepak bersama kawan-kawannya di ruang tamu. Kak Ina sudah tidur di bilik seorang diri. Beberapa orang kawan Lan datang dan Hani tidak mengenali mereka. Lelaki, tidur bersepah pun tak kisah. Tak macam perempuan.
************************************
Hani terjaga dari tidur. Keadaan di 'home stay' sunyi. Hani melihat Lan tiada disebelahnya. Hani keluar dan melihat Lan tertidur di hadapan TV kemudian Hani masuk semula ke dalam bilik mengambil selimut untuk Lan. Belum sempat Hani keluar, Lan bergegas masuk ke dalam bilik.
"Tak tidur lagi?"
Lan bertanya.
"Terjaga. Cari B."
Jawab Hani.
"Tertidur kat depan tadi."
Kata Lan.
"Nak air?"
Tanya Hani.
"Boleh jugak. B tunggu sini."
Jawab Lan.
Cepat-cepat Hani ke dapur mencari air dan bawa ke dalam bilik. Hani menghulurkan air kepada Lan.
"Duduklah. Kalau mengantuk tu tidur."
Kata Lan.
Tiba-tiba telefon bimbit Hani berdering. Lan melihat tertera nama Yus.
"B dah delete dah nombor dia, kan?"
Lan mencapai telefon Hani dan menjawab panggilan dari Yus.
"Hello? Hello? Jangan diam Yus!"
Hani memandang muka Lan yang kelihatan sangat marah. Kemudian Lan keluar ke balkoni lalu menutup pintu balkoni untuk bercakap dengan Yus. Hani baring dalam keadaan yang sangat risau. Beberapa minit kemudian Lan masuk semula ke dalam bilik.
"Sorry yang."
Lan menyerahkan semula telefon bimbit kepada Hani.
"B salah faham."
Sambung Lan.
"Kenapa? Yus cakap apa?"
"Dia dah cerita semua. Serba salah B"
Hani memegang tangan Lan dan mencium telapak tangan Lan. Hani bukan sengaja buat perkara yang sama sepertimana Crhist lakukan kepadanya. Tetapi setiap kali Crhist mencium telapak tangan Hani dahulu, rasa marah, takut, sedih, kecewa ataupun susah hati akan hilang serta-merta.
"Tak elok kita buat macam ni, yang. Hari-hari B doa supaya kita cepat-cepat kahwin"
Lan menegur Hani.
"Kenapa nak kahwin cepat-cepat?"
Tanya Hani.
"Eloklah. Bila dah kahwin, apa yang kita buat sekarang ni semuanya jadi pahala. Sekarang ni semua dosa. Nasib baik tak terbakar kat sini jugak!"
Lan terketawa dengan kata-katanya sendiri.
Hani senyum sambil menolak rambutnya yang semakin panjang kebelakang.
"Dah, jom tidur. B tidur atas lantai"
Usik Hani.
Lan ketawa mendengarnya.
"B tidur kat depan dengan kawan-kawan B"
Lan mengucup dahi Hani lalu keluar dan menutup pintu bilik Hani.
Hani baring dan membelek-belek telefon bimbit lalu memadam mesej-mesej yang tidak penting kemudian cuba untuk lelapkan mata.
****************************
"Uiiiiii....... Bangun yang uiiii"
Lan cuba mengejutkan Hani.
"Pukul berapa ni?"
Tanya Hani.
"Sepuluh dah. Bangunlah. Kita gi sarapan."
Ajak Lan.
"Baik makan tengah hari je terus."
"Okey juga tu. Semua dah keluar tadi termasuk Kak Ina."
Lan beritahu Hani.
"Ke mana?"
Tanya Hani.
"Jalan-jalan ambil gambar kononnya"
"Jom ambil gambar?"
Hani pula sibuk nak bergambar dengan tak gosok giginya.
Lan mengambil telefon bimbitnya dan mereka menangkap gambar. Hani sedang mencium pipi Lan. Gambar itu Lan jadikan sebagai 'wallpaper' di telefon bimbitnya dan telefon bimbit Hani. Kemudian Hani mandi dan bersiap. Lan sudah bersiap sebelum mengejutkan Hani tadi.
Kenapa Lan tidak cuba menyentuh Hani dengan lebih lagi? Seks? Bila-bila masa sahaja Lan boleh. Tetapi dia tidak mahu. Hani untuk dia jadikan sebagai isteri. Bukan sebagai tempat dia melepaskan nafsu. Lan begitu yakin bahawa dia boleh jadikan Hani sebagai isterinya. Tetapi Hani belum berfikiran jauh. Hani masih terlalu muda.
Selesai Hani bersiap, mereka keluar dengan berjalan kaki. Terlalu cantik pemandangan di Bukit Fraser. Tempatnya seolah-olah kita berada diluar negara. Hani memeluk Lan sambil berjalan.
"Untunglah pendek. Boleh peluk orang sesuka hati"
Lan mengusik Hani.
"Biarlah pendek!"
Hani melepaskan pelukannya. Lan menarik tangan Hani dan mereka berjalan sambil berpimpinan tangan.
Selesai makan, Lan menelefon Am. Talian kadang ada dan kadang tidak ada. Lan cuba mencampakkan telefon bimbitnya kerana marah dengan talian telefon.
"Ah! Jangaaaannnn!!!!"
Hani merampas telefon bimbit Lan.
"Gambar aku yang comel...."
Sambung Hani
"Eeeeeeehhhhhhhhh!!!! Dia ni, ada jugak kena back hand karang!"
Lan geram. Hani ketawa melihat gelagat Lan.
"Dah lah. Jom balik. Diorang tengah jalan-jalan kot"
Lan mengajak Hani balik.
"Balik mana? KL?"
Hani tanya Lan.
"Habis tu? Nak tambah lagi satu malam? Esok awak kelas. B cuti ganti. Awak tu masih budak-budak. Masih belajar"
Lan menolak dahi Lan. Hani menepis.
"Nak berhenti belajar! Baby nak kerja!"
Hani geram.
"Aiii? Apa pasal pulak?"
Lan hairan.
"Susah lah nak cakap. Belajar ni banyak sangat pakai duit."
Hani mengeluh.
"Berapa tak cukup?"
Lan bertanya.
"Tak apalah. Esok Baby minta Mama. Tapi Baby tak nak balik duluuuu.... Kat sini best. Kalaulah Baby kaya. Baby beli rumah kat sini."
Hani berangan-angan.
"Kak Ina nak balik lusa. Dia sambung lagi. B ingat nak balik. Baby pulak mengada-ngada macam ni"
"Yelah tu nak balik! Sekali B hantar Baby balik lepas tu B naik balik sini,kan???? Kalau tak boleh tak apa. Baby susun barang. Hantar Baby balik!"
Hani tinggalkan Lan dibelakang.
"Hani! Baby! Aduiiii... Pendek!!!!"
Lan memanggil-manggil Hani.
"Aku tak pendek! Tinggi 155 tak pendek! Ex B si Shura tu lagi pendek! Gemuk! Cakap dia senang je nak ikut, cakap Baby ni ada je yang tak kena"
Hani merajuk.
*******************************
Hani masuk ke dalam bilik. Kawan-kawan Lan dan Kak Ina melihat muka Hani yang tengah marah. Hani mengemas barang pakaiannya. Lan cuba memujuk Hani tapi Hani tidak pedulikan Lan.
"Nak balik sangat? Baliklah! B tak nak hantar!"
Lan cuba buat Hani tak balik.
"Kisah ke? Baby boleh balik sendiri!"
Hani menolak bahu Lan dan terus keluar dari bilik
"Lan dah cakap dia nak ajak Hani balik petang ni sebab esok Hani ada kelas."
Kak Ina menyelit.
Hani memandang muka Kak Ina dengan matanya yang tajam. Kak Ina memandang Lan.
"Memang aku muda dari korang. Tapi aku tak bodoh."
Hani keluar tanpa memandang Lan. Lan mengejar Hani.
"Kenapa ni? Tiba-tiba macam ni? Jom lah B hantarkan."
Lan memujuk Hani. Tetapi Hani masih tidak hiraukan Lan.
Lan menarik beg Hani dan terus mengangkat Hani.
"Lepas laaaahhhhh!!!!!! Baby nak turun!!!!"
Hani berusaha melawan Lan. Lan turunkan Hani kemudian Hani sendiri masuk ke dalam kereta.
Lan buntu. Kenapa Hani tiba-tiba bersikap macam ni? Apa yang Hani marahkan sangat? Lan masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. Hani memandang ke luar tingkap. Lan biarkan Hani berdiam dan memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Hani tidak bercakap sepanjang perjalanan tetapi terlalu kerap menghisap rokok.
"Sudah sudah lah hisap rokok tu. Mengalahkan jantan."
Lan bersuara.
Hani tidak menghiraukan Lan.
"Tahun ni Baby last study, kan?"
Lan cuba mengajak Hani berborak.
"Mmmmm!!!"
Hanya itu jawapan Hani.
"Kenapa tak nak masuk kelas?"
Lan cuba ambil tahu.
Hani mengeluh.
"Cuba cakap kat B"
Lan memujuk Hani.
"Puan Azura resign. Dah tak ada orang nak ajar kitorang. Belum tentu dapat sijil ke tidak sebab kitorang kena suruh sambung lagi next year sementara cari pengganti Puan Azura. B ingat tinggal kat sini free ke? Bayar sewa, duduk lama-lama kat sini tapi study lembap. Kolej macam tak ada sistem. Makan hari-hari lagi. Topup lagi."
Hani membebel panjang.
"Rokok lagi."
Sambung Lan.
Hani memandang muka Lan.
"Baby hisap rokok sehari tiga kotak. Kalau tak beli rokok, baby simpan hari-hari dah boleh bayar sewa rumah. Boleh makan lagi"
Lan menasihati Hani.
"Kalau suruh orang berhenti hisap rokok, cakap je lah"
Hani menjeling Lan.
"Tak paksa dan tak suruh. Kalau rasa betul apa yang B cakap ni, berhenti lah."
Lan bercakap sambil mengusap rambut Hani.
"B tak ada lah kejam macam yang Baby cakap tu. B bukan nak hantar Baby balik KL terus. B nak ajak Baby pergi Putrajaya, ada nak tunjuk"
Lan sambung bercakap.
Hani memandang muka Lan dan rasa sangat bersalah. Sepatutnya Hani berkelakuan sabar tadi dan tidak perlu menuduh Lan yang bukan-bukan
*********************************
Sampai di Putrajaya, hari sudah malam. Kawan Lan bernama Riz menunggu disana. Hani memanggil Riz, Abang Riz kerana Abang Riz lebih tua dari Lan. Lan dan Riz bersalaman dan duduk. Hani berjalan-jalan di tengah-tengah Dataran Putrajaya. Zaman itu Putrajaya masih gelap.
"Baby???? Sini!"
Lan memanggil Hani.
Hani melihat Riz menghidupkan motorsikalnya.
"Abang Riz nak gi mana?"
Tanya Hani sambil berjalan ke arah Lan.
"Beli makanan untuk kita kejap. Lan lapar."
Jawab Riz.
Hani duduk sebelah Lan. Lan memegang tangan Hani dan terus menyarungkan cincin yang berbatu warna ungu. Hani terkejut.
"B!!!????"
Hani berdiri.
"Ssssshhhhhhhhhhtttttt!!!!"
Lan menyuruh Hani perlahankan suara.
"Baby belum ready! Baby belum nak kahwin!"
Kata Hani.
"Kenapalah bongok sangat? Tu emas putih je bukan emas betul! B saja bagi hadiah. Bukan melamar!"
Lan bercakap sambil menarik tangan Hani menyuruh Hani duduk.
Hani terketawa.
"Sorry lah."
Kata Hani. Hani menarik muka Lan dan mencium bibir Lan. Lan diam. Dalam beberapa minit Lan dan Hani saling bercumbuan.
"Dah! Dah! Kena tangkap basah kat sini karang Baby yang susah! B suka jeeee"
Lan mengusik Hani.
Hani berdiri.
"Nak pergi mana pulak tu?"
Tanya Lan.
"Baring dalam kereta kejap. Mengantuk sangat lah, yang"
Hani buat muka mengantuk. Lan mengangguk.
Hani tidak pasti sudah berapa lama dia terlena. Lan mengejutkan Hani mengajak makan. Mereka bertiga makan sambil berborak-borak. Waktu sudah terlalu lewat. Tanpa disedari Azan Subuh pun berkumandang. Hani mendengar Azan, dia faham dan tahu setiap maksud Azan Subuh. Hani tunduk sambil bermain kuku. Terasa dirinya terlalu hina disisi Allah.
"B ajak Baby jumpa Mak, nak?"
Tiba-tiba Lan mengajak Hani berjumpa dengan Mak Lan.
Hani terpinga-pinga melihat wajah Lan.
*****************************
Share this novel