18

Others Series 3884

Perjalan ke rumah Ustaz agak jauh. Sepanjang perjalanan, Hani asyik teringatkan Crhist. Dia rasa terlalu bahagia bersama Lan namun Hani tidak pernah mencintai seseorang seperti mana dia mencintai Crhist. Dahulu Hani terlalu dan teramat mencintai Crhist. Kerana rasa cinta dia terhadap Crhist itulah yang menyebabkan dia sesat, lupa dan seperti hilang masa hadapan. Pengajaran inilah yang mengajar Hani supaya tidak terlalu mencintai Lan.

"Dah sampai"
Suara Lan mencelah disebalik imbasan-imbasan memori Hani.

Mereka turun dan memberi salam. Rumah kecil dan gelap. Kehidupan Ustaz itu seperti orang biasa-biasa.

"Assalamualaikum?"
Ayah Lan memberi salam.

"Wa'alaikumussalam! Sekejap. Sekejap!" Kedengaran suara orang menjawab salam.

Perlahan-lahan pintu rumah dibuka.

"Alhamdulillah. Ini yang dari Sepang?"
Ustaz bertanya.

"Betul ustaz."
Jawab ayah Lan.

Ustaz memandang Hani.

"Jemput masuk semua."
Ustaz buka pintu luas-luas

Mereka semua masuk ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu kecil ustaz. Tiada kerusi atau sofa. Mereka duduk di atas karpet.

"Saya ustaz Halim. Nama penuh awak siapa?"
Ustaz tersebut memulakan.

"Siti Suhani."
Jawab Hani.

Isteri kepada ustaz Halim datang menghidangkan air kopi dengan senyuman dan santun.

"Mari sini duduk depan ustaz"
Panggil ustaz Halim.

Hani berdiri perlahan-lahan dan duduk bersila depan ustaz Halim.

"Yang rasa dia lelaki gagah sila duduk sebelah dia ya? Awasi. Takut dia lari."
Pesan ustaz Halim.

Ustaz Halim memulakan bacaan ayat suci Al-Quran. Jelas kedengaran di telinga Hani. Tiba-tiba pandangan mata Hani seperti berkaca. Orang-orang disekeliling Hani kelihatan kecil. Jari-jemari Hani melentik seperti seorang penari. Hani tidak mampu mengawal dirinya walaupun dia dalam keadaan separuh sedar.
Hani menjerit-jerit sekuat hati. Sekejap Hani menjerit, sekejap Hani ketawa.

"Siapa kau!?"
Soalan ustaz Halim dituju kepada 'benda' yang menumpang di tubuh Hani.

"KAU SIAPA!? KENAPA KAU GANGGU AKU!?"
Suara Hani berubah menjadi besar.

"Apa yang kau nak!?"
Ustaz Halim tujukan soalan lagi.

"AKU NAK DIA! AKU NAK HIDUP DENGAN DIA BUAT SELAMA-LAMANYA!"
Jawab dibibir Hani. Namun bukan Hani yang menjawab.

"Dari mana kau datang!?"
Sekali lagi ustaz Halim bertanya.

"SABAAAAAH! AKU DARI SABAH! APA KAU MAU!?"

Ustaz Halim tidak mahu bertanya lagi. Dia terus membaca ayat-ayat Al-Quran tanpa henti. Hani menjerit-jerit dan akhirnya dia pengsan.
Ustaz Halim menyapu air pada wajah Hani kemudian Hani tersedar.

"Dia ada lagi."
Kata Hani.

Lan memandang Hani.

"Dia ada di belakang pintu tuuuuu"
Hani menunjuk kearah pintu. Cepat-cepat Lan menarik tangan Hani.

"Saya tak berani cakap banyak. Inilah perbuatan manusia kalau dah tak ingat Allah. Nanti saya datang ke rumah. Jangan bagi Hani duduk seorang diri. Jangan buat Hani resah atau marah. Semangat dia masih lemah. Jika dalam beberapa hari ini perangai Hani berubah, itu biasa kerana benda tu marah. Mungkin mata Hani akan nampak atau telinganya akan mendengar yang bukan-bukan selepas ni."
Kata ustaz Halim.

"Berapa lama dia akan jadi macam ni, ustaz?"
Lan bertanya.

"Hanya Allah sahaja yang tahu. Kita usaha, selebihnya kita serah pada Allah"

Lan memandang Hani. Hani kelihatan sangat keliru.
************************************

Dalam perjalan pulang ke rumah Lan, Hani tidur. Badan sakit dan letih kata Hani. Bagai nak pecah otak Lan memikirkan perbuatan siapa.

"Call lah mama dia, Lan"
Kata mak Lan.

"Jangan dulu. Lan sakit kepala lah fikir benda-benda macam ni, mak."

Sampai di rumah, Lan mengangkat Hani masuk ke dalam bilik. Manja temankan Hani tidur.
Lan duduk depan TV bersama ayahnya sambil menghisap rokok.

'Apa yang Hani tak cerita kat aku? Dia memang sakit ke?'
Fikiran Lan penuh tanda tanya.

Hanya Hani yang mampu membantu dirinya. Bolehkah Hani kembali ceria? Bolehkah Hani kembali seperti sebelum ini? Adakah Lan akan tabah menghadapi Hani? Segalanya sudah tertulis. Manusia tidak mampu mengubahnya. Kerana itulah kita sebagai hamba Allah harus berdoa kepada Allah. Allah lebih tahu sedangkan manusia tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience