"Anak-anak Mama, mari sini duduk sama Mama dan Ayah"
Panggil Mama. Semua datang tapi situasi masih dingin. Hani dan adik-beradik Hani masih belum biasa dengan Ayah tiri mereka.
"Mama dan Ayah beli rumah baru. Tempat lebih seronok dan luas. Rumah setingkat"
Mama sampaikan khabar gembira sambil senyum.
"Hujung tahun ni kita akan mula pindahkan barang sikit-sikit ya?"
Ayah senyum mengajak anak-anak tirinya. Semuanya angguk dan tersenyum.
Rumah yang diduduki Hani sekeluarga adalah rumah sewa dan Mama tak nak menyewa rumah seumur hidup.
***********************
Hari cuti sekolah hujung tahun sudah tiba, Ayah mengajak Hani sekeluarga pergi ke rumah baru. Mereka bergotong royong pindahkan barang dan menghiasi rumah baru. Tahun seterusnya Hani akan menduduki PMR. Tapi Hani masih nakal dan tidak anggap serius dengan pembelajarannya.
Aziz masih berhubung dengan Hani melalui telefon bimbit. Selalunya mereka hanya berbalas mesej. Tapi Hani dah tak datang jumpa Aziz seperti yang dijanjikan dan Aziz masih setia dengan janji mereka berdua. Walaupun Hani tak datang, Aziz tetap tunggu. Hani dah gembira berkawan dengan kawan-kawannya yang bermasalah di sekolah. Hani mabuk dan isap rokok. Selalu ponteng sekolah sehinggakan Mama dah malas nak menasihati Hani.
***********************
"Hani, Mama akan ke Kuala Lumpur selama lima hari. Kak Long cuti dia tidak diterima. Kak Ngah masih exam lagi. Nanti Hani jaga adik-beradik Hani k? Ayah ikut Mama sekali. Hani jangan lupa cuci kain baju. Mama belikan washing mechine untuk memudahkan kerja kamu dirumah"
Pesan Mama.
"Mama, belikan kami ole-ole."
Hani tak hirau pesanan Mama tapi suruh Mama belikan ole-ole.
"Jangan nakal baru Mama belikan. Kalau masih nakal dapat gula-gula panjang ja"
Mama bergurau sambil senyum lebar. Gula-gula panjang yang dimaksudkan adalah rotan.
Hani membalas senyuman Mama.
Semasa Mama berada di Kuala Lumpur bersama Ayah. Hani masuk ke bilik Mama dan mencuba tudung-tudung Mama. Satu persatu Hani cuba. Hani hanya sesuai bertudung bawal. Kemudian Hani bersiap-siap nak keluar dengan bertudung bawal.
"Kakak mau pi mana?" Izi menyoal.
"Jumpa kawan kejap." Balas Hani.
"Pakai tudung?" Izi soal lagi.
"Saja-saja cuba" Jawab Hani
"Kakak sudah masak untuk Izi. Izi mandi lepas tu makan. Tidurlah atau pun tengok TV. Kakak kejap ja" Pesan Hani pada Izi.
Izi mengangguk.
Dalam perjalanan Hani ke bas stop, Hani call Aziz.
"Hani?" Aziz bersuara dulu.
"Jom jumpa tempat biasa." Hani bersuara.
"Aku disini ni sama kawan-kawan. Datanglah" balas Aziz.
****************************
Dari jauh Aziz memandang Hani dengan senyuman.
"Kau pakai tudung? Sejak bila?" Soal Aziz.
"Saja ja aku cuba pakai" Hani jawab.
Puas berborak, Aziz hantar Hani ke station bas seperti sebelum ni. Sebelum Hani menaiki bas, Aziz pesan supaya Hani terus pakai tudung. Hani tak jawab apa-apa.
Sampai dihadapan rumah, Hani melihat sepasang kasut lelaki yang dia tidak tau milik siapa. Hani ketuk pintu rumah dan beri salam.
"Waalaikumussalam!" Seorang lelaki buka pintu sambil memegang nasi sepinggan.
"Bang!?"
Hani terkejut kerana abang sulung mereka kembali setelah 5 tahun berlalu. Abang Aidil sudah menetap di Klang selama 5 tahun bersama anaknya dua orang dan isteri. Isteri Abang Aidil dah lari bersama anak-anak mereka kerana tidak tahan dengan sikap Abang Aidil. Bermulalah kisah Hani yang dipukul Abang Aidil setiap kali mabuk. Adik-beradik lelaki yang lain juga menjadi ikut-ikutan memukul Hani.
************************
Kisah Hani seringkali dipukul berlarutan sampai Hani masuk usia 16 tahun. Tersebar satu sekolah. Hani jadi kurang berada dirumah. Hani dah tak tau keadaan Izi dirumah. Hani kerap ke rumah kawannya yang tinggal satu taman dengan Hani. Kadang Hani terus tidur disana kerana takut balik rumah. Suatu hari Hani balik pada waktu malam. Semua orang dah tidur. Abang Aidil tiada dirumah. Hani perlahan-lahan masuk ke bilik. Hani nak tidur bersama Izi tapi Izi tidur bersama Mama. Ayah juga tiada dirumah.
Tiba-tiba Abang Aidil masuk ke dalam bilik Hani dengan membawa sebilah samurai yang panjang. Abang Aidil tarik rambut Hani dan buat Hani berlutut. Samurai tersebut betul2 melekat pada leher Hani. Hani menjerit memanggil Mama. Mama keluar dari bilik dan terkejut dengan perbuatan Abang Aidil.
"ALLAHUAKHABAR!!!!!!!!!!"
Mama menjerit sambil melanggar tubuh Abang Aidil. Leher Hani sedikit luka. Mama dan Abang Aidil berebut-rebut samurai tapi Mama berjaya rampas. Mama campak samurai itu ke arah Hani.
"Bawa lari samurai tu Hani!!!! Buaaaanggg!!! Lari Haniii!!! Lariiii!!!"
Mama menjerit suruh Hani lari.
Hani lari sekuat hati dan Hani sempat campak samurai tersebut ke dalam parit. Semua jiran keluar tengok apa yang berlaku. Abang Aidil masih mengejar dan tarik rambut Hani dari arah belakang. Hani jatuh dan terbaring. Abang Aidil cekik Hani seolah-olah Hani bukan adiknya. Sekali lagi Mama pisahkan Abang Aidil dari Hani.
"Lari Haniiiii" Jerit Mama.
Hani lari sekuat hati sampai Hani rasa penat. Polis ada dimerata-rata, mungkin jiran menghubungi polis. Kawan Hani bernama Ling datang ke arah Hani dan peluk Hani. Hani menangis sepuas hati bersaksikan jiran-jiran yang hanya mampu melihat. Hani tak balik rumah dan tinggal bersama Daddy. Daddy tinggal sekampung dengan Aziz. Setiap hari Aziz datang ke rumah Daddy dan bertanyakan khabar Hani. Hani sudah tidak seperti dahulu lagi.
Hani kerap lari dari rumah. Masuk clubbing padahal baru berusia 16 tahun. Memiliki tubuh yang cantik dan kecil, terlalu ramai suami orang nak Hani. Ada yang sanggup diperbodohkan oleh Hani. Hani berpakaian seperti orang yang sudah matang. Sehinggalah suatu hari Hani diduga diluar jangkaan Hani
************
Share this novel