Hani terpaksa berpindah dari hostel. Zee entah kemana. Yus selalu menghubungi Hani dan Lan tidak suka. Semenjak Yus selalu menghubungi Hani, Lan kerap memeriksa telefon bimbit Hani dan memadam nombor telefon Yus. Hani membiarkan kerana Hani tidak mahu bertengkar. Hani kasihan pada Yus. Yus membantu Hani berpindah rumah dan mencari rumah sewa untuk Hani. Yus juga membantu mengangkat barang-barang Hani sedikit demi sedikit dengan menaiki motorsikal. Lan terpaksa ke Perak ketika itu kerana menghantar barang disana.
Hani menyewa rumah bersama seorang chef perempuan bernama Lina dan janda anak satu bernama Kak Zila. Hani menunggu Yus depan pintu rumah, dari jauh Hani melihat Yus mengangkat tilam kecil.
'Bila masa aku ada tilam ni?'
Dalam hati Hani.
Yus sampai depan pintu rumah sewa Hani.
"Hani, Yus singgah beli tilam ni tadi untuk Hani. Yus tengok Hani tak ada tilam kan?"
Hani angguk sambil terkelu.
"Biar betul Yus? Menyusahkan Yus je. Aduuuhhhh.."
Hani risau jika menyusahkan Yus.
" Tak lah. Yus berbesar hati dapat tolong Hani. Tolong Lan jaga Hani. Hani tak ada family kat sini."
Yus terus masuk meletakkan tilam yang dibelinya ke dalam rumah sewa Hani dan keluar semula.
"Lan turun KL tak malam ni?"
Tanya Yus.
"Kalau dia sempat balik petang ni, dia datang katanya"
Jawab Hani.
"Yus ambil Hani malam ni. Kita gi makan. Ada tempat yang sedap masakan dia. Kedai member Yus sendiri. Nanti suruh Lan datang kalau dia jadi turun."
"Okey, Hani belanja Yus. Yus dah banyak tolong Hani hari ni."
Hani senyum.
"Eh! Tak payah. Yus belanja. Duit belanja Hani simpan. Yus gerak dulu. Lepas Isyak Yus ambil Hani."
Hani angguk sambil melambai tangan kearah Yus.
Bagaimana rupa Yus? Yus memiliki wajah iras-iras Bruno Mars. Rambut kerinting, hitam manis, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Berbadan sederhana. Yus tidak pernah melayan mana-mana perempuan seperti mana dia melayan Hani. Meskipun selalu datang berjumpa Hani, menghantar burger, makanan, dan keperluan Hani yang telah habis, Yus tidak pernah mengambil kesempatan keatas Hani.
Pukul 9 malam, Yus datang menjemput Hani dengan menaiki motorsikal. Hani cuba menghubungi Lan tetapi telefon bimbit Lan tidak aktif. Hani menganggap yang Lan mungkin penat dan tertidur. Hani hanya menghantar mesej dan memberitahu yang Yus mengajaknya keluar makan.
Hani tidak berani memegang bahu Yus mahu pun pinggang Yus semasa menaiki motorsikal bersama.
"Hani, jangan salah faham. Peganglah Yus kat bahu atau paha. Takut Hani tergolek kebelakang karang Hani tertinggal. Penat Yus nak cari nanti"
Yus bercakap sambil tergelak kecil. Cepat-cepat Hani memegang bahu Yus kerana takut terjatuh.
Sampai di warung milik kawan kepada Yus yang bernama Latif, mereka makan dan minum seperti biasa kemudian berborak. Pukul 12 tengah malam telefon Hani berdering. Lan menghubungi Hani.
"Kat mana?"
Suara Lan seperti baru bangun dari tidur.
"Warung Latif."
Jawab Hani.
"Latif??? Sebelum ni Yus, sekarang Latif. Berapa banyak lelaki kau nak kawan ni? Dah macam pelacur dah kau tau?"
Tiba-tiba Lan memaki Hani. Cepat-cepat Hani mematikan telefon kerana takut Yus tahu.
Yus memandang muka Hani.
"Lan marah?"
Tanya Yus.
"Tak pernah dia marah macam ni."
Hani memandang telefon bimbitnya.
"Tak apalah. Yus hantar Hani balik."
Mood Hani hilang. Hani masih terkejut dengan Lan yang memakinya dengan tiba-tiba. Begitukah lelaki? Perlukah cemburu sampai memaki?
*******************************
Hani masuk ke dalam bilik dan menghidupkan telefon bimbitnya semula. Beratus mesej masuk dan missed call dari Lan. Lan meminta maaf. Tapi Hani masih keliru. Adakah memang jenis Lan suka memaki? Atau mungkin dia ada masalah? Tapi kenapa sampai perlu memanggil Hani 'pelacur'? Hani membiarkan telefon bimbitnya berbunyi. Lan tidak henti-henti menghubungi Hani. Hani terluka dengan kata-kata Lan.
"Rupanya dihina seperti ini lebih sakit berbanding dipukul"
Hani bercakap seorang diri.
Hani mandi dan bersiap untuk tidur. Seperti biasa Hani akan menulis diari sebelum tidur. Diari Hani yang lama Crhist ambil sebagai kenangan sebelum mereka berpisah. Diari Hani yang kini penuh dengan nama Lan, tetapi malam ini Hani menulis nama Yus. Hani cerita segala kebaikan Yus sambil meniarap diatas tilam yang dibeli oleh Yus. Tanpa Hani sedar, Hani tertidur.
"Haniiiii!!!!" Haniiiii!!!!" Bangun woi!!"
Kak Zila mengetuk-ngetuk pintu bilik Hani bagai nak runtuh.
Hani terduduk dan masih dalam keadaan mamai. Perlahan-lahan Hani berdiri dan membuka pintu bilik.
"Ada lelaki tunggu Hani kat luar. Cari Hani. Dia jerit-jerit nama Hani. Akak keluar tanya kenapa cari Hani? Dia nak tau rumah Hani mana satu. Hani gi tengok dulu. Akak tak cakap lagi Hani ada kat sini.
Cerita Kak Zila.
"Lan!!!"
Hani beritahu lokasi rumah sewa Hani petang tadi. Cepat-cepat Hani keluar. Hani melihat Lan duduk diatas motorsikal orang lain.
"Lan????" Kenapa buat kecoh?"
Hani berjalan kearah Lan.
"Kenapa tak angkat telefon? Nak putus sangat ke?"
Lan menarik tangan Hani masuk ke dalam kereta.
"Apa yang B mengarut ni?"
"Kenapa tak angkat telefon? B dah minta maaf! Beratus kali B call."
"Pukul berapa ni???"
Hani menarik tangan kiri Lan dan melihat jam di tangan Lan.
"Pukul tiga B!"
Hani geram dan memandang muka Lan tanpa berkelip mata.
"Baby jangan cabar B. B tanya kenapa tak angkat telefon?"
Lan menolak bahu Hani.
"Baby sakit hati!!! Buat apa cari perempuan pelacur macam Baby ni!!!???? Pergi baliklah!!!"
Hani menengking Lan. Lan terdiam.
"Sorry sorry sorry..."
Lan menyapu-nyapu rambut Hani. Hani menepis tangan Lan dan keluar dari kereta
"Hani! Masuk! Masuk balik dalam kereta ni!"
Hani masih tidak peduli. Lan keluar dari kereta dan menarik Hani masuk ke dalam kereta semula.
"Tolong Hani. Jangan macam ni. B silap, B salah."
"Lepas ni kalau Baby betul-betul jadi pelacur, B boleh tepuk tangan sebab apa yang B cakap jadi nyata."
"Diam Hani! Jangan besarkan hal kecil!"
"Bagi kau hal kecil, Lan. Kau tak tau apa yang jadi dekat aku sebelum kau kenal aku. Terima kasih kerana mengajar aku. Kata-kata kau lebih sakit berbanding dipukul dengan abang aku sendiri."
"Hani?"
Lan terkejut. Hani tidak pernah bercerita tentang hal sebelum dia mengenali Crhist.
"Dah lah. Hani penat. Nak tidur."
Hani membuka pintu kereta perlahan-lahan sambil menangis.
"Tak Hani. Pergi siap, bawa baju. Kita pergi Bukit Fraser. Ada birthday member."
Lan cuba mengambil hati Hani.
"Tak apalah. Lan pergi. Lan masih ada ramai kawan perempuan. Diorang bukan pelacur macam Hani."
"Tolonglah, Baby. Dengar cakap B. Kita pergi jalan-jalan dua hari. Hujung minggu kot yang."
Lan memujuk. Hani bersetuju dan bersiap.
**********************************
Hani tertidur ketika dalam perjalanan kesana. Lan mengejutkan Hani setelah sampai disana. Hari sudah pagi. Lan dan kawan-kawan Lan menyewa homestay setingkat. Semuanya lelaki kecuali kakak angkat Lan, Ina. Mereka menyambut hari jadi Ina. Hani terpaksa melihat perangai Kak Ina yang suka tergedik-gedik memeluk tangan Lan.
"Akak tak pakai bra ni."
Kak Ina sengaja beritahu Lan di depan Hani.
"Kau tak malu ke, Ina? Dah tua dah!"
Am menyelit sambil memandang Hani. Hani tersengih dan berjalan ke dalam bilik. Hani tak nak tidur dengan Kak Ina. Hani kurang berminat dengan perangai Kak Ina yang mengada-ngada.
Sedang Hani menukar pakaian nak sambung tidur, tiba-tiba Lan masuk. Terlompat-lompat Hani menyorok di belakang pintu almari.
"Tak payah nak malulah! Jadi bini jugak nanti!"
Lan mengusik. Hani tetap masih menukar pakaian di belakang pintu almari. Hani biasa berseluar pendek dan memaki singlet ketika tidur.
"Sibuk! Pergi tidur dengan Am lah!"
Hani geram.
"Dorang dah sedap tidur. Kak Ina masuk bilik peluk B nak tidur sebelah B. Baby nak B tidur dengan Kak Ina?"
Hani mengerutkan Hani memandang muka Lan.
"Macam manalah dia boleh jadi kakak angkat B? Sangap!"
Hani baring sambil menyelimuti badan.
"Hahahahahahahahahahaha! Dia kecewa tu. Tunang dia lari dengan janda anak tiga. Pasal tu dia perangai macam tu."
Lan duduk sebelah Hani.
"Mari sini, baring sini."
Hani menepuk-nepuk bantal di sebelahnya menyuruh Lan baring. Perlahan-lahan Lan baring dan memandang wajah Hani.
"B pernah tidur dengan Kak Ina ke?"
Soalan Hani.
"Soalan! Menggelikan! Kak Ina tu dah tua kot. Tunang dia pun muda dari dia."
Lan menjeling sambil memandang siling.
Hani tergelak-gelak.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk.
"B kunci pintu ke?"
Hani tanya Lan.
"Ha ah. Karang Kak Ina masuk. Potong stim!"
"Sundal!"
Hani menarik batang hidung Lan yang mancung.
"Hani? Lan ada kat dalam tak?"
Suara Kak Ina sambil mengetuk pintu.
Lan menutup mulut Hani supaya diam.
"Tidur agaknya diorang ni."
Kedengaran suara Kak Ina beredar.
"Baby mengantuk."
Hani menutup mata dengan bantal.
Lan memeluk Hani dan mereka tertidur. Terdetik dalam hati Hani, kenapa Lan tidak pernah cuba mengambil kesempatan sedangkan Lan boleh? Hani suka dengan Lan kerana hal itu.
******************************
Hani tersedar dari tidur kerana terlalu lapar. Hani menarik tangan kiri Lan dan melihat jam.
"Pukul 3 petang"
Hani bercakap sendiri.
Hani sengaja tidur di master room kerana ada bilik air. Hani mandi dan bersiap sebelum mengajak Lan keluar makan.
"Seksi."
Suara Lan.
"Eh! Bila bangun?"
Hani tanya Lan.
"Dah lama. perempuan memang pakai bra macam tu ke?"
Tanya Lan. Hani memasang butang bra dari depan dan memusingkan colinya kehadapan.
"Ha ah. Tengok orang juga. Tangan Baby tak sampai sebab tu pakai cara macam ni"
Jelas Hani.
Lan berdiri dan datang kearah Hani. Tanpa bercakap apa-apa, Lan membantu Hani memakai coli. Hani hanya diam. Lan mencium bahu kanan Hani.
"Pinjam towel. B nak mandi"
Selamba Hani buka tuala. Hani berbikini.
"Aduuuuhhhh!!! Pakailah baju dulu!"
Tiba-tiba Lan marah.
"Aiiii??? Pagi tadi cakap tak payah malu!"
Hani memarahi Lan semula.
"Janganlah buat betul-betul! Pagi tadi kena kawal, bangun tidur pun kena kawal"
" Pergi mandi kat bilik Am!"
Hani menolak Lan.
"Okey okey okey. B mandi kat sini"
Lan tersengih sambil mengambil tuala di tangan Hani.
"Tak paham betul aku!"
Hani geram.
Lan tergelak-gelak sambil masuk ke dalam bilik air. Tak sampai lima minit Lan siap.
"Laju?"
Hani sudah siap memakai baju.
"Laju lah. Ni lelaki. Tak banyak celah."
Jawab Lan.
Hani dengan Lan keluar dari bilik sambil berpegangan tangan. Lan mengajak kawan-kawannya yang lain keluar makan. Kak Ina tidak mahu ikut.
"Tak nak ikut sudah. Laparlah kau sorang-sorang kat sini!"
Am geram dengan Kak Ina kerana selalu minta perhatian dan mengada-ngada dihadapan Lan.
mereka keluar dan mencari restoran yang berdekatan. Hani rasa teruja melihat arnab-arnab yang cuba melarikan diri setiap kali melihat orang lalu lalang. Lan hanya tersenyum melihat gelagat Hani.
"Seronok ke korang tadi?"
Am mengusik.
Hasrol hanya tersengih.
"Tak ada buat apa pun!"
Hani menjawab.
"Bagus betul kau, Lan. Mati pucuk ke?"
Am mengusik Lan.
Hani tergelak besar mendengarnya. Lan hanya diam sambil tersenyum.
*******************************
Selesai makan, mereka semua balik. Kak Ina meminta Lan untuk membungkus makanan.
"Menyampah aku dengan si Ina tu. Tolonglah Lan. Jangan jadi bodoh."
Am pesan pada Lan.
"Bukan salah dia, Am. Salah member kita. Tinggalkan Kak Ina macam tu. Lagi berapa bulan lagi dah nak kahwin. Tinggalkan Kak Ina tengah berbadan dua, terlampau tekanan sampai kandungan dia gugur"
Hani memandang muka Lan.
Hani faham dengan situasi Kak Ina. Mungkin betul cakap Lan. Mungkin juga Kak Ina keliru dan tidak dapat menerima hakikat atau mungkin juga dia dah jatuh hati pada Lan. Apa yang harus Hani lakukan? Hani banyak berdiam selepas mendengar kisah Kak Ina. Perasaan menyampahnya terhadap Kak Ina bertukar kepada rasa kasihan.
***********************
Share this novel