"Baby tidur dalam bilik, B tidur di ruang tamu."
Kata Lan.
"Haaa elok lah tu. Bilik mak bersepah. Bilik sebelah dapur tu dah macam stor. Esok pergi tengok Nenek. Siang Lan jaga. Malam ni Manje yang jaga."
Mak Lan bercakap kemudian masuk ke dalam biliknya.
Hani melihat jam di dinding sudah pukul 10 malam. Lan tengah melayan laptop.
"Baby ada Fac?"
Lan bertanya.
"Ada. Tapi jarang buka."
Jawab Hani.
"Buatkan B Fac. B pun nak cubalah."
Hani duduk sebelah Lan dan aktifkan akaun Fac untuk Lan kemudian Hani terus tambah rakan Fac Hani dan Lan. Mereka meletakkan yang mereka berdua sedang dalam 'relationship'.
"Kenapa B bela misai? Potonglah"
Kata Hani sambil berdiri dan duduk diatas sofa.
"B dah potong dulu. Buruk!"
"Kejap Baby bayangkan rupa B tak ada misai. Mmmmm memang buruk!"
Hani mengusik Lan.
"Pernah makan kaki jantan tak?"
Lan tepuk-tepuk kaki kiri dan kaki kanannya depan Hani. Hani tergelak-gelak melihat Lan.
"Nenek B sakit apa?"
Tanya Hani.
" Sakit tua. Dia semput. B je pergi tau, penjaga je boleh masuk pagi. Tengah hari baru waktu melawat. Inshaa Allah esok Nenek keluar hospital."
"Hospital mana?"
Hani bertanya lagi.
"Putrajaya. Eh! Pergi masuk tidurlah! Banyak soal Baby ni."
Lan geram dengan Hani yang banyak tanya.
Hani baring dan merenung kipas siling. Hani tertanya-tanya bagaimana khabar neneknya sebelah Daddy? Dulu masa kecil-kecil, Hani selalu ikut neneknya masuk ke dalam hutan, mencari kayu api. Basuh kain di perigi. Nenek Hani terpaksa mengangkat air dari perigi untuk masak di rumah. Masak pun masih pakai kayu api. Jarang dapat makan ayam, makan ikan pun yang dipancing oleh adik Daddy. Ayam dibela, kambing dibela. Tidak perlu ke pasar. Semua jenis sayur nenek hani tanam. Lagi pun di hutan masih banyak hasil yang boleh dijadikan makanan dan dimasak.
"Rindunyaaaa...."
Hani tidak sedar dia menyebut perkataan itu dibibir. Lan memandang Hani.
"Rindu siapa pulak!?"
Lan mula salah sangka.
Hani terduduk kerana terkejut.
"Rindu kampung Baby lah! Hisssshhhh! Kacau je orang tengah ingat kampung tau!"
Hani berdiri dan terus masuk ke dalam bilik Lan.
Hani duduk ditepi katil. Membelek-belek 'Contact' di dalam telefon bimbitnya. Dia melihat nama 'My Daddy' di skrin telefon. Hani sudah banyak kali cuba menelefon Daddy tetapi nombor itu sudah tidak aktif. Salah satu sebab Hani takut untuk berkahwin adalah kerana takut jika rumah tangga yang dibina berakhir dengan penceraian. Apa yang Hani rasa sebagai anak bila Mama dan Daddy bercerai? Hani masih terlalu kecil ketika itu. Apa yang Hani rasa adalah keliru, sedih, kehilangan, dan huru-hara. Hani seperti disepak-sepak, kejap-kejap nenek jaga, kejap-kejap Daddy jaga, kejap-kejap makcik yang jaga.
"Baby?"
Lan memanggil Hani dari pintu bilik.
"Marah ke?
Lan bertanya. Hani memandang muka Lan.
Bagaimana Hani nak bercerita kepada Lan? Kisah Hani terlalu banyak kedukaan. Hani takut Lan tidak akan faham. Hani memilih untuk tidak bercerita. Apa yang Lan tahu, orang tua Hani sudah bercerai.
"Buat apa nak marah. Baby nak tidur ni. B keluarlah."
Hani menepuk-nepuk bantal dan baring. Lan keluar dan menutup lampu bilik.
***********************************
"Baby? Baby?"
Lan mengejutkan Hani. Hani menggeliat.
"Bangunlah, sarapan. Mak dah buatkan sarapan. B nak gi hospital dah ni."
Kata Lan.
"B dah sarapan ke?"
"Belum. Jom sama-sama."
Hani dan Lan masuk ke dapur. Mak Lan sedang makan nasi goreng.
"Makan Hani. Makan pedas tak? Nasi goreng ni Makcik buat pedas-pedas. Tak pedas karang Lan tak makan. Sanggup dia kebulur!"
Mak Lan memerli Lan.
Hani duduk sambil tersenyum melihat Lan.
"Hamboiiii hamboiii.... Baik punya ayat mak susun...."
Lan duduk sambil menuang air kopi ke dalam cawan.
Hani kautkan nasi goreng untuk Lan. Kemudian mereka makan bersama-sama.
Mak Lan bersiap untuk menjemput ayah Lan di lapangan terbang dengan menaiki kereta Perdana. Kereta Perdana atas nama mak Lan tetapi yang membayar kereta itu setiap bulan adalah ayah Lan. Ayah Lan yang memakai kereta itu.
"B, Baby nak ikut!"
Kata Hani selepas mak Lan sudah pergi ke lapangan terbang.
"Kenapa?"
Tanya Lan.
"B gila ke nak biarkan Baby duduk kat rumah B sorang-sorang? Baby siap kejap. Nak ikut"
Lan geleng-gelengkan kepala dan duduk di sofa sambil menunggu Hani.
***************************
Sampai di Hospital Putrajaya. Hani tunggu Lan di Lobi. Sambil menunggu, Hani berjalan-jalan pusing hospital. Tiada apa disana kecuali kedai makan, farmasi dan kedai mini market. Hani membeli waffle peanut butter kemudian duduk di pondok yang berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak. Selesai makan pun Lan masih belum turun. Hani berjalan sesuka hati ke sana ke sini. Masuk waktu lawatan, Lan menelefon Hani menyuruh Hani naik ke wad.
Lan menunggu Hani di depan pintu bilik wad. Dari jauh Hani melihat Lan.
'Heiii lah pakwe aku. Kurus, berotot, tinggi macam hantu galah. Macam manalah aku boleh sukakan dia.'
Dalam hati Hani.
Lan memegang bahu Hani dan membawa Hani masuk ke dalam bilik. Manja sedang baca komik. Hani melihat nenek Lan yang bersambung oksigen dihidung. Nenek Lan melihat Hani tanpa senyum.
"Kali ni kau betul-betul ke main-main?"
Tanya nenek Lan kepada Lan.
"Betul-betul lah, nek"
Jawab Lan. Lan menyuruh Hani menyalam neneknya. Hani salam dan senyum. Nenek Lan masih tidak senyum.
"Elok-elok perangai kau, Lan. Anak orang ni. Jadi apa-apa kau yang tanggung"
Nasihat nenek Lan. Lan mengangguk-angguk.
"Berapa umur kau?"
Nenek Lan tanya Hani.
"18, nek"
Hani jawab.
"Kaulah Hani?"
"Betul, nek"
"Kalau Lan ni buat bukan-bukan, kau tumbuk je muka dia. Bukan nenek nak cakap Lan jahat! Tapi nenek cakap macam ni pasal kau tu perempuan."
Nenek Lan menasihati Hani. Hani tersenyum.
"Tumbuk ye?"
Lan mengusik neneknya.
"Kenapa? Tumbuk tak cukup? Kau tinggal je dia kalau dia ni tak betul!"
Kata nenek Lan sambil melihat ke mata Hani dan menunjuk kearah Lan.
"Eh! Nenek ni. Lan tak ada buat bukan-bukanlah. Hani ni Lan nak bimbing."
Kata Lan.
"Bukan senang kita nak bimbing orang, Lan. Kalau diri kita ni sendiri tak boleh dibimbing, macam mana kita nak bimbing orang lain? Lagi satu, kita berusahalah semampu kita nak ubah seseorang. Tapi kalau kau nak orang tu berubah kerana kau, bukan kerana Allah Ta'ala baik jangan! Awal-awal dah silap"
Panjang lebar nenek Lan menasihati Lan.
Hani mendengar dengan teliti. Hani tanam di dalam jiwa. Hani tidak akan berubah jadi baik jika Lan yang nak. Tetapi Hani akan berubah dengan usaha sendiri. Biar Hani sendiri yang nak mendekati Allah.
Nenek Lan boleh keluar dari hospital pada waktu petang. Hani membantu apa yang patut. Nenek Lan sudah tidak boleh berjalan dan terpaksa menaiki kerusi roda.
"Pandang aku, Hani. Lihat aku. Aku inilah pengajaran untuk kamu dari Allah. Tatapi aku, akulah perempuan tua yang hidup dengan sisa-sisa kehidupan. Bila-bila masa sahaja Allah akan ambil nyawa aku. bernafas pun sudah tidak betul, selalu sakit. Buatlah perkara-perkara baik, bersedekah, taati orang tua dan bertaubat! Sebelum Hani tua seperti nenek. Nenek doakan Hani sihat, tidak sakit-sakit seperti nenek bila tua nanti"
Hani mendengar sambil melihat wajah nenek Lan. Lan menolak kerusi roda neneknya dan menahan sebak dihati. Hani tidak pernah rasa situasi seperti ini. Hani seperti diberi amaran untuk bertaubat. Itulah cara Allah mengingatkan Hani. Hani melihat telapak tangannya, tersusun rapi garisan-garisan pada telapak tangannya. Ada sesuatu yang baru datang dihati Hani. Sesuatu yang lain, rasanya seperti sebak dan sangat indah. Hani masih tidak faham apa yang sedang dia rasakan. 'Rasa' itu seperti datang dan pergi, kemudian datang lagi. Itulah rasa yang Allah tiupkan di hati Hani.
*****************************
Share this novel