Seperti biasa Hani ke sekolah dengan menaiki bas sekolah yang disewa. Hani mula kurang berminat dengan sekolah. Sedangkan sebelum ini Hani seorang yang rajin. Ketika itu Hani dalam ketogori NERD. Namun Hani memilih untuk berkawan dengan rakan-rakannya yang bermasalah di sekolah.
Hani mula ponteng sekolah bersama dua orang rakannya. Mereka bertiga gembira berjalan-jalan di bandar tanpa rasa bersalah. Seorang rakan Hani bernama Anne dan seorang lagi bernama Cella. Anne dan Cella mengajak Hani membeli sebotol arak murah dan sekotak rokok. Hani ikut apa yang diajak. mabuk dan isap rokok pada usia 14 tahun.
Telefon Hani berdering (handphone 3310 nokia lama). Tertera nama 'Aziz'. Hani jawab panggilan dari Aziz.
"Hani! Aku nampak kau tadi. Kau tidak pergi sekolah kah?"
Kejadian ini berlaku di Sabah. Di Sebuah daerah yg dahulunya pendalaman tapi sekarang telah diikhtiraf bandar.
"Aku malas pi sekolah" Jawab Hani dalam keadaan mabuk.
"Kau dimana sekarang? Aku datang. Kenapa suara kau lain macam ni?" Aziz semakin risau.
Hani beritahu Aziz dimana dia berada.
Aziz datang dalam keadaan Hani menangis dengan keadaan yang mabuk. Anne dan Cella cuba memujuk Hani.
"Hani....." Aziz panggil Hani lembut.
Hani pandang Aziz. Aziz memujuk Hani untuk pulang ke rumah tapi Hani tak nak. Aziz papah Hani perlahan-lahan duduk di sebuah restoran yang kurang pelanggan. Anne dan Cella ikut bersama.
"Hani, kenapa jadi macam ni? Kau tidak sayang diri kau kah?"
Aziz pegang tangan Hani sambil menangis. Aziz faham kenapa Hani jadi macam ni.
Hani dan Aziz berkawan sejak Hani berusia 12 tahun. Aziz berusia 13 tahun. Cinta monyet Aziz terhadap Hani sangat kuat masa tu. Aziz telah cuba berbagai cara untuk mencuri hati Hani dan Hani membalas dengan baik. Cuma Hani menganggap ini semua hanyalah sementara. Mereka masih terlalu muda untuk bercinta. Aziz seorang yang sangat baik pada Hani. Selalu memberi kata-kata semangat pada Hani dan Hani sangat selesa bila berborak bersama Aziz.
"Hani, hari mau masuk waktu malam sudah ni. Marilah kita balik. Aku hantar kau di station bas, okey?"
Hani balas dengan anggukan.
"Lepas ni setiap hujung minggu kita jumpa disini. Kita bercerita. Kau luahlah apa yang kau mau luah, okey?" Aziz bagi pandangan supaya Hani kurang bersedih.
"Kalau aku tidak datang disini seperti yang dijanjikan, kau datang rumah aku. Cari aku di rumah" Pesan Hani.
Aziz angguk sambil senyum manis. Hani membalas senyuman Aziz.
"Siok2 kamu dua bercerita. Bas kami tiada sudah jam begini. Kami ikut kau balik lah, Hani" Anne mencelah. Hani setuju.
*************************************
Sanpai sahaja di rumah, rumah sepi tak ada orang. Hani mencari adik kecilnya Izi. Hani mandi dan cuba kawal mabuk di kepalanya. Hani mengajak Anne dan Cella mencari Izi. Dari jauh Hani melihat Izi berlari pantas di taman permainan bersama anak-anak cina. Kawasan rumah Hani adalah taman perumahan.
"Kak Haniiiii!!!!!" Jerit Izi. Memanggil Hani sambil berlari ke arah Hani. Hani cepat-cepat capai tangan Izi.
"Izi sudah makan?" Tanya Hani.
"Sudah, abang masak tadi" Jawab Izi. Abang mereka Hamdan memang pandai memasak.
"Sudah malam baru Kakak pulang?" Tanya Izi.
"Kakak lari sekejap ja" Jawab Hani.
********************************
Sikap Hani berterusan sampai dua minggu tak masuk sekolah sampailah suatu hati Mama dapat surat amaran dari sekolah. Hani akan digantung sekolah sekiranya tak memberi sebab kenapa Hani tak ke sekolah selama dua minggu.
Mama sangat marah pada Hani. Hani dipukul dan ditampar dimuka. Jiwa muda Hani masih kuat memberontak dan menyimpan rasa benci terhadap Mama.
Esok hari Sabtu. Hani setiap minggu jumpa Aziz di restoran yang kurang pelanggan itu. Tapi Hani tak dapat datang sebab muka Hani bengkak. Hani tak jawab panggilan dan mesej Aziz. Beratus 'missed call' dan mesej dari Aziz. Tapi Hani tak hirau. Hani hanya menangis sepanjang malam.
**************************
Share this novel