09

Others Series 3884

Hani ke kelas dengan penuh rasa gembira setiap hari. Hani tidak memilih kawan, makan dengan senang hati, belajar tanpa gangguan dan selalu menyanyi tidak kira sedang memasak, mandi, menulis atau pun ketika berjalan. Hani lupa segala kisah silam Hani yang membebankan jiwa Hani. Hani mengambil bidang Kecantikan dan Kesihatan. Hani setia dalam bidang itu sejak daripada tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah vokasional.

Badan Hani yang pada awalnya seberat 46 kilogram mendadak naik ke 50 kilogram. Tetapi Hani masih berbadan fit. Hani akan melakukan senaman setiap pagi sebelum mandi. Lan semakin hari semakin susah hati dengan Hani yang masih tidak mencuba untuk berpakaian elok-elok.

Hani habis kelas pada pukul lima petang setiap hari. Hani akan berjalan kaki untuk pulang ke hostel. Jarak antara Kolej dan hostel Hani hanya sejauh satu blok sahaja. Sebelum balik, Hani akan menghabiskan sebatang rokok dan secawan teh O ais di kedai Mamak berhampiran.

"Hani?"
Ada suara lelaki menegur dari belakang Hani. Hani menoleh dan Hani tidak mengenali lelaki tersebut. Berkulit hitam manis dan berkaca mata. Manis orangnya.

"Ye, aku Hani. Kenapa?"
Hani buat muka hairan.

"Saya Arif. Selalu nampak Hani duduk kat kedai Mamak ni sebelum balik hostel. Hehe"
Arif tersenyum manis sambil memandang mata Hani.

"Ooooo.. Kau selalu tengok aku lah ye?"

"Yup! Saya dari course Arkitek. Nama Hani agak glamour kat Kolej kita ni."

"Ye ke? Aku tak tau pun. Baik atau pun buruk glamour aku tu?"

"Selalunya lelaki yang bercerita pasal awak. Heboh ada gadis dari Sabah yang cantik datang belajar kat sini"

"Itulah lelaki. Pantang."
Hani tersengih.

"Malam ni ada celebration dekat karaoke. Zee ada bagitahu tak yang saya jemput?"

Zee kawan satu hostel Hani dan paling rapat dengan Hani di dalam hostel.

"Tak ada. Zee tak cakap apa pun"

"It's okay. Malam ni awak follow Zee. Saya pickup awak berdua malam ni. Okay, saya kena gerak ni. Nice to meet you, Hani"
Arif berlari kearah kereta BMW miliknya. Hidupkan enjin kereta dan terus pergi.

Cepat-cepat Hani balik ke hostel. Kenapa Zee tak cakap apa-apa?
Sampai di hostel, Hani terus masuk ke dalam bilik Zee.

"Zee! Siapa Arif?"
Hani mula bertanya.

"Peminat kau lah bodoh"
Zee menjawab. Zee adalah perempuan yang lebih liar berbanding Hani.

"Wei, dia ajak kita pergi karaoke malam ni"
Hani pandang muka Zee sambil menggigit jari kelingkingnya.

"Aku tak dapat pergi lah. Yus nak jumpa malam ni. Scandal aku yang bangang tu pun nak jumpa aku lepas aku jumpa Yus"

"Kau ni gila lah, Zee. Yus begitu baik pun kau nak pasang scandal. Cakap sayang bagai tapi ada scandal. Tak paham aku dengan kau ni"
Hani membebel.

"Aku buat semua ni sementara masih muda. Dah tua nanti dah tak ada dah semua ni."
Zee capai tuala mandi dan barang mandi.

"Kau tau ke kau tu sempat tua. Kalau ajal time muda-muda macam ni kau mampus, macam mana?"

" Eh kau ni! Sejak kau berkawan dengan si Lan tu dah macam ustazah pulak bercakap dengan aku. Ada jugak aku cungkil biji mata kau pakai berus gigi karang!"

Hani terdiam. Baru dia perasan yang dia pandai bercakap pasal ajal.

"Haaaaa ahhhh lah. Aku dah macam ustazah sekarang!"
Hani mengusik Zee dengan senyuman lebar.

"Bodoh! Aku nak mandi dulu! Senget kau ni Hani! Ahahahahahahahahaha!"
Hani turut tergelak bersama Zee.

Apa yang Hani tak faham tentang Zee adalah, Zee mempunyai seorang teman lelaki yang sangat setia dan baik tetapi Zee masih mahu menduakan Yus. Kadang-kadang Hani terpaksa meolong Zee untuk berbohong dengan Yus.

Hani luruskan kaki dan menggeliat. Tiba-tiba telefon bimbit Hani berdering. Tertera nama "Lan Sayang".
Hani jawab laju-laju.

"Hellooooo B..........!"
Hani ceria menjawab telefon dari Lan.

"Assalamualaikum?"
Lan sengaja nak mengajar Hani untuk memberi salam dan menjawab salam.

"Waalaikumussalam!"

"Jawab ikhlas sikit."
Tegas Lan.

"Waalaikumussalam Lan shaaaayaaanggggg....."

"Lan suruh jawab dengan ikhlas bukan macam perempuan tergedik-gedik!"

"Hisssshhhhh! Apasal serius ni????"
Hani geram.

"Tadi Lan nak jemput baby kat Kolej. Nak bagi kejutan tapi tak jadi sebab ada jantan hitam duduk satu meja dengan baby. Berdua pulak tu."

Hani berdiri. Terkejut!

"B! Kenapa tak call?"

"Dah namanya kejutan kan? Lembab betul lah baby ni!"

"Habis tu? Tak dapat jumpa lah ni? B dah balik ke?"

"Ada ni"

"Kat mana?"

"Ada niiiii Cuba dengar."

Hani terdengar pintu hostel Hani diketuk. Cepat-cepat Hani berlari buka pintu. Hani melihat Lan meletak ganggang telefon sambil memegang kotak kecil berwarna biru.

"B!!!! Hani tengah busuk ni belum mandi!"
Hani bercakap-cakap sambil melompat.

"Kau apa hal, Hani!!!"
Jerit Zee dalam bilik air.

"Lan datang!"
Hani jawab sambil melompat-lompat.

Lan memandang Hani yang tersenyum lebar sambil melompat-lompat.

"Macam beruk tau tak?"
Lan kerutkan kening sambil memandang Hani.

"Beruk comel, kan?"
Hani mengusik.

"Beruk busuk tak mandi lagi! Hahahahaha!"

Hani ketawa besar dan terus memeluk Lan. Lan membalas pelukan Hani dan menghulur kotak kecil yang dipegangnya.

"Apa ni???"
Tanya Hani.

"Bukalah"

Cincin? Rantai? Gelang? Dalam fikiran Hani. Hani buka perlahan-lahan.

Hani melihat sekeping kertas yang tertulis
'B DAH DAPAT KERJA'

"B!!!! Kat mana???? Bilaaaaa???? Kerja apaaaa???"
Hani sangat teruja dengan khabar gembira yang Lan sampaikan.

"Esok start. Kerja rider je. Pusing-pusing KL hantar-hantar barang. Gaji permulaan RM1600, elaun RM100"

"Alhamdulillah..."
Ucap Hani.

"Apa tadi yang?"
Lan suruh Hani ulang semula.

"Alhamdulillah...?"
Hani ulang.

"Sejak bila pandai?"
Lan hairan sambil memegang tangan Hani. Lan gembira Hani dah mula ucap Alhamdulillah yang bermaksud 'syukur kepada Allah'

"Sejak kenal Lan sayaaanggg..."
Hani mencubit pipi Lan.

Lan menyuruh Hani bersiap secepat yang mungkin kerana nak mengajak Hani keluar. Hasrol sudah menunggu di kereta kancil berwarna merah milik Mak Lan. Hani memakai seluar jeans dan baju Body-Fit berwarna hitam. Hani cuba tidak memakai mini skirt lagi. Kemudian Hani memakai kasut tumit tinggi berwarna merah pekat kesayangannya.

Kali ini Lan membawa Hani dan Hasrol ke Genting Highland. Pertama kali Hani kesana. Lan berjanji dengan kawan-kawannya yang lain untuk berjumpa di sebuah apartment yang disewa. Sampai disana, Hani melihat ada beberapa pasangan dan kawan-kawan Lan. Ada yang Hani kenal dan ada juga yang Hani belum kenal.

Semua menjemput Lan dan Hani dengan penuh mesra. Tetapi keadaan disitu buat Hani kurang selesa.

"B, tempat apa ni?"
Hani memegang bahu Lan. Lan memeluk pinggang Hani. Seolah-olah Lan tidak mahu melepaskan Hani.

"Ini private party. Dalam ni ada dadah, arak, pistol.. B rasa ini kali pertama baby join tempat macam ni."

"Tempat apa ni? Jom lah balik b"
Hani risau.

"B kena jumpa orang dulu. Baru kita gerak. Hari ni baby akan tau siapa Lan yang sebenarnya."

Hani memandang Lan. Apa maksud Lan cakap macam tu? Siapa Lan yang sebenarnya?

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40an berjacket hitam duduk depan Lan dan Hani.

"Lan, abang dah kasih job yang lebih mashyuk. Tapi kau tetap degil. Kau tetap nak jadi kuli dengan gaji yang rendah. Kau cuci tangan kah apa?"
Lelaki itu berbicara sambil menyelit sebatang rokok ditepi bibirnya.

"Bukan cuci tangan Abang Black. Kalau aku cuci tangan mengejut, nanti Abang cakap aku langsi. Aku nak stop dulu. Buat apa yang betul dulu"
Lan membalas pertanyan Abang Black.

"Kalau nak buat yang betul dulu, kau pulangkan dulu kau punya seven"
Arah Abang Black.

Selamba Lan keluarkan pistol. Pistol model apa Hani pun tak tahu.

"Pistol betul ke yang?"
Tiba-tiba Hani bersuara. Mata Abang Aidil memandang Hani. Hani terasa cengkaman tangan Lan di pinggang Hani semakin kuat.

"Pistol betul lah, amoi. Nak cuba pegang ke?"
Abang Black keluarkan peluru dan hulurkan pistol tersebut ke arah Hani.

Hani menyambut. Semua orang memandang Hani.

"Berat jugak lah"
Kata Hani

Semua orang yang memandang Hani ketawa.

"Bini Abang pun tak pernah pegang ini barang. Siapa nama kau?"
Abang Black bertanya.

"Hani"
Hani serahkan semula pistol tersebut.

"Lan, ini amoi ke Melayu?"
Abang Black memandang muka Lan.

"Melayu, bakal tunang aku"

Hani pandang muka Lan. Bakal tunang? Hani memandang muka Lan tanpa berkelip.

"Bagus. Jangan kasih lepas Hani, Lan. Dia cukup berani. Kalau ada masalah, hello. Budak-budak ada"
Pesan Abang Black kepada Lan

Lan membalas pandangan Hani dan Hani tersenyum. Tetapi Lan bermuka serius bercampur geram.
*********************************

Dalam perjalan menghantar Hani pulang ke hostel. Lan masih bermuka serius. Hasrol diam seribu bahasa

"Hani, lain kali pergi jumpa Abang Black tolonglah jangan berani sangat!"
Lan marah pada Hani.

"Apa salah Hani?"

"Hani berani sangat tau tak?"

"Tak tau!"
Hani bergurau sambil menutup muka.

"Jangan main-main boleh tak yang!!!???"
Lan menengking Hani. Hani terdiam.

Semakin hari Hani mengenali Lan dengan lebih mendalam, semakin Hani tahu siapa Lan yang sebenarnya. Lan, lelaki yang pandai bab agama tetapi seorang gangster, bergaul dengan kongsi gelap. Lan bukan seorang yang mudah tetapi seorang rumit. Hidup Lan rumit. Lan cuba keluar daripada kerumitannya sendiri selepas mengenali Hani. Lan seorang yang sukar dibaca dan panas baran. Hani cuba meninggalkan Lan selepas mengenali diri Lan yang sebenarnya.

Hani menyangkakan yang dia akan bebas daripada dirinya yang penuh dengan kepalsuan selepas menerima Lan di dalam hidupnya. Mencari hiburan demi melupakan segala kisah silam, itu sesuatu yang merosakkan diri Hani. Mengenali diri Lan menyebabkan Hani semakin tersepit dan dihimpit kekeliruan. Tujuan Lan berterus-terang tentang siapakah dirinya yang sebenar adalah untuk jujur kepada Hani. Lan tidak mahu Hani mengetahui tentang diri Lan melalui orang lain.

Hani seringkali mematikan telefon bimbit untuk mengelak dari Lan. Hani takut dengan Lan. Sangkaan Lan silap, Hani bukan seorang yang berani. Tetapi Hani seorang perempuan yang takut disakiti lagi. Lan bekerja sambil mencuri masa melihat Hani dari jarak jauh, Hani duduk seorang diri di kedai Mamak tempat kebiasaannya sambil menghisap rokok. Bukan mudah bagi Hani untuk melupakan Lan. Bukan Hani tidak mahu menangis untuk Lan tetapi Hani penat menangis untuk lelaki. Hani penat bila bahagia dan bersedih selepas gembira.
*****************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience