Chapter 4

Romance Completed 11348

Bab 4

Aku balik rumah. Mama belum tidur. Tunggu Nightline katanya. Aku masuk bilik, bukak lampu, bukak baju, tukar seluar dan tanggalkan cermin mata dan letak di atas almari solek. Sejak bercerai, aku jarang balik rumah sendiri. Selalu balik rumah mama. Alah, ada masa aku takleh duduk rumah sendiri. Sedih sampai ke pagi. Jalan selamat, aku duduk rumah mama. Tapi aku steady. Duduk rumah mama lagi best. Sesekali ex aku datang jugak jenguk mama dia. Cuma aku tak pernah tunjuk muka lepas bercerai. Masa dia kahwin pun aku tak datang. Jaga hati sendiri.

Aku baring, pasang lagu, cucuk earphone. Sambil pejam mata, dan aku terlelap.

*****

"Busy tak?"
Kedengaran suara Atan di hujung talian.
"Tak pun. Kenapa?"
"Jom ikut aku pergi bandar. Cari seluar."
"Bereh, amik aku. Malas nak keluar kereta."
"Okay."

Atan sampai dengan R3 Neo miliknya. Kaler merah, buat abang marah. Aku berseluar jeans, berkasut dan berbaju belang. Steady umur dah tua masih berdressup straight edge. Entah, dakdak knowledge selalu sebut, aku pun acah sebut jugak.

So aku dengan Atan menuju ke ECM. Masuk kedai Timberland usha kasut, masuk kedai Levi's usha seluar. Aku dengan Atan kawan dah lama. Setakat scene pinjam duit ni aku je la selalu buat. Ni pun ada hutang lagi RM10. Ke lebih? Entah, aku lupa.

Atan tarik aku masuk kedai Dockers. Jiwa oldskool macam aku dan beliau je pakai Dockers. Tapi, kalau aku, jauh lebih oldskool, masuk kedai Fila. Aku suka design Fila. Easy to wear, anytime, anywhere. Duk belek seluar 2 3 helai, aku disapa seorang budak.

"Cik.."
"Ye? Err, mana papa mama kamu?"
"Dorang hilang." sambil mata terkebil menahan menangis. Aku pandang kiri kanan, cuma aku dengan Atan je dalam kedai tu. Aku bagitau pekerja Dockers suruh bagitau Atan, aku pergi cari parents budak tu memandangkan Atan nak masuk fitting room. Sambil aku dukung budak berusia 3 tahun itu, aku bawak ke receiptionist ECM utk buat annoucement. Budak tu lelaki. Masa dekat receiptionist, dia cakap nama dia Amin. Kecik je mulut dia berceloteh. Comel.

"Perhatian, kepada ibu bapa atau penjaga yang kehilangan anak berumur lingkungan 3 tahun, berbaju Converse hitam, berseluar jeans pendek, berkasut Puma merah, sila ke meja berhadapan pintu masuk utama. Terima kasih."

Gema satu mall dengan suara itu. Bagai dipanah petir, semua yang berjalan berhenti dan memberi tumpuan pada pengumuman itu. Tak lama kemudian, seorang wanita datang dan Amin berlari sambil menjerit perkataan, "Ibu!"

Aku menoleh.

Ex aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience