Bab 24
"Nikahlah semula dengan dia awak.."
Terngiang-ngiang suara Kina dalam kotak fikiran aku. Beban betul kepala aku masa tu. Habis sebotol minyak Cap Kapak aku sapu dekat kepala. Apa punya idea la Kina ni bagi. Gila betul.
*****
Aku tiba di depan rumah lama. Sesekali aku menjengah ke rumah, menanti kelibat bekas isteri. Seperti yang dijanjikan, harini aku bawa Amin jalan-jalan. Sambil tangan aku menurunkan tingkap kereta, ex aku keluar dengan pakaian yang seingat aku, antara pakaian yang paling aku suka. Dengan rambut yang dilepaskan, baju belang serta skirt paras lutut, aku tergamam seketika.
"Damn, masih cantik macam dulu.."
"Hai.." Ex aku menyapa aku yang di dalam kereta. Mata aku masih belum berkelip. Aku tergamam dengan kecantikannya yang sama macam dulu. Senyumannya yang manis, sama seperti dulu. Wangian yang sama, aku rindu kenangan lalu.
"Awak?" Tangan ex aku menghayun di depan mata aku. Terkebil-kebil aku ketika itu. Barulah aku sedar dari lamunan, dan aku hanya tersenyum menahan malu.
"Ye saya. Mana Amin?"
"Ada ni ayah!" Suara kanak-kanak kecil itu kedengaran. Aku tak nampak kerana tingkap kereta lebih tinggi dari ketinggiannya. Segera aku membuka kunci pintu kereta, dan Amin masuk ke dalam perut kereta.
"Awak." Aku memanggil ex aku yang ketika itu sudah pun berjalan masuk ke rumah. Dia kembali ke kereta, dan aku menunjukkan isyarat utk ke tingkap sebelah pemandu, tingkap aku. Ex aku berjalan dan berdiri di sebelah aku.
"Err, err.."
"Awak dah panggil, lepas tu takde apa nak cakap ke?"
Aku menjengah ke kerusi sebelah. Amin sedang sibuk bermain iPad aku. Lalu aku bersuara,
"Awak masih cantik macam dulu."
Ex aku hanya tersenyum, dan berlalu pergi masuk ke dalam rumah. Dan aku berlalu pergi dari rumah itu bersama Amin.
*****
"Amin suka tak kalau ayah balik rumah?" Soalan itu sengaja aku tanya. Aku nak tau jawapan Amin. Aku perlukan jawapan dia. Aku tak boleh buat keputusan untuk menikah dengan dia semula, tanpa pengetahuan Amin.
"Suka! Ayah dah lama tak balik rumah. Dari Amin kecik, sampai Amin duduk dengan Pakcik Haris. Dia tu dah la jahat. Amin tak suka dia. Ayah takde masa tu. Pakcik Haris pukul ibu. Masa tu ibu sebut je nama ayah."
Pukul? Nama aku? Kenapa aku tak pernah tahu benda ni? Amin langsung tak bertapis. Aku pasti, banyak perkara dia tahu sebenarnya.
"Kenapa panggil pakcik Haris?"
"Dia yang cakap macam tu. Dia selalu cakap, ayah Amin dah mati. Dia tipu. Ayah hidup lagi. Ayah pergi mana? Kesian ibu."
Gugur jantung aku mendengar penjelasan itu. Takkan Amin nak menipu. Sekalipun dia menipu, takkan dia boleh menipu perkara kompleks macam ni?
"Macam mana Amin tahu pasal ayah?"
"Lepas kita jumpa, ibu cakap tu ayah Amin. Tapi ayah balik cepat. Ibu ajak pergi rumah nenek. Ibu cakap ayah kerja jauh."
Barulah aku faham, kenapa ex aku seringkali memberitahu Amin bahawa aku adalah ayahnya. Haris lelaki bacul. Kaki pukul, kaki botol. Tak peliklah kalau ex aku sendiri tak pernah akui Haris ayahnya. Sekalipun ayah angkatnya. Haris memang tidak layak digelar sebegitu.
"Ayah.. jangan pergi mana-mana lagi. Sejak ayah takde, kitorang selalu susah.."
Pengakuan jujur dari lidah kanak-kanak itu betul-betul meruntun hati aku. Melarat sangat ke hidup dia tanpa aku? Apakah pertemuan semula aku dan ex aku memberi sinar harapan yang baru? Apakah ini yang dikatakan jodoh semula?
Aku hanya tersenyum, sambil hati ini menahan pedih, sebak, raungan, jeritan yang mewakili betapa terkilannya aku.
Esok bakal hari raya. Aku nak lakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka berdua.
Share this novel