Bab 20
"Tolong apa?" Wajah Atan separuh berteka-teki. Barangkali dia fikir aku nak pinjam duit agaknya. Kali ni bukan duit.
"Kau tolong jarakkan Kina dari aku boleh?"
"Hah?!"
*****
"Saya dengan ini mengumumkan, tarikh berpuasa kita, jatuh kepada..."
Suara Pemegang Mohor Besar Diraja berkumandang di dalam radio. Alhamdulillah, sempat juga kita berjumpa dengan bulan yang mulia ini.
Hari-hari berlalu macam biasa. Aku seringkali dijemput oleh ex aku untuk berbuka di rumah. Kina pula masih berusaha memenangi hati aku. Ya, aku tahu, sakit hatinya bila aku dan ex berbaik semula. Lebih-lebih lagi bila dia dapat tahu, mama sering berjumpa dengan ex aku berbanding dia. Tak macam dulu. Lebih menambah luka di hatinya. Sampailah suatu hari, dia datang ke rumah aku.
"Assalamualaikum.." Suara lembutnya memberi salam. Aku menyambut salamnya dengan wajah yang terkejut. Jarang dia datang rumah melainkan aku dan dia berjanji untuk berjumpa.
"Waalaikumsalam. Kenapa Kina?"
"Awak.."
"Ye? Ada apa?"
"Saya nak bagi something ni."
"Apa dia?"
"Nah.."
Sebentuk cincin aku kira cincin lelaki, dari rupa dan bentuknya, bertatahkan batu entah dari mana, berwarna ungu, silver padu, 619 mungkin, diserahkan kepada aku.
"Untuk apa ni?" Aku menyoal dengan wajah yang sangat pelik. Apa mimpi tiba-tiba bagi cincin pada aku? Takkanlah dia meminang aku. Lagi tak masuk akal.
"Saya belikan untuk awak. Untuk awak berkahwin semula dengan ex awak. Terimalah. Saya nak awak bahagia."
"What?!"
*****
"Tapi kan Kina, aduh, mama nak cakap apa pun taktau.." Mama mengurut dahinya. Aku hanya menggelengkan kepala. Kelakar ada, pelik pun ada. Entahlah, perasaan aku berbaur.
"Kina nak dia bahagia mama. Tolonglah mama. Kina nak dia bahagia sangat-sangat." Kina menerangkan sambil menyeka airmatanya. Aku taktau la apa jenis situasi yang aku lalui sekarang. Aku buntu.
"Agak hensem sangat ke anak mama ni sampai Kina sanggup buat semua ni Kina? Cuba cakap dengan mama.." Mama cuba mendekati psikologi Kina ini. Kina hanya memandang aku, seolah meminta izin untuk dia bercerita. Aku hanya mengangguk.
"Kina sayang dia mama. Sangat. Tak kisahlah dia duda pun. Kina ikhlas. Kina dah beritahu mama papa Kina. As long Kina selesa, dorang okay. Tapi Kina tak sangka la, dia akan berbaik semula dengan ex dia. Kina tak marah, cuma Kina dapat rasa, peluang untuk Kina dah takde. Sebab tu Kina sanggup, ambil bahagian untuk dia menikah semula, janji dia bahagia. Kina sayang dia. Kina sayang Amin. Kalau diberi peluang, Kina buat sehabis baik. Kina cuma nak dia rasa apa itu bahagia, mama." Kina menangis sejurus selepas menerangkan segalanya. Aku tiba-tiba dilanda simpati. Aku dapat rasa, dia benar-benar ikhlas sayangkan aku. Masakan dia nak menipu soal hati dan perasaan di depan mama. Lebih-lebih lagi dia seorang perempuan!
Aku hanya mampu bersandar, dan memejamkan mata tanpa berkata apa-apa.
Share this novel