Bab 29
"Kina lagi.."
Aku mengeluh sendirian. Kepala yang tak gatal aku garu semahunya. Beberapa keping kelemumur jatuh bertaburan, lalu aku berhenti menggaru.
"Try la. Suruh Kina cakap dari hati ke hati. Kau flex la sikit. Kau larang dia jumpa Amin, kau jarang dapat rahsia. Bila kau dapat, kau terkejut. So, kena pandai main angin." Balas Epi. Sesekali tisu yang dipegang diletak kembali ke atas dahi. Berpeluh dek kerana malam ni kurang angin yang menyapa kami.
Kunci kereta yang aku pegang jadi mainan. Kejap aku genggam, kejap aku gigit, kejap aku korek telinga. Aku blur. Kepala tak jalan kata orang kampung. Otak tak berfungsi. Kalau orang lain pening soal jodoh tak sampai, aku pening soal dua calon.
Gila!
*****
Kereta berhenti di depan tadika Amin. Macam biasa, aku ambil dan hantar dia ke rumah. Sejak balik dari kampung ex aku, aku dah tak banyak nak berbual dengan dia. Kusut kepala. Cukup sekadar aku ambil, aku hantar. Sebab dia sibuk kerja. Lagipun kalau dia sibuk, Amin balik rumah mama, takde la pening kepala dia.
"Awak, saya nak bincang sikit." Ex aku menarik tangan aku. Aku tarik perlahan sambil tersenyum. Aku nak balik. Aku betul-betul tak punya apa-apa perasaan untuk berbual. Tapi dari kaca matanya, aku tau ia penting. Aku mengalah.
Aku mengajak ex ke buaian di porch kereta. Buaian yang aku pasang dulu. Tempat kami tengok bintang bila malam. Tempat kami minum petang bila cuti. Kenangan.
"Awak marah saya ke pasal hari tu?" Suara ex aku perlahan sambil menuang air kordial sirap ke dalam cawan. Sirap. Favourite betul dia dengan sirap. Dah bertahun, lidah masih mahu sirap. Aku tak senyum. Cuba mengekalkan imej 'takde mood' tadi.
"Saya letih la nak cakap. Sekarang ni kalau awak berat hati sangat, takpelah. Saya taknak desak apa-apa. Saya boleh jumpa Amin macam biasa. Takpe." Aku bertegas utk segera menamatkan perbincangan yang takde hala tuju ini. Berbulu hati aku.
"Awak.. cuba awak faham apa saya nak.. kita berkahwin, bercerai, sekarang nak kahwin balik, awak fahamlah apa saya nak.." Ex aku memujuk aku. Nada suara yang tersekat-sekat, bikin hati aku lemah. Kenapalah aku lemah sangat dengan perempuan..
"Awak nak apa?" Aku akhirnya berlembut juga. Taklah keras sangat, cuma kalau aku berkeras, masih tak ke mana.
"Saya susah nak mengandung. Kita dah cuba lama dah dulu. Awak pun tahu perkara tu. Saya nak anak awak. Saya nak tengok zuriat awak. Saya tak kisah bermadu. Asal saya tak hilang awak lagi. And awak ada baby darah daging sendiri." Ex aku menerangkan part dia. Keinginan dia. Aduh, aku terus picit kepala. Ex aku laju picit lengan baju aku. Takut aku marah tiba-tiba. Aku cuba bersabar dengan karenah seorang perempuan.
"Dah habis dah?" perli aku. Malas betul aku nak dengar cerita pelik-pelik dia.
"Awak. Saya serius ni. Kalau awak nak menikahi saya, saya cuma ada satu syarat untuk awak." Nada serius dilemparkan ex aku. Aku hanya tersengih. Syarat?
"Berapa hantaran awak nak? Macam dulu? Boleh. Takde masalah. Serba satu? Makan dekat hotel? Boleh. Apa je untuk awak. Asalkan awak bahagia. Awak, saya nak menikah dengan awak bukan sebab nak awak je, sebab nak baiki apa yang saya dah mulakan dulu. Saya nak betulkan semuanya. Start over. Start again. Game belum over. Saya buat pun sebab Amin juga. Ye, saya tahu kita takde baby dulu. Tapi cukup la ada Amin sekarang. Saya bersyukur, walaupun sekarang kita belum menikah, saya bahagia sebagai seorang ayah." Balas aku sambil mencucuh rokok. Setakat duit, aku takde masalah. Aku boleh penuhi syaratnya. Aku sedut dalam-dalam rokok itu. Rasa win menyelubungi hati.
"Awak mesti nikah dengan Kina sebelum saya."
Aku terus terbatuk.
Share this novel