Bab 25
Takbir raya bergema malam itu. Soal pakaian, persalinan raya semua aku dah setelkan. Aku takde kampung macam orang lain. Masa aku masih suami ex aku, aku excited juga. Dapat la merasa beraya suasana kampung. Sesekali masuk kembali ke dalam kotak fikiran aku kenangan beraya bersama bekas isteri. Beraya di Benut, Pontian, Johor. Feel dia lain dari beraya dekat bandar. Aku pulak, kalau beraya dekat Kuantan je. Apa yang bezanya, time raya jalan tak jem. Itu sahaja. Maklong pula, selalu balik rumah ipar dia time raya, so, memang keluarga aku beraya dekat rumah je la.
Aku perhatikan Amin yang berlari-lari ditengah padang MPK 1 itu. Sesekali dia ketawa bersama beberapa kanak-kanak yang aku kira sebaya dengannya. Macam mana aku nak buat sekarang ni? Amin suka kalau aku 'balik rumah', which means, aku kahwin balik sebenarnya dalam erti kata lain. Ex aku pula aku tak pernah tanya. Aku takut. Kina? Makin bertambah-tambah keliru aku nak buat keputusan.
"Amin.." aku memanggil Amin sambil tangan melambai-lambai ke arahnya. Amin berlari mendapatkan aku. Berpeluh badan dia. Gembira dapat main buih dengan budak lain agaknya.
"Berpeluh anak ayah ni. Dahaga tak?"
"Nak air.." tangan kecil Amin menyambut botol mineral kecil yang aku beli untuk mencuci tangan ketika berbuka tadi. Hari terakhir berbuka di tengah padang ini, esok hari raya.
"Dah, jangan lari-lari lagi. Berpeluh anak ayah ni. Tak letih ke?"
Amin hanya mengangguk. Keletihan barangkali. Aku taktau la, berapa kali dalam hidup dia, dia bergaul dengan orang luar. Sebab aku jarang nampak dia ada kawan. Aku tak pernah dengar dia cerita pasal sesiapa pada aku. Janggal sebenarnya. Aku sendiri masa kecil pun, selalu juga sebut nama Atan dengan mama.
"Balik ye sayang? Jom." tangan aku memimpin tangan kecil Amin. Amin meminta untuk didukung. Letih teramat barangkali. Aku mendukung anak kecil itu. Semakin berat. Aku lupa, sebagaimana usia aku meningkat, begitu jua Amin. Pejam celik, dah nak raya. Pejam celik, Amin dah tadika.
Cepatnya masa berlalu..
*****
"Dia tidur ni awak." Aku call ex aku bila aku tiba di depan rumah lama kami. Tak lama kemudian, ex aku keluar dari rumah. Aku keluar dari kereta. Aku bukan taknak dukung masuk ke dalam rumah, aku taknak orang sekeliling mengata. Memang la aku tak buat apa-apa, cuma aku taknak mulakan fitnah orang.
"Takpelah, tunggu la kejap, Amin selalunya bangun. Nanti dia bangun barulah saya bawak dia masuk." Ex aku memberi cadangan. Memang la dia akan bangun, kenapa taknak dukung je? Dukung la, anak awak kan. Bisik hati aku. Tapi ada baik juga, aku dah lama tak berbual dengan dia. Aku nak gunakan kesempatan ni utk berbual panjang dengannya.
*****
"Raya tak balik rumah mak ke?" Aku memulakan perbualan. Janggal sangat. Orang putih sebut 'awkward'.
"Dah lama saya tak balik rumah mak.." Pendek sahaja jawapan dia. Tapi menimbulkan persoalan pada aku.
"Kenapa tak balik? Mak sihat tak?" soal aku separuh terkejut. Ex aku memandang aku sambil tersenyum. Sinis. Aku menyambung,
"Saya tanya sebab dia still mak saya.. Macam mana awak dengan mama, macam tu la saya dengan dia. Harap awak tak salah faham."
"Sihat. Ain kata dia sihat. Abah je.." dan kata-kata itu hanya terhenti setakat itu. Senyap. Aku masih menunggu kata-kata itu disambung semula. Sesekali aku melihat ex menelan air liur seraya airmata keluar mengalir dari matanya,
"Abah dah meninggal."
Share this novel