Chapter 12

Romance Completed 11348

Bab 12

"Habis awak nak saya buat apa?"
"Awak tak rasa duduk kat tempat saya!"
"Habis awak nak salahkan saya pulak ke?"

Aku mengimbau kenangan lama. Bini aku saban hari makin meracau. Lima tahun perkahwinan, kami belum dikurniakan cahaya mata. Lebih-lebih lagi bila bini aku sendiri sukar untuk mengandung. Sampai satu tahap, aku dah muak nak bergaduh benda yang sama. Takkan aku nak salahkan dia, takkan aku nak salahkan Tuhan? Aku telan segala benda. Sampai tanggungjawab dia sebagai isteri mula diabaikan. Aku kelaparan. Aku tahu dia kesedihan. Apa guna jadi perempuan jika tidak boleh mengandung.

Aku pula makin hari makin cengkung. Keluarga dia menuduh aku mandul. Sedangkan aku sihat, cuma bini sahaja masih tidak mampu mengandung. Segala jenis ujian kesuburan aku lakukan. Aku subur dan sihat tubuh badan. Kebarangkalian dia sukar lekat. Tambah-tambah lagi dia pernah keguguran. Masa tu aku dan dia sendiri tidak tahu dia mengandung. Kami cuma tahu bila dia tumpah darah. Rupanya dia mengandung 2 minggu. Dia stress, aku bertambah stress. Penat aku cari ikhtiar untuk senangkan hati dia. Tapi aku tahu, dia kesunyian. Aku pun cemburu melihat pasangan keluarga lain mendukung bayi masing-masing. Kerapkali aku menggenggam erat tangannya bila terserempak dengan bayi comel. Aku nak. Tapi dia belum mampu. Dan pergaduhan berlaku hampir setiap hari. Dan apabila berlaku campur tangan ahli keluarga, keadaan tidak menjadi surut. Kami bercerai. Dan dia berkahwin lagi. Aku masih sendiri.

Apa guna aku berkahwin jika aku tidak mahukan zuriat? Apakah perkahwinan aku hanya untuk menghalalkan apa yang haram? Sama sekali tidak. Pasti aku mahukan zuriat aku sendiri. Berjalan di muka bumi ini. Tapi kenapa masih dipersalahkan diri ini? Apa aku tidak punya harga diri? Sakit, memang sakit hati kecil aku ini.

"Abang termenung apa?"
Lamunan aku terhenti bila terdengar suara mama. Aku berdalih mengatakan aku bosan. Ingin keluar mencari rakan. Tapi mama, naluri seorang ibu, dia tahu aku kesusahan. Atau mungkin kegelisahan.

"Kamu rindu janda kamu ke?"
"Taklah ma."
"Mama tahu abang. Kamu rindukan dia."
"No.. abang tak rindukan dia. Abang cuma teringat, dari mula kitorang kawan, sampai hari kita pergi merisik, meminang, akad, bersanding. Abang teringat yang itu je."
"Mama tak pernah rasa penceraian. Mama harap abang kuat lah."
"Abang kuat la ni ma." Sambil airmata aku dengan tidak sengaja menitis jatuh ke pipi. Mama nampak, tapi aku terlalu sedih dan dia tidak menegur apa-apa. Aku dah taktau nak buat apa. Lagi pula bila Amin cedera. Kerana aku. Makin buat aku parah. Aku nak jumpa, tapi aku takut. Ada masa aku rasa nak lari. Aku tak kuat sebenarnya. Aku cemburu dengan adik perempuan aku. Berkahwin, ada anak. Sedang aku? Bercerai, bermasalah. Sampai satu tahap, aku pernah pinjam anak adik aku semata-mata nak merasai pengalaman lengkap sebagai sebuah keluarga.

Aku perlu salahkan siapa? Tuhan? Aku bukan sejahil itu. Aku percaya qada' dan qadar. Dah memang jodoh aku hanya sampai di situ.

*****

"Hai."
"Hai Kina."
"What's up?"
"Nothing.."
"Free tak? Jom meet."
"Kat mana?"
"Coffee Street. Tempat biasa."
"Okay."

Aku menghidupkan enjin motosikal aku Dah lama tak menunggang, cuaca pun cantik, aku putuskan utk menunggang motosikal sahaja. Lagipun parking kereta payah nak dapat dekat kawasan situ.

Dan aku meluncur membelah kesibukan bandar Kuantan dengan menunggang motosikal kenangan. Sama seperti 7 tahun sebelum aku bergelar seorang suami. Suami kepada bekas isteri sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience