Chapter 32

Romance Completed 11348

FINALE

Sakit tak terperi terasa di bahagian badan aku. Cawan di genggaman terlepas dari tangan. Deraian kaca cawan tidak diendahkan langsung. Mama berkali-kali menyuruh aku baring. Abah pula hanya memerhati. Apa nasib aku? Apa dosa aku?

Soalan demi soalan bertalu-talu ditanya kepada mama. Mama hanya menggelengkan kepala, disuruh aku berehat dahulu. Kelibat Amin, ex dan Kina langsung tak nampak. Mana mereka semua ketika aku susah? Setelah apa yang aku lakukan untuk mereka, di mana keberadaan mereka? Apakah manusia sememangnya berada hanya tika dan saat senang sahaja?

Aku sedaya upaya bangun dari katil hospital. Bauan ubat memeningkan kepala. Berkali-kali usaha aku dipatahkan mama. Sama seperti soalan yang tak terjawab. Aku marah. Aku bengang.

"Abang.. rehat abang. Abang sakit tu.." kata mama dengan genangan airmata. Aku yang cuba bangun kembali terbaring. Bertambah sakit bila aku cuba batuk. Pedih.

"Ma, Amin mana? Yang lain semua mana? Apa dah jadi? Jawablah mama.." Aku merayu soalan aku berbalas dengan jawapan.

Namun, hanya ucapan 'rehatlah' sahaja yang disampaikan. Tangisan mama membingungkan aku. Menambah rasa amarah. Aku ingin tahu.

"Jangan risau. Haris dah ditangkap.." balas mama yang akhirnya membuka mulut. Aku tak peduli pasal bangsat tu. Aku nak tau mana semua orang.

Dada yang sakit aku cuba lawan kembali. Abah yang dari tadi diam, akhirnya turut sama menggugurkan airmata. Aku jadi semakin bingung.

Kenapa dengan semua orang?

*****

Aku berdiri di samping Kina. Kaki aku longlai. Lemah. Sesekali aku termenung. Kelibat Amin sentiasa bermain di mata aku. Kanak-kanak pintar itu sentiasa menjadi kegemaran aku. Kina hanya menggenggam tangan aku. Tak sangka, sakit yang aku rasa tak seberapa berbanding apa yang kalian lalui sebelum tiba giliran aku.

Airmata aku berjurai di hadapan pusara itu. Pusara yang menempatkan insan yang aku sayangi selama ini selepas mama dan abah. Insan yang pernah menjadi yang halal untuk diri aku. Insan yang tidak berdosa yang pernah menjadi anak kepada diriku. Tak tertahan airmata dan sebak di hati, aku lepaskan juga sambil memegang batu nisan setiap insan itu. Kina juga turut terasa setiap kehilangan mereka. Tiada lagi insan yang suka mendesak aku untuk menikah dengan Kina, tiada lagi insan yang meminta mainan dengan insan yang dianggap ibu barunya, tiada lagi impian dan harapan untuk membina kembali mahligai indah bersama. Kalaulah aku boleh ganti tempat aku untuk mereka..

Selamat tinggal bekas kekasihku, bekas isteriku, bekas zaujahku, bekas kawan baikku. Selamat tinggal juga anakku, walau kau bukan darah dagingku, doa ayah sentiasa mengiringi kamu. Ketahuilah, aku mencintai kamu berdua dari permulaan hingga ke penamatnya. Dari awal hingga akhir, tidak ada satu khilaf yang aku tak halalkan. Setiap makan, minum, dan segalanya walau secebis, aku halalkan dunia dan akhirat. Aku redhai pemergian kalian berdua. Aku redhai kehilangan kamu berdua.

Semoga kita jumpa semula di syurga kelak. Aku akan rindu kalian. Aku akan sentiasa menyayangi kalian. Walaupun singkat pertemuan kita, kalian berdua paling banyak memberi kenangan. Kalianlah yang paling aku... aku tak mampu teruskan perkataan untuk menggambarkan betapa unggulnya kalian berdua...

Al-Fatihah buat kamu berdua.

Muka depan akhbar yang aku pegang aku tatap sebaiknya sebelum dilipat dan dimasukkan ke dalam poket baju.

Airmata aku gugur, menitis di atas keratan akhbar itu. Satu tarikh dan peristiwa yang tak akan aku lupa, hari ini dan buat selamanya.

"LELAKI GILA TALAK NEKAD KELAR LEHER BEKAS ISTERI, ANAK"

-tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience