Bab 30
"Boleh tak jangan sebut lagi pasal kahwin ramai macam ni?!"
Kali ni aku memang hilang sabar. Suara aku meninggi. Aku capai kunci kereta dan terus keluar dari pagar rumah itu. Serabut betul kepala aku ketika itu. Bengang bila aku dengar syarat macam tu. Memang, sesetengah lelaki akan seronok dengan syarat sebegitu, tapi bukan aku. Takde sebab aku nak berpoligami. Takde punca kukuh untuk aku menikahi dua gadis. Gila.
*****
"Ayah.. esok ayah ambil Amin tak?" Suara Amin di hujung talian. Setiap malam aku akan menghubungi dia sebelum masuk tidur. Takpelah, kalau dah bukan jodoh, aku tak mengapa. Aku masih boleh berjumpa dengan Amin macam biasa. Soal berkahwin, lupakan. Aku dah malas.
"Ayah ambil, sayang. Kenapa tanya macam ni tiba-tiba?" soal aku yang hairan dan kebingungan. Macam mengejut je soalan yang ditanya. Macam ada sesuatu berlaku yang aku tak tahu.
"Ibu cakap esok ibu ambil. Ibu kata tak perlulah susahkan ayah lagi. Tadi Amin dengar ibu cakap nak berhenti kerja. Nanti Amin tak dapat jumpa ayah dah ke?" berderau darah aku mendengar penjelasan dari kanak-kanak itu. Sampai macam tu sekali ex aku nak bertindak. Terasa dengan aku ke? Tapi sebab apa? Takkanlah sebab aku tak pilih untuk menikah dengan Kina dia nak merajuk? Dia patut bersyukur sebab aku pilih untuk tidak menduakan dia. Kenapa payah sangat nak faham?
"Ibu gurau tu. Esok ayah ambil macam biasa. Amin tidur ye? Dah malam ni. Esok nak pergi tadika. Sayang anak ayah. Tidur ye?" pujuk aku pada Amin. Aku tahu, dia susah hati. Benda macam ni pun boleh jadi beban pada dia, apatah lagi aku?
"Bye ayah. Amin sayang ayah."
"Ayah sayang Amin juga sayang."
Talian dimatikan. Aku cuba melelapkan mata. Telefon aku berbunyi.
"Kina"
Nama yang tertera di skrin. Malas-malas aku slide ke arah hijau, dan menjawab,
"Ada apa? Sebelum awak nak bercakap panjang lebar, saya nak beritahu, kepala saya sakit. Kalau nak cakap apa-apa, lebih-lebih lagi soal perkahwinan kita, stop. Saya taknak cakap sekarang."
"Err, kahwin? Apa ni? Apa yang saya tak tahu ni?"
Terbuntang mata aku. Aku dah terlepas cakap ke? Kenapa dia tak tahu? Ex aku tak pernah cakap soal berkahwin dengan dia ke? Ah sudah. Topik baru bakal bermula.
"Awak call nak apa?" aku cuba menukar topik. Aku cuba bermain dengan keadaan.
"Kahwin. Awak sebut kahwin tadi. Cepatlah." Kina mendesak aku supaya berterus terang. Excited betul dia dengan perkataan 'kahwin'. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Bangang betul.
"Nantilah awak. Saya sakit kepala ni. Saya cakap sekali je ni. Awak nak apa tadi?" aku berkeras. No still means no.
"Saya call sebab nak tanya pasal kahwin juga. Saya dah tahu semuanya. Ex awak..."
"Stop. Saya pening la." maknanya betul la tekaan aku tadi. Aku teka dengan tepat.
"Saya dah tahu. Dia dah beritahu semuanya pada saya, awak..."
"Night Kina, sambung nanti. Bye."
"Awak.."
Talian ditamatkan. Kepala yang berdenyut tak surut denyutannya.
"Orang lain pening kepala nak kahwin takde calon, aku pening kepala nak kahwin terlebih calon. Drama, drama." bisik hati aku sebelum terlelap membuai mimpi-mimpi yang tidak berapa indah.
*****
"Abang balik pukul berapa hari ni?" Mama menyoal ketika aku sedang bersiap untuk pergi kerja. Segelas kopi aku teguk laju sambil 3 jari aku diangkat menunjukkan pukul 3 petang aku akan pulang. Itupun selepas ambil Amin dan kembali ke pejabat untuk check fax kalau-kalau ada benda urgent.
"Mama ada benda nak bincang ni.." Aku mengeluh. Bincang lagi. Bukan aku taktahu apa intipatinya. Tak lain tak bukan mesti pasal dua orang perempuan tu.
"Nantilah ma. Orang sibuk la." balas aku berbasa basi sambil mengikat tali kasut.
"Bincanglah baik-baik bang. Mama suka dua-dua. Keputusan dekat tangan kamu."
Aku bangun sambil menepuk-nepuk punggung selepas mengikat tali kasut. Aku capai tangan mama dan bersalam. Belum sempat aku keluar, sebuah kereta berhenti di depan rumah. Kereta yang aku tak pernah nampak selama ini.
Fuck, Haris.
Share this novel