Bab 7
Aku keluar dinner dengan Kina. Gadis kecil molek tapi bawak kereta Nissan Murano. Sangat tidak sesuai. Saiz kereta 12 kali lebih besar dari dia. Namun membuktikan kecil tidak bermakna tidak mampu memandu kenderaan besar. Dengan skill parking parallel yang tidak pernah gagal, Kina antara gadis berkebolehan parking kereta tanpa mengundur 5 ke 6 kali. Massive respect.
Aku duduk di sebelah. Sebagai seorang penumpang, aku hanya mendengar lagu tanpa mengubah siaran radio kerana mengikut hukum asas dunia, penumpang dilarang mengomen tentang lagu yang digemari tuan kereta walau telinga aku hampir berdarah dengan lagu KPop. Tapi, berbekalkan skill aku yang mahir dalam bab mengalih perhatian, aku perlahankan volume dengan alasan utk berbual. Genius bukan? Kagumlah dari jauh.
"Kina, what do you think about me?"
"You? Ermm, entah, biasa je."
"Bukan, apa yang awak fikir tentang saya?"
"Pasal awak? Saya boleh kira awak ni not bad la. Too hard to resist pun ye jugak."
"Sebab?"
"Entah, saya rasa macam tu. Hee.."
Dan radio dikuatkan semula oleh Kina. Tanda perbualan harus dihentikan atau taktik aku telah terkantoi.
*****
Lepas adegan makan-makan, Kina minta aku teman pergi Carbooth dekat UTC Kuantan. Aku ikut je lah. Nak cari kasut katanya. Perempuan, mana pernah cukup. Sedang aku sendiri pun kasut ikut tema kaler baju, apatah lagi perempuan. Dari satu kereta ke satu kereta, aku perhati barang yang dijual. Ada asam jeruk, ada kasut bundle, ada patung beruang sebesar manusia, ada baju baju, tak kurang juga ada yang menjual alat ganti kenderaan. Beginilah bisnes orang Melayu. Simple tapi inovatif. Kerajaan sepatutnya menggalakkan perniagaan sebegini dengan sewa yang lebih murah. Atau dengan memberi kelonggaran. Namun, disekat dengan pelbagai undang-undang yang membuat majoriti Melayu give up untuk berniaga jika tiada modal yang kencang.
Aku sempat juga sauk 3 pasang kasut bundle dengan harga RM80. Aku bijak. Beli barang bundle, tapi ori. Dari beli barang baru, tapi ciplak. Bundle sekarang utk orang bijak. Siapa kata orang takde duit je pakai bundle? Korang silap. Korang sepatutnya bijak berbelanja. Tapi aku tak marah pun kalau korang nak beli baru. Pilihan di tangan anda bukan?
"Awak, comel kan budak tu?"
"Mana?"
"Tu yang kat kereta Exora putih tu. Yang jual barang-barang baby tu."
Aku perhati dengan teliti. Aku lihat senyuman 2 batang gigi. Pipi lesung pipit. Badan semangat. Aku yakin.
Itu Amin.
Share this novel